Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, December 1, 2012

#956 Me Vs Alahai Rumah Baru

Alahai lah nasib.... Lepas semayang maghrib tadi tetiba dengar bunyi macam tikus gigit kayu. Berderau bulu telinga aku. Selidik punya selidik, follow punya follow arah bunyi tu, maka tahu lah aku rumah aku ni ada anai-anai. T______________________T

Rasa sungguh kecewa. Tak tahu nak marah kat sape, nak sedih kat apa. Yang pasti, skirting kronoloc aku ni dah geronggong dah... Dari luar tengok takde masalah. Bila ketuk, bunyi berlubang terus. Ada tang yang rabak terus bila ketuk tadi. Habislah kronoloc aku.... Jie, habislah kronoloc kito Jie.... Yang sedihnya, dok umah ni tak sampai setahun pun lagi. And I wonder umah jiran-jiran ada tak kena attack macam ni. Ke anai-anai menyerang umah yang lantai kayu aje.. Waaaaaaaaaaa~~~~ Habislah, habislah... Takkan nak kena cokeh semua lantai neh.. Sebelum ni tak perasan sebab tak pernah nampak kesan anai-anai tu. Tadi terdengar bunyi diorang gigit kayu tu la yang aku jadi tahu tu. Buleh dengar tau. Tak caya tanya encik Jack. 

Aku dengar citer, anai-anai ni cepat membiak dan merebak. Some said they fought with the termite for over 3 years. Hoho! Nauzubillah!!!! Nak panggil pest control takut depa caj mahal pulak. Ada sesapa penah hire pest control tak? Diorang caj kira cane ek? Alahai, terus emo malam ni. Seriously. Terbayang duit-duit yang dah guna untuk pasang kronoloc ni mengalir ke longkang. Huhu... I love my kronoloc! Kenapalah harus jadi begini... Sedey okeh. Skang ni yang aku tahu dalam bilik bibik ni je... Kat atas belum lagi. I have to stop them no matter how. 

Oh kat kondo dulu berperang dengan charlie. Now, charlie takde kat sini tapi anai-anai la pulok. Umah baru pun ada anai-anai? Tak pernah aku imagine aku akan deal dengan termite. Tak suka! Tak suka! Tak suka! Ada sape-sape yang pernah deal dengan masalah macam ni tak? Boleh tolong bagi petua or cadangan kat aku yang tengah emo sangat-sangat ni.. Sangat-sangat devastated tak tahu nak luah macam mana dah. I love this house. Rumah pertamaku kan...

Tolong! Tolong! Tolong! Kesian kat aku.....

8 comments:

Anonymous said...

check semula dgn developer sbb normally developer dah buat pest control awal2. ada yg beri jaminna for the 1st 5 years.

tp kalau takde mmg harusla buat. dulu kawasan getah/sawit ke?

Blog Diva said...

bukan getah/sawit. dulu kwsn paya rasanya. xpenah pulak nampak busut anai-anai dekat2 ni.

Cikgi Diva :-) said...

neber aku ado hire pest control masa mulo2 dio masuk umoh...cost dalam rm1.8K rasanya, dio akan mari sokmo check dalam 2-3 bulan sekali. kira dlm warranty period la kot...tapi kalu kes mace mu nih cikgu sekoloh aku ajin keno...rasanya abis dio nyer KC kena tuka baru...hukhuk...kronoloc aku x tau dio ado wat ke dok...

Blog Diva said...

1.8k? mahainya....mana nak cekau duit byk tu.... mu mulo xbuat ko pest control?

Cikgi Diva :-) said...

aku xbuat la xckup sen nok masuk umoh mace2 buak...huhuuuuu

jie @ azie said...

ANAI-ANAI teh...haduiii habis la weii..so far aku xdok lagi bunyi tu..nok keno check la jugok. kalau ada gak, tensiii nyo.
cepat pulok rumoh mu ado teh pdhal baru jah duduk. Ko set2 anai2 ni ado deria bau serang rumah hok ado kronoloc jah.

Blog Diva said...

jie:aku cek web kronoloc, dio ado oyat 10years warranty untuk termite ni. tp xsure la utk semua range atau range tertentu jah. mano tahu kei, termite warranty untuk hok range harga mahal sekali ke apa...

tp dlm web tu kata laminate floor ni memei termite proof. kayu lantai je la kot. kayu skirting tak termasuk. huhu... tu yah keno abih skirting bilik bawah ni..

Anonymous said...

Elakkan dari Rumah anda diserang anai-anai
Warranty 5 tahun RM 1,100.00 - menggunakan racun Imidacloprid
Hubungi Zahid - 013 3555 119 :)