Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, November 26, 2012

#954 Me Vs Milk, The Return

Lama tak berblogging kan sejak balik kampung. Aku pun takde citer best nak update kat sini. Tak boleh salah update, karang orang sound jangan bubuh citer ni kat blog! Peringatan yang sama banyak kali ni sedikit sebanyak mendownkan perasaan. Frankly speaking, kalu tak ingatkan aku pun memang aku takde keinginan pun nak terbitkan apa-apa cerita sensitif kat sini. Blog Diva masih waras tentang sempadan antara boleh dan tak boleh. Harapannya lepas ni takde dah orang ingatkan aku benda-benda sensitif macam ni. Terkeduh hati derr.. No heart feelings okay. Sebab aku dah lama feeling-feeling sorang-sorang memendam rasa.

Okay, cukuplah sound orang satu perenggan je. Kosong-kosong okeh! Ni, skang ni aku tengah weight sama ada nak sambung balik susu botol kat Adam atau tak. Aku penah citer kan dia dah 2 bulan stop minum botol. Aku takde hal dia nak minum susu lagi. Cumanya kalu boleh, minum dalam gelas. Susu okay, botol tak okay. Bila balik kampung seminggu baru ni, Adam tak kareb. Makan kurang. Minum pun gitu-gitu je. Most of the time, maen. Drama sakit perut adalah berlaku secara loop. Tiba-tiba aku rasa bosan. Dengan drama sakit perut ni lah.

Bila aku pikir-pikir balik, mungkin aku dah salah buat keputusan stopkan susu botol dia. Skang ni sejak tak minum botol, kitorang still continue dengan susu kotak. Minum dengan jayanya jugak la. Tapi selera makan tetap tak datang-datang. Kalu ikutkan pakar gastro dia, sejak tahun lepas lagi dia suruh kitorang brenti susu. Nak galakkan dia makan lah kononnya. Tapi tahun lepas aku tak buat pun. Tahun ni la baru start stop susu botol. Tak makan jugak pun. Masalah sembelit tak hilang, masalah gastrik pulak yang datang.

Bila balik kampung baru ni, ramai yang tak setuju aku stop susu dia. Ramai yang kata aku stop too early for him. Ramai yang suruh biar je dia dengan botol susu sebab sampai satu tahap dia akan tak nak dengan sendirinya. Ada yang cakap anak dia darjah dua baru stop. Ada yang cakap anak dia darjah empat baru stop. Macam-macam lah. Mostly yang cakap macam ni dari golongan yang konservatif dan bukan english oriented la.. Bila facing dengan orang macam ni, rasa sedap hati jugak. Proven la kot Blog Diva ni konservatif orangnya.

Entah la. Bila selalu di alam maya ni, aku selalu deal dengan orang-orang yang skema. I mean yang go by the book la. Oh umur 2 tahun dah kena start minum cawan. Nanti jongang gigi. Buruk la nampak besar-besar minum botol lagi. Eh.. minum dalam botol lagi ke, anak I lepas setahun terus train minum dalam cawan. Contohnya la. Agaknya aku selalu deal dengan golongan macam ni yang menyebabkan aku rasa left out kalu tak ikut trend. Oleh itu, anak aku kena ikut macam anak orang. Tak sedar, anak orang buleh stop anytime sebab makan elok. Anak aku ni jenis tak makan langsung. There comes the problem.

I had sleepless nights sebab dia terbangun tengah malam mengadu sakit perut, mintak sapu minyak angin. Siang hari pun, asyik mengadu sakit perut. Macam mana ye... Bila aku perati Adam ni, makin lama makin kurus kering. Tinggal tulang je. Susah hati dowh.. Nak sambung balik bagi botol atau biarkan saje and let time deal. Botol semua dah buang. Kalu nak start balik, kena beli baru la jawabnya.

Ada sesape yang pernah face this situation? Care to share?

Gambar takleh upload pulak dah exceed limit katanya. Banyak kali dah tapi lepas tu boleh je. Apakah ini.

3 comments:

jie @ azie said...

Teh,
Pada pandangan aku anak orang dgn anak kita takkan sama. Maybe anak org okey dgn 2 thn dah stop botol minum pakai cawan tapi anak aku tak jalan cara ni. Zikry stop botol umur 4thn, amzar pulak still minum botol sekarang ni (umur 3thn setengah). Anak2 jiran aku umur 6 & 5 tahun masih lagi minum susu pakai botol.
Entahla kalau aku kat tempat mu pun, dalam dilema jgk antara buku & pandangan org. Bagi aku, bagi je la adam minum susu pakai botol, kesian weii kat dia dok sakit perut (aku mmg konservatif).

Cikgi Diva :-) said...

aku igt anok aku sore tak brp makey..kurus kering jgk naufal.susu minum botol pagi maso kemama bangun tido jah sbb nok suh bgn g skoloh tuu.waktu lain minum milo..lamo doh aku buh vitamin with lysin dale susu naufal tapi supo tulo jah picky jgk...selero makey tapi nasik sajo la...kuoh tomyam,sup,kuoh kkicap gitu..lauk toksey.

adam mmey xsey minum ko kalu dale gelas..susu kotak mace banyok gulo jah...

zahira said...

Kiki pun dulu memey taknak mkn. Asil susu je mcm baby. Tp doc adv suh bagi appeton. Now alhamdulillah lps mkn appeton dia dah nak mkn suma. Try la bagi adam.