Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, November 1, 2012

#948 Me Vs 3 Pen

(3 Penakut) :-DDDDD

Blog Diva penakut? Yes, I am the greatest scaredy!

Dah 2 malam aku tinggal dengan anak-anak aje. Encik Jack meeting kat Shah Alam, bertolak since Selasa. This is our first time dok umah tanpa Encik Jack, tanpa peneman lain. Puan Menteri nak datang tapi tiket bas habis. Aku tak kisah pun. Ingat nak ajak Kak Ita datang teman, pastu rasa malas pulak. Malas nak entertain orang. Hehe. Aku nak spend masa untuk marathon Kdrama. :D

2 malam dah aku tido pukul 3 pagi. Super gilos kan. Nak perabih drama punya pasal. Siang hari payah nak tengok banyak gangguan dari budak-budak ni. Malam mula-mula yang Encik Jack takde tu tak niat pun nak start tengok citer Korea. Bajet budak-budak ni tido lambat. Sekali, Adam kul 9 dah collapse. Zaraa pun nampak nak follow jugak. Punyalah jahat aku tak nak kasi dia tido nak suruh teman aku, bribe dia tengok video kucing kat youtube. Kahkahkah. Terbaek. Galok la dia tak hengat nak tido. Tu pun berjaya drag dia melopong sampai kul 12 lebih je. Pastu dia pulak collapse. Aduh, apa nak buat ni...

Mata tak mengantuk lagi. Mula la terbayang macam-macam citer pasal entiti ni. Dalam nak menghabiskan masa sampai ke pagi tu, mula la jari menggodek web situ sini mencari laman yang boleh menarik perhatian aku dari ingat kat benda bukan-bukan ni. Layan drama Korea la pe lagi. 

Time encik Jack takde ni kitorang tido bilik bibik kat bawah ni. Malas nak mengangkut tray susu, pastu turun dukung budak-budak ni sorang demi sorang bawak naik atas. Tido bawah je senang. Malam tu semayang Isyak awal-awal time bebudak ni belum tido. Punyalah penakut tahap legendary kan. Sebelum maghrib lagi aku naik atas pasang lampu bilik. Konon nak nampak macam ada orang la kat atas. Aku kalu nak naik atas sorang-sorang, memang aku naik sebelum hari gelap. Entah kenapa, aku rasa spooky aje kat atas tu. Sangat tak suka kalu kena naik sorang-sorang time dah gelap. Lampu atas pasang, lampu bawah pun pasang. Saje nak suruh nampak macam umah aku ada ramai orang atas bawah. Nasib tak pasang tv je sampai ke pagi. Kesian kat tv, dah satu hari berjasa kat budak-budak ni kan.

Memang time takut ni kan, pendengaran kita otomatik akan upgrade ke tahap supersonic. Haha. Betul what.  Yang tak boleh blahnya, bunyi alih perabot tengah malam buta. Bunyi pulak datang dari atas bilik yang aku tido. Memang sah-sah la takde orang kat atas. Tapi tak goosebump pun sebab dah selalu sangat aku dengar. Eleh cakap besar sebab aku taip ni di siang hari ;p

Kalu tanya aku takut kat apa, jawapan aku akan jadi banyak. Takut kat orang. Takut kat bukan orang. Takut lipan. (baru ni dah 2 ekor anak lipan aku ketuk, sekor lagi terlepas). Takut macam-macamlah. Time encik Jack ada pun banyak kali jugak aku tak lena tido sebab takut sangat. Tak tahu sama ada aku cuma berhalusinasi atau memang apa yang aku nampak adalah nyata. Jangan datang sentuh-sentuh aku sudah! Hoho... Tak boleh imagine lah.

Cepatlah balik wahai encik Jack ku sayang... 3 hari mengadap budak-budak ni memang penat mental lah. Adam sekarang ni dah jarang tido petang. Malam tak awal jugak dia tido. Time encik Jack takde ni memang nak bangun lambat pun payah jugak. Kul 7 dah melalak sorang demi sorang. Kecik-kecik dah tak enjoy tido. Malam tido lambat. Esok pagi awal-awal dah bangun. Tak sporting lah budak-budak ni. Memang takde chan la nak membuta sampai matahari atas kepala. Hujung minggu, hari biasa, sama je.

Pengalaman tinggal di rumah tanpa encik Jack ni amat berbeza time aku dok kondo dulu dengan dok umah teres skang ni. Dok kondo dulu no worries. Kat kondo dulu kekadang tido lupa nak kunci pintu. Nak pegi mana-mana setakat kunci grill je. Pintu tak kunci pun takpe. Now cannot la.

Boring weh. Semenjak encik Jack takde ni, 24 jam tv Disney Junior. Kalu Zaraa do tengok Hi5, jangan la ngengada nak tukar channel. Mengamuk dia. Citer feveret dia tu. Siang hari aku biar je bubudak ni tengok tv. Buleh la aku mengadap citer Korea. Haha. Pecah rekod kelmarin tengok citer Korea 2 hari je khatam 16 episod. Takde encik Jack aku jadi tak berdisiplin. Masak pun gitu-gitu je. Tak masak pun. Perangat je apa yanga ada. Kelmarin kebetulan air slow. Bertambah la malas kan.

Encik Jack, cepatlah balik... Takde orang nak tolong mandikan I ;p ;p ;p 

Kahkahkah. Macamlah!

No comments: