Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, October 23, 2012

#945 Me Vs For The Love Of Andalusia

Lupa nak citer hal kelmarin. Court bagi masa 3 minggu kat kitorang untuk prepare dan sign surat lawyer pastu nak resit upah haji. Jumaat ni adik-adik akan balik raya. Time tu la nak gather semua signatures untuk surat lawyer. Hari ni memang gomo la nak menyiapkan semua urusan documentation alang-alang dah ada kat KB ni kan. Tinggal 2,3 hari je nak prepare. Minggu depan dah nak kena pegi pejabat lawyer.

Pagi ni heret encik Jack pegi Ambank, ambik statement bayaran keta arwah ni. Sebab nak claim duit yang Bos IBM bayar sendiri 4 bulan lepas kematian arwah. Kena bayar RM20 untuk 2 helai kertas. Mahal betul kertas Ambank ye. Ok, bank statement dah selesai. Ticked.

Lepas Ambank, pegi CIMB cucuk duit untuk bayar duit upah haji. Ambik duit, then terus ke Andalusia. Mula-mula HQ kat KL rijek cakap dah tak buleh buat. Kitorang pun tahu dah esok lusa pun nak wukuf. Kitorang just nak booking untuk tahun depan, at least bayar deposit dulu then dapat resit tu buleh la bagi kat court. Yang penting dapat resit. Tak dapat buat tahun ni pun, understood la. Dengan ada resit ni, buleh la court proceed untuk ke next step. Memang gomo la nak buat cecepat sebab dah tak lama dah pun nak setel ni kan.

Bila orang Andalusia call HQ, depa cakap tak boleh booking lagi sebab akaun tahun ni belum tutup lagi. Lepas tutup kena buat audit dulu. Baru buleh bukak akaun untuk tahun depan pulak yada yada. Biasalah kan kerenah birokrasi. Sekali, Puan Menteri (oh lain kali kalu nak berurusan kat tempat banyak lapis hiraki macam ni memang kena heret menteri-menteri ye puan-puan. Sebab kabel menteri tebal sikit) spelek dengan big boss Andalusia kat KL sendiri, terus big Boss approved! Tima kaseh tuan haji! And more to surprise, bukan aje dapat booking upah haji, malah dapat perform tahun ni terus. Which is, lagi sehari dua lagi nak start haji! Terharu sampai nak bertitik air mata. Aku dah turun kat keta dah lepas dengar orang tu cakap HQ tak approve tu. Aku pun heret la anak-anak turun dengan empty heartednya. Sekali, Puan Menteri call cakap suruh naik semula untuk aku akad upah haji tu. T_T Lagi la nak menitik air mata. Rasa macam grand sangat diri ini sebab membantu menyempurnakan rukun haji kat arwah ayah aku. Selama ni dok rasa apa lah gunanya aku ni sebagai anak tak pernah berjasa apa-apa pun kat orang tua aku. Tiba-tiba rasa orang penting time lafaz akad upah haji tu. T____T Setel.

Harini 2 perkara setel. Bunyi 2 perkara tu macam sikit je kan. Tapi what a big different it makes. Bagi jutawan yang tinggal pusaka juta-juta tu no wonder la depa hire lawyer aje untuk all the hard works turun naik situ sini. Bagi kitorang yang handle pusaka tak banyak tak sikit ni, kena la berpeluh ketiak nak dapatkan sekupang je tu. Apasal la banyak sangat urusan nak kena buat untuk dapatkan hak kitorang ni. Sampai satu masa tu rasa nak givap dan serahkan semua pada baitulmal pun ada. Ehemm....

Citer pasal makanan lah pulak... Encik Jack dah dapat apa yang diidam.... Mi celup kat Jalan Hospital.. Yummeh...
Makan sehari lepas perlawanan bola tu. Nak order air kelapa, sekali akak waitress cakap tukang belah kelapa cuti tak balik tengok bola lagi. Huk aloh.

Malam ni pulak dia mengidam nak makan tom yam kat sebelah kubur Kristian kat Panji tu... Aku pekena seaweed soup dengan UPIN steak set... Kenyang membuntal... Adam got his chicken chop. Nyum nyum...

No comments: