Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, November 28, 2012

#955 Me Vs Cuti Sekolah

Memang tak boleh upload gambar dah. Picasa aku dah exceed limit. Choi lah derrrr.... Baru nak citer aku buat nasi bukhari kelmarin. Gambar takleh upload, korang imagine sendiri lah ye masing-masing. Hahaha.. Ye, Blog Diva terajin kelmarin. Encik Jack mc dua hari sakit mata. Kelmarin pagi pegi Tesco lah sebab stok dalam peti ais dah zero. Tatau nak masak apa for lunch. Dalam dua tiga hari lepas memang dah berkira-kira nak try buat nasi bukhari. Bila terlepas cakap, teruslah encik Jack suruh buat kelmarin. Kelam kabut okeh. 

Balik Tesco dah pukul 12. Boss kata buat teruslah nasi bukhari tu. Lunch lambat sket pun takpe. Imagine lah betapa horrornya aku nak menyiapkan semua lauk-lauknya dengan Zaraa macam lintah melekat kat kaki. Dengan Adam sekejap datang suruh kupas rambutan, sekejap suruh bukak Cloud 9, sekejap suruh bukak roti... Adoiiii... Kalu bini-bini malas nak masak pelik-pelik ni mengertilah wahai suami-suami... Memang tak mudah nak menyiapkan semua ni dengan macam-macam halangan dari anak-anak.

Kul 3 baru buleh makan. Berpeluh-peluh percayalah! Serik pun ada nak masak masakan yang banyak lauk ni. Aku buat kurma daging, ayam masak merah dengan acar mentah. Lauk elok jadi. Nasik pulak yang choi. Aku tak familiar lagi dengan selok belok masak nasi berperisa ni. Pengalaman masak nasik yang berperisa cuma nasik lemak dengan nasik ayam je. Aku tak reti nak agak air banyak mana. Last-last, nasik bertempek tapi tak empuk. Oter punya oter, last-last makin lembik. Empuk tak jugak. Frust derr.. Pakai pulak rempah cap tak bermutu sebab cap Faiza tak available kelmarin. Lagi la tak sedap. Failed nasik. There goes my effort. Malas dah aku nak buat!

Cuti sekolah dah berapa minggu ek? Kuat sungguh set cikgu-cikgi makan angin. Aku dok nanti cikgu-cikgi update blog tapi tak kesampaian jugak. Pi kutub utara ke semua cikgu ni.. Lama betul makan angin..

2 comments:

Anonymous said...

aritu guna beras biasa so masak guna air mcm biasa je..

geli hati baco zara jd litoh! hehehe comeilnyooo
and gembira baca adam mintak mknn

sabar ye mommy :-) mommy masak sedap so jgn putus asa .
-kakak-

Cikgi Diva :-) said...

cikgi makan angin dumoh 24jam weiii...haru biru jadi temporary hwife...nujaid susoh tido...uwaaa stress di cuti sekolah dengan setambung kijo x setel lagik!