Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, December 5, 2012

#958 Me Vs Menjeling Rotan

Tengok tangan dia tu nak buat apa kat adik.
Ada lah gambar sebab aku sweep clean some of my albums kat picasa. Buleh la slot in a few photos here. Lepas ni exceed limit lagi. I have to think of a way. Memang kena bukak blog lain lah gamaknya ye. Tanya pun takde sape yang jawab jugak kat sini. LOL. 
Mato bulat perut bulat.
Ye, kelmarin aku buat tea party kat budak dua orang ni. Tea party, but not including tea. Tea = sembelit. Haha. Tak, sebenarnya malas nak ulang alik ke dapur sebab aku isi mi Zaraa ni dalam mangkuk Corelle. Kalu tinggal nak ulang alik tu takut pecah pulak di tangan mek comei ni. Umah aku pecah Vision. Umah MIL dia pecahkan tudung periuk jenis kaca jugak. Rilek ye MIL!
Superman payah makan.
Tea party kami simple aje. Saje nak alih tumpuan diorang dari ajak aku keluar pegi playground. Hihi. Jangan tak tau Zaraa skang ni memang takleh tengok gelongsor gerenti nak naik. Skang ni musim hujan, gelongsor selalu basah. Lagi satu, taik hanjing memang banyak. Hujan-hujan ni buat was-was aku je. Manalah sempat nak perati kaki diorang step kat mana-mana bersih ke tidak. Baiklah aku buat piknik kat porch macam ni je. Pagi kelmarin kitorang basuh porch. Imagine sendiri la betapa kucar-kacirnya sepanjang proses pembasuhan.

Encik Jack takde 3 hari 2 malam ni memang serak tekak aku dibuatnya. Ada-ada je la budak dua beradik ni. Tiap hari dok gatal tangan nak capai rotan yang aku parking kat atas tangga. Geram seyh. Aku baru je masuk jamban. Belum sempat nak sedap-sedap dah dengar Zaraa nangis dikacau Adam. Selalu kena pukul la kat abang dia. Kadang-kadang kes berebut. Kadang-kadang kes tolak-menolak. Tak tahu la nak slow talk macam mana lagi. Macam mana la tak bengkeng dengan anak-anak. Setakat cakap dengan tone keibuan tu memang dia tak ambik port pun. Menjawab lagi ada la. Bonus, jelir lidah. Tak geram?

Aku kan, kalu buleh memang tak nak lah guna rotan tu. Aku membesar pun tak pernah rasa rotan tu. Sabar tu memang la kena sabar. Tapi satu tahap, bila kesabaran off limit, cemano? Ada rotan dalam rumah ni 'berhantu' tau. Tangan asyik nak tercapai aje rotan tu tiap kali dia buat perangai. Kalu time takde takpe pulak. Aku dah lama tak pukul dia. Tapi sejak daddy takde ni memang kena la dia. Better kena dengan tangan aku dari kena dengan tangan besar satu lagi tu. Yang herannya, tak serik-serik ke dia. (ya, you might say, alah budak, biasa la tu... tapi budak lain ada jugak kan yang sekali kena memang ingat sampai bila-bila)

Zaraa ni dalam dua tiga hari ni asyik tumpah-menumpah, ramas-meramas, picit-memicit, lengser-melengser kat serata rumah. Kalu bagi susu time dia tak haus sangat, memang selamat la dia banjirkan depan tv. Tahu-tahu la lantai umah ni kan kayu. (kalu bukan kayu pun sanggup ke nak biar susu tu melekit kat lantai pastu ko dok lalu lalang terpijak susu tu pastu dok bawak benda kotor tu serata rumah?) Kalu bukan kat lantai, kat kapet. Baru ni sepupu aku ada singgah dari Alor Setar. Aku hidang air sirap kat diorang. Lepas diorang balik, sirap belen tu aku buh la dalam botol Zaraa. Selamat dia curah atas sofa so good aku yang tersangat aku sayangi itu. Tak rasa nak meroyan? Malam tu jugak tanggalkan cushion cover kasi rendam. (looking at the bright side, kalu Zaraa tak tuang sirap tu, patbelas tahun pun tak basuh-basuh jugak kan!) Semalam, nak bubuh semula tu merasalah nak patah riuk semua tulang jari-jemari. Tanggal mudah, nak masukkan balik Ya Allah (....comeinya sofa aku ni). Sabar, sabar. Tahan je la. Women suffer to look beautiful kan. Patbelas tahun lagi lah aku cuci cover sofa aku! Tak sanggup.

Tadi dah call Floor Depot. Diorang nak mai tengok esok kalu jadi. Hopefully tak payah keluar duit yang banyak la. Kalu semua under warranty lagi bagus. Sila bertenang dulu ye Jie. Nati aku update lepas orang Floor Depot mari esok.

2 comments:

Cikgi Diva :-) said...

Rotan adalah benda yg paling takut nk ado dumoh..kalu msk kelas paling bahaya kalu bwk rotan,memey sedap la blako2 bulih.nok2 klas gubak skali phtu jenis babe plok tu.naufal skalo nga tange aku hk kiut miut ni jah.haha

Cikgi Diva :-) said...

Opss x igt tulis..jelezznyo tgk porch mung...bilo la umoh aku nk buat jgk nih.bulih piknik2 dgn selesanya.....