Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, December 15, 2012

#963 Me Vs Toy Museum

Encik Jack murah hati ajak kitorang sekeluarga pegi makan angin ke Toy Museum. Pegi pagi-pagi lagi, tapi sampai lebih tengahari. 2 jam sesat ke barat thanks to all the labeling yang tak boleh harap yang hanya berjaya menyesatkan kitorang tadi. Pedoman bagi orang lain juga, jangan percaya kat GPS. Penipu hangit. Toy Museum dah pindah ke Teluk Abang Hang (Teluk Bahang) okay, bukan kat Tanjung Bungah dah. Buang masa berjam-jam pusing tempat sama! Nasib baik stop tanya staf hotel. Kalu tak, sampai ke malam dok cari berpandukan GPS yang tak update setahun dah tu. Choi...

Lokasi Toy Museum yang baru ni adalah di celah-celah rumah kampung. Sungguh tak komersial dan tak strategik. Tourist pasti kehampaan macam kitorang. Verdict? Indah khabar dari rupa. Bangunan aku tak pasti la untuk sementara ke memang kekal macam tu. Macam tak percaya pun ada masa aku mula-mula sampai. (dah la masuk lorong nak ke toy museum tu pun kitorang sesat! letak la label leklok sikit. tak pasal-pasal sesat dalam kampung) Bangunan museum yang baru ni tak ubah macam umah kontena buruh kontrak indon duduk tu. Bezanya, dalam museum ni selesa la. Lantai tiles bersih, well air conditioned. Tapi kalu nak nilai dari rupa, memang tak smart la bak kata Menteri Pertanian keluarga kitorang.

Mula-mula masuk gate museum tu, aku dengan encik Jack saling mempersoalkan, nak masuk ke tak nak masuk. 2 jam lebih dah rugi masa dok cari tempat ni. Nak masuk rasa macam tak berbaloi pulak. Last-last, demi kesian kat anak-anak yang dah boring tebabo dalam keta pening lalat lalu ikut jalan macam ular kena palu area Feringgi tu, kitorang turun la jugak dengan penuh berat hati. Kalu tak masuk, tak tahu kan dalam tu macam mana. Kalu masuk tapi tak puas hati pun, nak menyumpah kemudian kira.

Maka masuklah kami berempat yang kos total RM40. Well, okay lah pada aku. Toys memang banyak. Anak-anak memang seronok la terbeliak dari awal masuk sampai nak keluar. Adam memang tak diam mulut ada je dok panggil aku dengan Encik Jack nak suruh join dia tengok. Zaraa, masih tak mengerti. Orang jalan, dia lari. Orang berenti, dia pegi ikut orang lain. Sekali sekala je dia bising bila cam apa-apa karektor kartun yang ada dalam buku dia. Okay lah tu kan. Walaupun masuk tak selama masa yang aku guna untuk sesat 2 jam tu, tapi bila tengok anak-anak happy, aku rasa worth la RM40 tu... (teringat aku masa sesat-sesat tu Adam boring giler dalam keta sampai begging kitorang tukar pegi Tesco je la.. hahahaha... )

Balik tu, kitorang pilih untuk balik dengan feri. Alang-alang dah kan. Tadi ada 3 star cruises tengah merapat di Swettenham Pier. Dalam hati dok koya bestnya kalu dapat naik cruise pegi Phuket ke apa... Ada sesapa pernah naik? Berapa ek tambang dari sini ke Thailand? Dengar citer ada contest pasal Dr Syeikh Muzafar, winner buleh naik cruise dengan beliau dan famili. Woh, buleh jumpa Bella yang cheeky!

Apa-apa pun, untuk semua kegembiraan yang aku dan anak-anak dapat hari ni, segulung ucapan terima kasih tak terhingga nak ucap kat encik Jack. Tengkiu sebab bawak I dengan anak-anak pegi jalan-jalan hari ni walaupun banyak sesat dari berjalan makan angin. Dalam makan langsat tu pun, best jugak sebenarnya. I get to see many nice super luxury houses kat kawasan Ferringhi tu. Tahu-tahulah situ kan area Cina yang Lord-Lord. Dapat tengok aje pun jadi lah. Berangan lah kan nak mampu duk umah semewah begitu. Nak upah orang potong rumput je pun dah tak mampu bulan-bulan! Tapi memang feveret aku untuk usya umah-umah orang kaya. Macamlah korang tak!

Balik tu semua orang kelaparan. Singgah makan kat Pizza Hut dekat SSF tu. Semata-mata sebab aku nak makan meetball cheese dia. Haha. Sekali lagi tima kasih kat chenta hati saya sebab belanja makan kat situ. Banyak ye habis hari ni. (esok pegi pasar, pegi Tesco lagi banyak :P) Sekali sekala takpe kan?! *wink Thanks ye encik Jack. You don't know how much it means to me. Seminggu dua ni memang stress tebabo sangat. Dapat getaway macam ni memang clear sket kepala kan.. 

Tengkiu! Tengkiu! Tengkiu!

P/S: next week Strait Quay pulak ye sayang!

No comments: