Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, October 26, 2012

#946 Me Vs Adha Di Kampung Lampu

Selamat Hari Raya uols!!! Pagi ni lepas semayang raya terus ke Kampung Lampu, tempat tumpah darah MIL aku. Diorang nak perform korban & akikah kat sini tahun ni. Seronok benau jumpa sanak saudara ramai-ramai. Siang daging ramai-ramai. Berebut daging batang pinang ramai-ramai. Sembang ramai-ramai. Jaga anak ramai-ramai. Masak ramai-ramai. Makan ramai-ramai. Semua seronok. Yang tak seronoknya, panas! Bebudak mula-mula sampai cantik la memasing pakai baju melayu, baju raya. Tak lamanya. Pastu kucar-kacir salin baju yang lebih berangin. Zaraa, pakai nappy je semata. Habis naik ruam kat muka dengan atas belakang. Tergaru-garu sana sini. Budak biasa dok England lah katakan.
With the sacrifice.
Spot Adam.
Spot Adam.
Masa diorang nak sembelih lembu ni, aku kat atas rumah sebab Zaraa tido. Malas lah nak tengok sebab aku kesian, takleh tengok darah-darah nanti aku kemabukan. Kesian, kesian jugak. Tapi pastu melantak daging macam tak hengat. Hahaha.. Sebab tu lebih baik aku tak tengok. Orang kata kalau kesian tak boleh makan daging tu kan. Takrif korban bagi adam adalah lembu berdarah, habis kepala tercabut, kaki tercabut. Hihi cute kan definition dia.
Penat weh jaga budak kat rumah tinggi tangga banyak ni. Zaraa ni asyik nak ke tangga aje. Tengok orang turun naik, dia pun nak tumpang sebok jugak lah. Tak sedar diri tu kocik lagi. Lepas makan, cepat-cepat aku ajak encik Jack balik. Bertuah punya orang kan. Hahaha. Panas seyh... Kesian Zaraa sampai terlena kat stroller baby Nuha. Atas rumah panas kan. Tertido dia kat garaj time orang tolak-tolak dia dalam stroller. Sampai basah lencun belakang dia. Tu tak pakai baju. Alahai. Kesian lah anak aku tido tak berbaju kepanasan ni..
Calon bapa mithali abad ke 22.
Balik umah tak sempat nak baring apa, Puan Menteri dan delegasi pulak datang nak melawat baby Ridwan. Dah lama kan dok nanti nak tengok baby tapi baby dok umah tok belah Pasir Akar.

Cemana citer raya haji korang?

No comments: