Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, November 7, 2012

#950 Me Vs Asam Pedas Dambaan


Takde isu hangat nak citer hari ni. Aku tengah google resipi asam pedas sampai naik pening nak pilih mana satu. Ada yang buh bunga kantan. Ada yang buh lengkuas. Ada yang buh daun limau purut. Ada yang buh buah keras. Ada yang buh halba. Ada yang tak taruk serai. Pening, pening. Yang selalu aku tahu dan biasa buat tapi tak sedap, just taruk bawang, cili kering, halia, kunyit, daun kesum itu je. Kama buat macam tu jugak, tapi sedap tahap menjilat jari. Self reminder: Sedapnya satu-satu masakan tu bukan hanya bergantung pada bahan yang diguna tapi pada kepakaran mengadun rasa secukupnya. Dang!!! Haih, lemah betul dengan disabiliti diri sendiri ni. Selera bukan main suka dengan asam pedas. Tapi sendiri tak reti nak buat. Selalu failed. Failed! Failed! Failed! T________T
Kelmarin hujan-hujan konon syok la minum kopi o panas. Merasalah sakit perut sampai ke dalam mimpi! Don't play-play la dengan gastrik ni. Hilang satu nikmat dunia. Which is, kopi o.
Dua tiga hari ni encik Jack asyik tanya aku macam mana aku lupuskan minyak masak terpakai ni. Agaknya perasan kot tengok botol minyak masak ni makin penuh. His question left me pondering... Macam mana agaknya orang lain handle pelupusan minyak masak terpakai kat rumah diorang ek? Korang buat macam mana? Curah bodo je dalam sinki dan biarkan sinki tersumbat 2,3 bulan sekali? Atau curah ke longkang belakang rumah? Atau apakah caranya? Aku sendiri, bila minyak dah sejuk, aku masukkan dalam botol minyak masak yang kosong. Kumpul sampai penuh botol then buang sekali domestic waste yang lain dalam tong sampah. As an ex environmental technology scholar, aku tahu cara ini adalah salah sama sekali. Aku tahu CETREE ada methodnya sendiri dalam menyelesaikan masalah ni tapi tahu-tahu lah Malaysia ni bukanlah maju sangat dan tak terlalu prihatin terhadap isu alam sekitar ni. Prihatin, tapi tak tegas. Setahu aku CETREE dah buat research untuk kutip minyak-minyak terpakai ni khasnya dari premis-premis makanan untuk diproses jadi fuel for vehicle. Tapi tak tahu la sejauh mana berjaya diimplemen kat negara ni. I told you, this is Malaysia.
Minyak masak terpakai memang tak boleh dilupus kat landfill biasa sepatutnya. Habis tu macam mana ye? Malaysia dah ada guidelines ke cane nak buat ni? Aku pernah tengok umah jiran aku berbotol-botol minyak masak terpakai ni dikumpul depan pagar. Tatau dia nak buat apa. Or ada pihak mana-mana yang datang kutip willingly. Tertanya-tanya jugak. Setakat ni memang macam yang aku kata tu la cara aku buang minyak terpakai. Aku tak suka tuang dalam sinki sebab faktor leceh nak bersihkan kesan minyak dan juga semestinya aku tak suka sinki tersumbat nanti. Banyak botol dah aku buat cam ni kat umah baru ni. Takut jugak someday tukang kutip sampah sound. Kat kondo dulu nak buang cara apa pun takpe sebab tong sampah jenis stationery (ehem, saje guna istilah kamus municipal waste yang aku belajar dulu dalam usaha nak show off ilmu aku). Bila MPSP datang angkut tong besar tu, bukan depa tahu sampah dari umah mana yang buang minyak masak berbotol-botol ni.. Hahaha. Kat sini tak boleh la buat suka-suka. Kalu letak sampah bukan dalam plastik pun depa kerek tak nak kutip. Letak luar tong pun depa tak nak ambik. 

Tak world langsung kan jadi surirumah ni. Cakap pun pasal benda-benda domestic aje.

Haih, ke laut resipi asam pedas aku. 

T_T

3 comments:

zahira said...

me selalunya buang jer dalam tong sampah. tak de pun kumpul2 dalam botol. hehehehe...

Blog Diva said...

kaklong:tak bocor ke plastik sampah buat camtu? hehe..surirumah kerap masak ni minyak banyak, harus la bocor meleleh-leleh dalam tong sampah tu ;p

Anonymous said...

buah keras tuk lemakkan rite..nyonya people love buah keras..

terliurnye tgk adam makei maggi..uhh i'm damn tired now..nite2 all! cik long miss u so much! hope can be with uols next week.