Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, November 10, 2012

#951 Me Vs Ihtifal TAR

Pagi ni gerak ke Institut Kemahiran Belia Negara, sekolah Adam buat majlis Ihtifal kat situ. Ikut jadual 8.30 majlis start. Tapi sebab dah tahu benda-benda camni memang mustahil start ikut jadual, maka kul 8.30 baru kitorang keluar dari rumah. Terbaek.
Sampai je di tempat kejadian, dewan dah almost penuh. Cikgu terus kidnap Adam sebelum aku sempat habis tulis registration lagi. Nak susun murid-murid la tu. Tinggal la kitorang bertiga dalam dewan ni. Alhamdulillah jugak la Zaraa agak behave kat sini. Duduk je atas riba tak meronta nak pegi situ sini. Sebab orang depan aku ada anak kecik jugak. Dia dok senyum-senyum kat budak depan tu. Good girl. Takde la bikin kecoh nak kejar sana sini.
Aku bajet dok dewan takde ekon mesti panas. So turun dari umah tadi aku pakaikan gaun aje kat dia kasi berangin senang masuk angin sikit kan. Sekali masuk dewan tengok ekon unit berjujuk tepi dewan. Seat kitorang pulak paling tepi. Memang blow direct kat kitorang la. Sebijik macam dok dalam peti sejuk. My mistake la merendah-rendahkan dewan zaman skang. Zaman aku dulu majlis apa-apa pun dalam dewan pakai kipas helicopter kedai mamak aje. Isyh... Nasib baik aku ada bawak baju spare yang lebih tertutup sket. Kesian Zaraa kesejukan dalam dewan ni.
Turn encik jack bawak dia pusing-pusing. Spot them.
Bila agak-agak aku sendiri dah boring dalam dewan tu, aku gilir-gilir la dengan encik Jack bawak Zaraa jalan-jalan kat belakang dewan. Parents lain pun sama la. Majlis melibatkan budak-budak ni mana buleh dok statik setempat aje. Mustahil la kan. So, bukan sesuatu yang pelik la tengok budak-budak berkejaran dalam dewan ni. Orang yang depan-depan aje concerntrate. Yang belakang-belakang bukak kelab bual. Ye lah, ni graduation tadika biasa. Bukan style montessory yang gah tu.  Persembahan pun biasa-biasa je. Kesian kat cikgu-cikgu la, time live tu pun nak kena conduct  jugak. Takleh bayang la betapa stressnya cikgu-cikgu yang dah spend masa berpeluh training diorang tapi masa live, tak jadi pulak. Huhu. Salutlah sama cikgu-cikgu walaupun presentation aku tak paham apa pun. Biasalah tu budak-budak. What to expect sangat.
Persembahan yang paling menarik perhatian aku; Raja Namrud dan Tentera Nyamuk. Hoho, termalu pulak sebab tak pernah tahu pasal citer ni. Props yang diguna gitu-gitu aje. Alangkah bagusnya kalu buat betul-betul. Sound system pun asyik pecah je kat telinga aku. Tak berbutir mana dialog teater tu. Ok je lah, aku tunggu the end aje. Tunggu sampai habis majlis tu pun sebab nak redeem kupon makan. Dapatlah 3 pek nasi ayam yang masin liao. Kehkeh. Pecah rekod tu stay sampai habis majlis. Sebelum-belum ni kan asyik cabut awal je... 
 
Gambar Adam dalam dewan tak sempat ambik sama-sama pun. Dia dok dengan geng dia sampai habis majlis. Oh lupa nak citer, masa nasyid cawangan dia tu, orang lain semua berdiri tegak bernasyid, dia sorang je lari dari barisan, lompat-lompat, check mic stand, dok petik jari la, pandang situ sini la.... Haih, Adam, Adam.... Bila la nak boleh fokus macam budak lain. Macam dalam dunia dia je sorang-sorang.
Baju melayu ni beli adhoc tau. Banyak kedai pegi semua cakap warna merah dah habis, tahun ni ramai beli warna merah. Beli time bukan musim perayaan ni paham-paham je la stok macam mana. Nasib baik la jumpa jugak kat kedai last kitorang pegi. Dah nak tutup dah pun kedai. So, sanak sedara, tahun depan tema baju raya warna maroon lah ye!

Selesai sudah sesi persekolahan Adam untuk tahap 5 tahun. Cuti panjang ni cikgu bagi homework suruh revise kat umah. 9 bijik buku terdiri dari pelbagai subject. Lemah den nak bukak kelas kat umah ni. Bila adam bukak buku, adik datang nak join, adam marah, adik nangis, mommy bawak lari adik, adik datang balik, adam marah adik, adik rebut buku, adam rebut balik, pastu gaduh, mommy naik angin. Loop. 

Korang holiday ke mana? Bestnya dengar orang pegi holiday ye. Holiday memang syok. Tapi setakat dok hotel je yang gah tapi bila part makan nak belek-belek wallet berkira-kira cukup duit ke tak, semua rasa mahal, baik aku dok umah je. Makan mewah. Duduk sedap. Cuma pemandangan aje lah yang sama ;p Sebab itulah aku malas nak berholiday.  Kesimpulannya dok umah je lah. Tapi boringlah. 

Boring housewife dilemma.

2 comments:

Anonymous said...

hahhaha mama royak nok kuning lah

Blog Diva said...

kuning gapo? baru raya?