Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, December 11, 2012

#959 Me Vs Termite Attack Updates

Last entry aku cakap nak share pasal kronoloc-termite attack ni kan. Patut hari Khamis Mr Lee cakap nak datang tengok lantai aku. Tapi dia busy, kelmarin dekat maghrib baru dia datang. Sama macam yang MIL aku suggest la. Kena buat termite control dulu baru diorang boleh proceed. Bad thing is, no warranty. Tapi tak mahal kot sebab cuma ganti skirting satu bilik pastu kalu melibatkan floorboard, Mr Lee akan ganti area yang damage tu aje. Dia akan ikhtiar la nak kasi jimat. Lega dah situ.

Kat tepi-tepi jalan banyak nampak banner pest control. Nak kena call and ambik quotations dulu la. Harap tak mahal sangat la sebab yang kena bilik bawah ni je baru. Diorang caj macam mana ek? Per square feet ke pebenda? Berpeluh-peluh jugak ni nak fikir kos treatment termite ni. Bulan ni nak renew roadtax keta lagi. Memang benda kalu nak jadi ni bertimpa-timpa je kan. Dugaan...

Punca datangnya anai-anai ni aku dah tahu. Dari almari lama yang aku bawa dari kondo dulu. Alah, almari plywood murahan dua pintu tu la. Bilik-bilik lain kat atas semua pakai built in wardrobe. Kelmarin Mr Lee pelik jugak kenapa cepat sangat ada termite kat umah aku. Jiran-jiran takde pulak komplen pasal termite attack kat umah diorang. Kat depan umah takde kesan anai-anai. Kat belakang pun takde. Benda ni macam  tiba-tiba je outbreak dari dalam bilik bibik ni. Bila alihkan almari, tu dia. Satu line buleh nampak. Baru 11 bulan pasang lantai ni. Start perasan 2 minggu lepas. Kira la sendiri betapa cepatnya. Kalu aku tak pasang lantai kayu ni pun, anai-anai tetap ada jugak sebab almari ni ada. (heran jugak, sebab kat kondo dulu tak pernah ada anai-anai kat umah) 
Semalam masa Zaraa tido, aku dengan encik Jack dismantle terus almari tu. Kalu ikutkan memang sayang sebab almari tu masih intact dan boleh guna lagi. Tapi, selagi almari tu ada, nanti anai-anai akan datang balik no matter how many treatment we had to this area. Semalam jugak punggah sekeping-sekeping buang dalam semak. Haha. Kaedah pelupusan terbaek. Makanya, makeover dari rupa kelas hotel 3 bintang terus bertukar ke bilik setinggan. Bilik kalu takde wardrobe or almari baju, kalu setakat letak rak penyangkut aje memang nampak takde kelas. Sedih pulak nak tido dalam bilik macam ni. Aku ni kalu tempat tido, memang nak world. Tak lelap okeh kalu bilik macam stor tak organized sangkut situ sini. A bedroom needs a proper wardrobe, baru la nampak organize. 'organise' is one big word to me. Apa-apa pun kena, mesti organize. Kalu nak hidup selesa lah.

Kepada orang lain, suka aku nak ingatkan tak kira la umah kamu pakai lantai kayu ke, besi ke, plastik ke, tiles ke, marble ke, parkir ke, tanah liat ke.... Kena selalu hati-hati dengan perabot kayu lama. Kecuali la umah ko pakai kayu kelas dunia yang termite tak selera. Jangan jadi macam aku ni. Sebab sayang nak tinggal almari buruk tu, bawak sekali pindah ke sini. Pastu tengok apa jadi. Huhu.... Menyesal sudah tidak berguna. Nak buat macam mana kan. Mana tahu kat almari tu ada anai-anai.

Lepas ni nak calling-calling pest control. Lepas treatment pun rasa serik hoi nak pakai almari kayu untuk bilik bawah ni lagi. Aku dengar citer, anai-anai ni walau dah bunuh pun dia tetap akan datang balik. Cepat atau lambat je kan. Lepas ni pakai almari laci tupperware tu je la. Takat nak isi cadar dengan kain baju harian budak-budak ni. Masalah insyaAllah selesai. Tapi pemandangan tak syok la... 

Blog Diva ni macam tu la. Apa-apa pun mesti feast to the eyes dulu.

Aku bersiaran live lepas sahur tadi. Ye, puasa. Untuk hari ke 17 insyaallah. Ada 56 hari lagi. *Terjelir. Okey lah, nak pegi smayang Subuh. 

Assalamualaikum! 

No comments: