Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, November 15, 2012

#953 Me Vs Menumpang Queensbay

TNB antar notis few days back bagitau yang arini ada gangguan bekalan elektrik from 11am-2pm. Plan asal nak join rombongan meminang family aku ke Seri Iskandar. Pastu pikir-pikir balik, esok petang dah nak balik KB. Gi mari gi mari ni busuk-busuk pun tol dengan minyak dah berapa. Mak kensel je la trip to Perak tu. Bertunang je pun. Paling utama sekali, aku TAK DIJEMPUT pun. Wakakakaka.. Takat nak berhuhahuha sesaje tu lenkali pun buleh. Esok lusa huhahuha kat KB pun buleh. Perak, pangkah.

Bagi melarikan diri dari merasai pengalaman kembali ke zaman batu yang tiada electricity, aku ajak sekelian ahlil rumah ke Queensbay. Lebih dekat dan menjimatkan. Zaraa pun tak kenal pulau (pinang) lagi. Aku rasa aku telah membuat keputusan yang sangat baik. Last time aku pegi Queensbay adalah time Adam belum boleh berjalan lagi. Gilo la kan. Duduk sepelaung aje. Macamlah nak cross bridge tu tol pat ratus!

Si Marcela pulak balik umah mertua dia. Baru ingat nak serang makan free kat umah dia tengahari ni. Asek dia je kan datang makan umah aku ;p Madu pun kebetulan ada event kat in-laws house. Emmm.. Macam tu rupanya ye dok dekat dengan mertua. Hehe... Okay lah aku pegi Queensbay je... *merajuk sambil diselangi rasa tak puas hati  
Adam dapat pretzel idaman dia. Setel masalah makan. Banyak hari dah tak makan betul. Malam-malam sakit perut. Aku -aku sekali tak cukup tido dok bangun sapu minyak yuyi cap rimau kat perut dia.
 Pusing punya pusing nak cari tempat makan menarik ala Chillis tu kan... Berjejesan air liur depan TGIF. Pastu mula la jakun dok cari-cari logo halalan toyyiba tak jumpa-jumpa. Usya jugak kot-kot ada muslimin dan muslimat tengah makan kat situ. Takde customer la pulak awal-awal ni. Pindah pegi berjejesan liur depan Dave Deli pulak. Nampak macam staf Melayu kat kaunter. Tak bukak lagi la pulak. Okay, last-last mak makan kat Pizza je la. Tapi mak order bukan pizza la... Hahahaha... Aku nak beefball in tomato sauce, tapi semua stok beef, pepperoni tengah habis skang ni. Hayoh, alasan habis stok time public holiday macam ni memang takleh diterima telinga lah. Okaylah, dengan penuh merajuk diri, mak order chicken balls aje.. Nasib baik sedap sampai licin aku makan sorang. Suap Zaraa sikit-sikit je. Adam langsung tak makan. Dok main keta je la atas meja.
Walaupun drama sama di meja makan berlaku, tapi kami tetap tabah menghabiskan makanan-makanan dengan sabar. Roti memang bersepai la atas bawah meja kasi Zaraa main sampai puas. Merasalah staf Pizza Hut jadi tukang cuci sejati kat meja kitorang ;p

Sudah makan, dah tatau nak melewa ke mana. Tak biasa la keluar-keluar takde tujuan ni. Jam baru kul 1. Ada sejam lagi nak ada letrik balik. Toy Museum tak pegi lagi. Taman Rama-Rama tak sampai lagi. Bukit Bendera lagi la. Wakakaka... 10 tahun dok Penang katanya. Punya la tak reti nak round island sesaje, encik Jack terus ajak balik naik feri. Nak mengaburi aku konon macam menarik benar la kan... Hahahhaa... Mak okay je.. Zaraa pun tak naik feri lagi. Moh la balik... (T_T)
Pekena Phuket Krabi best jugak ni.. Nak naik! Nak naik!
Feri skang takde la nak kena tunggu queue macam zaman dulu. Masuk je terus buleh naik feri. Or nasib kitorang aje yang baik hari ni? Tatau la.
Semalam aku mimpi aku peknen lagi. Hoh, terkesan sampai ke lubuk hati tau. Dah la berapa hari dah period lewat. Bangkit je tido, terus resah gelisah takut mimpi menjadi nyata. Masuk bilik air nak ambik wuduk tengok-tengok period. Alhamdulillah. Suka! Allah nak bagi peringatan la tu kot takleh lalai.

1 comment:

cikgi diva said...

Adehhh bilo baco bab mipi pregnan trus makjemah terkesan utk mengomen....kalu ada no3 agok2 nama 1MALAYSIA jd kenyataan ko? btul la mung klu kito duk dkt dgn suatu tepat tu, koho payoh nokgi.aku dlu duk usj dkt jah nga sunway lagoon tp x ajin gi.loni jah baru waso nokgi.gelenya molep.