Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, December 3, 2012

#957 Me Vs Banyak Kes

Aku tengah sakit mulut. Ulser bawah lidah tahap gaban. Sampai bercakap pun telor. Cakap dengan Adam lagi haru. Asyik tak paham je apa aku cakap. Apa Mommy? Apa? Pastu kena ulang lagi. Aduhai. Berdenyut-denyut sampai ke bawah rahang. Bila la nak hilang. Agak-agak, apa sebab sebenar ulser mulut ye? Dalam internet macam-macam sebab depa bagi. Tak cukup vitamin B12 la, tak cukup asid folik la, zat besi la, stres, kurang air dan macam-macam lagi. Kawan-kawan yang ada medical background, sila explain buleh?

Encik Jack kensel ajak aku pegi Shah Alam minggu ni. Hekeleh. Ingatkan buleh jugak berpoya-poya kat KL. Baru nak roger cikgi diva nak suruh ambik aku dan belanja aku makan tengahari kat rumah agam baru beliau. Hahaha. Buleh tahan ngengada kan. Dah la suruh orang ambik, pastu masak kasi aku makan pulak. Dah tak jadi ni mesti lega Cikgi Diva tak payah entertain aku. Wakakakka... 

Malam ni aku dengan budak-budak ni je la. Tak jadi pegi pun takpe la.. Dok umah buleh freestyle. Buleh makan apa saje. Buleh online anytime. Orang tak nak bawak takpe la... Huhu. Macam tu la. Kalu aku ikut, nanti lunch payah pulak dia nak kena balik tapau lunch kat kitorang di hotel ni pulak. Nak makan di hotel bukan satu opsyen yang baik. Bajet traveler kan. 

Dalam hati ada taman nak mengajak seluruh ahlil keluarga bercuti ke Cameron. Idea ke Korea kan dah kena cantas. Dalam berkira-kira nak berlibur tu sekali teringat kat masalah termite kat umah ni. Idea liburan kena tolak tepi dulu. Duit kalu ada kena setel masalah anai-anai ni dulu. Aku pun tak tahu sejauh mana diorang dah rosakkan rumah ni. Sebab kesan memang tak nampak dengan mata kasar. Tapi kalu ketuk kayu tu tahu la dah berlubang dikerjakan mereka yang durjana itu. Kelmarin cek web Kronoloc. Dalam TNC ada stated yang laminated floor brand ni termite proof dan ada warranty 10 tahun. Tapi tak sure la warranty ni untuk range yang mana. Maklum la, aku kan pilih yang murah sekali :P Dan tak sure jugak skirting termasuk dalam warranty ni jugak ke tidak. Hopefully, skirting aje la yang tak termite proof. Kalu laminated floorboard kena makan dek anai-anai, memang haru biru la. Harus la kopek buang semua balik dan kembali hidup berlantaikan tiles besar-besar yang sejuk macam kat kutub tuh. Sabar Jie, nanti aku call Floor Depot dulu tanya cane. Anything nanti aku bagitau kat blog ni ye. 

Hari ni aku terdatang kesedaran pasal ikan yang diawet dengan formaldehyde. Adalah benda yang berlaku tu. Malas aku nak citer kat sini. Kekdahnya, aku pun google la pasal ni. Yang peliknya, mostly result pencarian aku datang dari negara indon. Kenapa ye. Adakah Malaysia tak aware dengan bahaya pengawet ikan atau apa. Kawan aku pulak menyampuk, dia cakap kawan dia asal dari keluarga nelayan dari Alor Setar. Kawan dia tu citer, semua ikan ; tak kira yang mahal ke murah ke, semua depa taruk formalin. Aiseh. Ke mana hilangnya ketelusan dalam dunia sekarang. Ko rasa nak jaga kesihatan dengan makan banyak ikan? Seem now makan ikan lagi cepat mati dengan izin Allah. Ikan belah pantai timur dengan pantai barat tak tahu la. Belah utara dah proven dah ni. Tetiba rasa tercekik sebab teringat kat muka ikan-ikan yang pernah aku simpan dalam perut aku bertahun-tahun sama usia dengan Adam ni. Dalam dok beringat, aku dah makan berkoyan-koyan formalin rupanya. Tiap minggu dok bubuh ubat awet mayat dalam tubuh yang masih hidup ni. I wonder bila la Malaysia nak banned penggunaan pengawet ikan macam ni. Kata negara yang aware pasal consumer kan. Emmm... Bila baca dalam blog-blog indon yang banyak bincang pasal awet ikan ni, banyak betul tanggapan buruk mereka pada negara kita ni. Pada mereka, negara kita tak ambik berat pasal kesihatan. Siap larang orang diorang lagi dari beli ikan yang datang dari Malaysia. See? Malaysia Boleh la katakan kan... 

Agak bland jugak rasanya berblogging tanpa gambar ni ye. Ingat nak sign up second account for Picasa/Google. Tapi buleh guna blog ni jugak ke atau kena move to new blogspot account? Adeh... Tak best la bercakap tanpa bukti bergambar ni.

Zaraa skang ni dah pandai tunjuk kalu orang tanya mana hidung, mata, mulut. Kalu tengok Hi-5, memang kuat la nyanyi tapi bunyi 'haiii~~~~~' je dalam lagu Hi-5 tu. Hihi. Dah pandai buat gaya bila tengok gambar harimau, sabun, etc. Sangat-sangat sukakan kucing. Dia buleh tiru bunyi kucing okey! Tapi sangat la kelakar bunyi itu bila dia exaggeratekan sikit-sikit. 

Hai boringlah cuti sekolah ni takde pegi mana-mana. Ingatkan buleh la tumpang dok hotel free. Tak jadi la pulak. Kat umah siang malam bukak Disney Junior. Boring giler. Siang hari nak tengok Adam tido sangatla susah. Kalu pegi sekolah tu penatla jugak, balik sekolah ada jugak tido-tido. 

Sekolah bukak bila ha? 

3 comments:

Cikgi Diva :-) said...

hahahaha u're most welcome...aku ado jah dumoh ni 24jam...dengan budok2 yang susoh tido!huaaaaarghhhhh....

Blog Diva said...

mah, tiko cuti ni la sbnrnya aku aim nok terjah umoh agam mu. tp gak dio kensel la pulok. huhu. smula la. tp gak dei skoloh buko gak, tak dapek la layanan kelas dunio dari mu dih!

Cikgi Diva :-) said...

Gapo tau la layanae kelas dunio tu..rumoh agam ko rumoh kubam hk lebih tepat.huuuu..bereh je mari anytime tp tu la time skoloh wiken je la free.