Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, December 14, 2012

#962 Me Vs The Uninvited

Ini cerita pagi buta kelmarin tapi aku takde mood nak citer. Citer hari ni buleh?

Kisahnya begini, kelmarin aku bangkit sahur kul 5 pagi. Habis makan, kemas meja then melepaklah depan tv sambil tunggu azan Subuh. Tengah syok tengok Barefoot Contessa, kul 5.30 tu tetiba dengar suara orang bagi salam. Dalam hati was-was orang tu bagi salam kat umah aku ke umah lain. Umah Melayu lain selang 3 pintu dari umah aku. Takkan la bunyi tu macam depan pagar aku je kan. Aku ignore dulu kot-kot salah umah. Pastu orang tu tekan loceng. Umah aku lah!

Terus lari kejut encik Jack yang tengah best tidonya. Encik Jack mamai-mamai kasi arahan jangan bukak. So aku ignore je la. Takut seyy... Berdebar macam nak pecah jantung. Encik Jack tak bangun pun, aku sorang-sorang je la guard the house. Kaki tangan sejuk beku ketakutan. Lama jugak orang tu dok bagi-bagi salam tapi aku dok diam je dalam umah. Dalam hati dok berharap jangan la orang tu panjat pagar masuk.

Lama lepas aku dok diam tu orang tu blah. Lepas sure diorang blah baru aku berani nak intai. Nak intai tadi takut terkantoi pulak. Aku nampak mula-mula sebijik motor je, dua orang naik. Umur dalam 20an gitu la. Melayu. Dok pandang kiri kanan kiri kanan masuk lorong tu keluar lorong ni. Tak lama lepas tu, 3 bijik motor masing-masing naik dua orang. Semua Melayu, muda mudi. Yang paling seram tak hengat, salah seorang dari diorang pegang kayu panjang sambil ketuk-ketuk kat tangan macam samseng kaki pukul dalam tv buat tu. Berderau darah aku.

Lepas Subuh terus sms jiran aku tanya pasal benda ni. Takde pulak pegi umah dia. Apasal umah aku je. Tak tahu la apa motif diorang datang pepagi buta dok bagi salam tekan bell tu. Mula-mula aku bersangka baik la kan, mana tahu kot-kot budak tu tengah dalam kesusahan nak mintak tolong apa-apa. But then fikir balik, umah aku ni bukan tepi jalan. Takkan usaha masuk dalam taman ni nak mintak tolong. Pastu ramai pulak bermotor tu. Isyk.. Takut seyy... Tak nak ingat la. Fobia aku bila dengar orang bagi salam dengan bunyi doorbell ni. Nauzubillah.

Dalam tahun ni pernah la sebelum ni budak muda macam ni la datang kul 11 malam aim kat setiap umah Melayu (senang kan nak cam umah Melayu ada kalimah jawi kat atas pintu masuk tu) nak mintak RM5. Katanya nak isi minyak motor. Giler ke apa kul 11 kacau mintak derma macam ni. Itu umah jiran aku. Tapi laki dia tak bagi la duit tu. Dengan encik Jack dia mintak RM3 nak isi minyak motor jugak. Tapi siang hari. Huh, kalu semua nak hidup senang macam ni tak payah keje, baik aku pun buat macam tu jugak. Collect RM 5, 10 umah dah RM50. Cukup sebulan dah boleh pegi Mekah balik hari.

Disebabkan kisah aku kelmarin tu, jiran aku call la guard dia bagitau pasal ni dan mintak lebih perketatkan rondaan. Semalam guard dia datang umah aku, tekan bell tingtongtingtongtingtong nonstop. Kecut perut aku dowh! Ingatkan budak motor pagi tadi datang lagi sebab tak puas hati aku tak bukak pintu kan. Kitorang semua dok diam la konon-konon macam tak dengar. Pastu jiran aku call bagitau guard dia kat depan umah aku nak tanya pasal insiden tu. Kuss semangat! Baru la bukak pintu.

Soal macam-macam pasal tu. Rupanya kebetulan guard tu pun nampak jugak budak motor tu bawak kayu masa meronda pagi kelmarin tu. Tapi tak buat apa-apa la sebab guard tu tak tahu budak tu dah datang harass umah aku. Petang kelmarin budak-budak motor (geng lain kot) dok berkumpul kat taman baru dekat umah aku ni. Petang-petang dok press motor, buat wheely depan umah aku. Ko pe hal? Nasib baik guard ada datang sound diorang suruh balik. 

Mak bapak diorang ni tahu ke tak kegiatan tak bermoral anak-anak diorang ni. Hisyh... Aku pun ada anak jugak. Risau dowh anak-anak jadi macam ni. Mintak Tuhan lindungilah anak-anak aku dari negative influences macam ni. Sedih bila tengok anak-anak Melayu ni tak menjadi.

Semalam jiran aku bagi nombor bilik gerakan if anything like this happen again. Nasib baik la encik Jack ada kelmarin. Kalu tinggal aku dengan anak-anak je memang nanges dah call jiran aku histeria macam orang dah ada dalam umah acu pisau kat leher. 

Have you ever been in this kind of situation? Apa yang korang buat?

2 comments:

faerni said...

if things like this happened again, straight away call the police. err make sure ada no tepon balai polis terdekat....

Anonymous said...

lega baca ada jiran yg prihatin gitu..syukur..hati2 mek..org jual2/mintak sedekah all could hv diff agenda. tkc.
-kakak-