Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, October 22, 2012

#944 Me Vs No Bomb But Another Bomb

Gambar hiasan.
Alhamdulillah, perbicaraan pagi ni berlangsung secara smooth. Best sungguh jadi aku ni ye. Nak beranak, encik Jack masuk teman. Hearing  pun heret encik Jack jugak masuk. Tima kasih laling! Terasa kasih sayang encik Jack melimpah-limpah walaupun dia menunjukkan keterujaan bila JAKIM cakap suami dah tak perlu mintak izin untuk kawin lain. Hmmmm... Heartache. Tak payah nak gelenya la. Tak ambik iktibar lagi ke apa yang berlaku kat lelaki-lelaki poligami dalam famili masing-masing ni. 

Back to the hearing. Puan Menteri cakap masuk court kena ikut dress code dia. Kucar-kacir selongkar lemari cari kasut kawin. Kasut kawin dah lemau, nasib baik kaut konvo aku tinggal kat sini jugak. Merasalah ber'heel'kan kasut konvo pegi court. Mula-mula nak pakai baju kurung. Pastu malas lah pulak nak iron, tudung pulak tak bawak balik yang matching. Tudung bawal banyak, tapi malas nak pakai serkup, brooch bagai. Last-last aku sauk jubah mak aji tahun lepas. Liplapliplap. Bos IBM dengki tengok aku sauk jubah, dia pun sauk jubah jugak. Bila lagi kan nak pakai. Hujan-hujan ni pakai jubah syok jugak. 
Piwit!! ;p
Sekali bila sampai kat foyer, tengok ajumma-ajumma, harmoni-harmoni dengan ajussi-ajussi semua belasah selipar aje. Brutal sungguh kuasa orang kampung ni ye. Pakai ikut suka che diorang je. Tiba-tiba rasa diri skema la pulak ikut buta-buta bila orang suruh berpakaian ikut dress code ni. Kalu degil kang, tak pasal-pasal kena halau, bila pulak nak dapat tarikh. Bukan senang. Ok, mak ikut je la. T_T

Kat court takde masalah. Semua menyenangkan telinga mendengar sebab dah tak banyak steps yang tinggal.  Dan sebab kitorang berempat aje yang masuk. Cumanya, macam biasalah. Drama rebut berebut belakang tabir ni yang kitorang tak tahan. Aku tak tahu pulak besarnya kuasa tv nipis skang ni ye. Sampai banyak kali dipersoalkan. Alahai... Tv pun nak berebut ke. Pasal tv pun nak dengki. Leceh betul la bagi orang-orang bertaraf pemikir masalah yang lagi global macam kitorang ni. Tv kat kedai kan berlambak. Beli je la. Kotmamuh pun kan buleh bayar bulan-bulan, minggu-minggu. Kecoh la. Mati nanti aku suruh orang bungkus sekali dalam kapan tu. Nak riben macam mana. Campak sekali generator kot-kot nak tengok tv dalam lubang kubur tu.  Orang banyak hal lagi nak pikir, dia sibuk kecoh berebut tv. My family is quite funny. Emm.. Bukan family aku sangat pun. Malas nak mengaku buleh?

No comments: