Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, December 12, 2012

#961 Me Vs Takde Ong

Dah banyak hari aku dok try tutorial nak invite author tapi masih tak berjaya-jaya jugak. Benci betul. Picasa dah exceed limit. Bila klik link kat emel macam yang tutorial ajar tu, terus kembali kat page settings>1 open invitation. Pastu dok LOOP benda sama, page sama. WTH la... Ah bosan lah nak try-try lagi. Payah-payah sangat, bukak blog lain. Tapi sayang la Nuffnang kat sini dah buleh cash out. Kalu nak start kat blog lain, nak start from scratch balik, berjanggut la nak tunggu counter macam skang ni. Blog ni bukan macam blog Mommy Nadia. Anytime je buleh cash out. Hihi...

Sejak takleh nak upload gambar ni, aktiviti tangkap menangkap gambar pun tak berapa aktif dah. Takde modal nak ambik gambar. Putus angin pun ye. Online pun tak tahu nak buat apa. Login blogger, baca yang orang lain update. Pastu bukak facebook tengok status kawan-kawan dan cari apa yang buleh menarik perhatian. Pastu kalu teringat, bukak blog Hanis Zalikha. Kena bukak sebab aku tak jadi follower dia. Kalu jadi follower dia nanti aku dengki pulak tengok site traffic dia LOL.

Harini Encik Jack berday trip ke Shah Alam lagi. Baru nak koya-koya kembali memaksa Cikgi Diva entertain aku, sekali encik Jack cakap dia nak pegi sorang aje. Caras. Pegi pagi tadi, petang karang balik terus. Cung gi cung mari. Takde nak bercuti-cuti sambil alang-alang dah kat KL jumpa sedara mara. (harini sepupu aku kawin kat KL, kalu tak buleh la aku makan free sambil jumpa sedara mara yang super the gojes masing-masing) Caras. Dok umah mengadap, battling dengan these kids aje lah. UiTM memang macam tu, perah tenaga staff giler-giler. Harini pegi KL pun, walau sampai tengah malam karang pun pagi esok wajib pegi keje jugak sebab esoklahnya nak present bagai. Sebab tu lah ramai yang kecewa kalu aku ikut pegi KL pun dok tak lama dah nak balik Penang. There's no term as ho-li-day for us. Semua kena tambat kat rumah aje. Hujung minggu pegi pasar pegi Tesco mengadap F1. Kesian budak-budak. Thanks to the mom yang tak pandai drive.

Adam dah berbulan koya mat saleh. Nasik kalu suap je makan. Siang malam asyik mintak roti bakar sapu susu manis, fries dengan sweet corn in cup aje. Minum pulak, susu coklat dia tu la. Siang malam. Minum air kosong bila kena paksa tahap mommy kena bawak gelas berisi air ke mulut dia je. Susah benar nak minum air kosong! Siang malam semua yang  manis-manis aje masuk perut. Haih. Kalu diabetic macam mana. Budak-budak ni bukannya health concern sangat kan. Kita as the parents la yang risaunya. Dia bukannya tahu apa. Adam ni dari kecik lagi makan secara tak sihat. Junk food, fast food. Tak tahu la macam mana nak buat dia makan benda yang healthy. Dia memang susah sangat makan. Anak uols ada ke macam ni..

Citer pasal pokok tanaman aku pulak. Aku tertanya-tanya kenapa pokok-pokok dalam pasu aku ni tak berapa menjadi. Siram sokmo. Baja pun sokmo. Tapi tetap tak nak berbunga or berbuah or berdaun. Pokok pandan je subur liao. (bila keluar kat porch, aromaterapi pandan menusuk hidung) Then bila aku guna sikit otak berkarat aku ni kan, baru la aku realise, pokok-pokok ni tak cukup cahaya dan panas matahari. Kat depan kan ada awning. Walaupun ada ruang yang kena cahaya matahari dengan baik, sure la takleh lawan dengan cahaya original yang dapat dari direct penetration kan. No wonder pokok lili aku tu subur daun je, bunga tak keluar-keluar padahal spesis ni bukanlah pesen yang manja nak kena belai-belai pasang muzik ke apa kan. Same goes to my pokok limau purut. Dok setara tu la sejak berbulan-bulan.

2,3 hari lepas aku buat eksperimen alihkan pokok-pokok yang bermasalah ni. Letak kat belakang dapur. (oh dapur sape la yang gojes dengan pokok bunga tuuuuuu... terus perasan macam kat oversea kan, dengan beds of daffodils melambai-lambai belakang dapur) Panas dan direct penetration tu memang dah berjaya menyelesaikan masalah. Tapi ada masalah  lain pulak. Hoho. Bila hujan, timpa direct atas pokok-pokok ni. Ranap lah pulak lilies aku ni. Haih. Duduk umah teres takde tanah tapi koya nak berkebun macam ni lah. Terus dengki dengan halaman asmara kat umah Cikgi Diva. Wi kakku sikik tanoh. Buleh patlimo guni jadi la.

Serai pun macam tu lah. Tak nak subur. Aku dah frast tahap gaban dah. Lepas ni nak cabut semua, tanam pokok hiasan yang sesuai tempat teduh je. Forget lemon grass, turmeric, lime leaves semua tu. Beli kat pasar bukan luak seminggu pun. Haih. Macam-macam dugaan nak berjaya ni.


2 comments:

Cikgi Diva :-) said...

Kahkah..wei ado tanoh tapi ruput laley samo tinggi nga nujaid doh..sakit mataku memaksa aku sekat bangla mesin ruput setelkan..nk hrp encik N balik tgh male mmey jadi utey la halaman asmara aku nih.baik simen blako..aku pon nok naney tp xdok maso..gano mu ejas maso?hehe..

Blog Diva said...

mah, aku belek pokok belei2 turun jemur kain or angkat kain la. curi2 maso gitu la.mugonyo kalu dei aku turun gak, pakat mengekor blako 2-2 nih.

aku keno ado maso utk gardening ni. sbb aku xdok saing, x tubik jln2. So, gardening ni sikit sbyk destressing agent la kakku ni. aku kalu dok luar belek pokok sejam pun takpo. kalu anok2 sporting lah.