Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, December 17, 2012

#964 Me Vs Apa Yang Saya Belajar Pasal Anai-Anai Hari Ini

Yay! Call Innopest pagi tadi tengahari terus diorang datang. Sungguh effisien. According to pakcik Google, nampak macam kompeni ni reliable dan established la berbanding yang lain di Penang ni. Harap-harapnya, memang berkesan lah.

Nasib baiklah. Diorang kata ini early detection. Inspection mendapati hanya bilik bawah je yang kena. Itu pun belum outbreak sangat. Cuma sempat serang pada kayu skirting sahaja. Wowmazing jugak aku tengok diorang ni macam CSI anai-anai, suluh lampu UV diorang celah-celah situ sini mencari jejak anai-anai. Hire company Cina ni nampak smartlah. Datang well prepared dengan ipad for presentation/ explanation, dengan carta bagai. Memang kasi penerangan details la. Terasa macam ambik short course pasal anai-anai pulak tadi. ( Zaraa pun terlopong tengok gambar-gambar dalam ipad dia tadi) 2 jam tuuuuu... Diorang siap bawak sampel ratu anai-anai lagi dalam botol berisi larutan (formalin la kot). I wonder kalu kompeni bangsa kita ni, smart macam ni jugak ke cara keje nya. Impressive, impressive. Tapi satu je aku tak suka, depa datang pakai Grand Livina yang ada gambar anai-anai dan tertera nama syarikat besar-besar kat keta tu. Kantoi kat jiran tetangga umah aku ada anai-anai. Adeh. (it doesn't matter)

Tadi diorang korek sikit skirting untuk ambik sampel spesis anai-anai kat umah aku. Kena detect dulu anai-anai kat umah aku ni dari jenis yang mana. Anai-anai kan banyak spesis. Setiap spesis, lain la sistem pembasmiannya. Lupa pulak nama spesis anai-anai kat umah ni yang dia sebut tadi. Tapi yang jenis kat umah aku ni sesuai dihapuskan dengan kaedah pengumpanan (baiting). Ini cara yang palign selamat dan paling efektif la. Selamat untuk kesihatan semua manusia dalam rumah ni, selamat untuk alam sekitar dan terbukti berkesan untuk menghapuskan koloninya. Katanya lah!

Mengikut Puan Annie yang datang tadi tu, jenis anai-anai yang kat umah aku ni datang dari dalam tanah. Bukan dari perabot lama (almari lama dah selamat dalam semak dah hahaha), atau bukan berpunca dari lantai kayu aku. Kalu aku tak pasang lantai kayu pun, masalah ni akan tetap terjadi. Area aku ni memang history ada anai-anai. Annie tu cakap, mungkin masa developer ni pecah tanah dulu, anai-anai dah ada dalam tanah. Pastu developer dah buat pest control (standard procedure). Tapi sekarang kan environmental concern, semua benda chemical ni hayat dia dah dipendekkan, meaning jangka hayat apa-apa bahan kimia ni dah tak tahan lama macam dulu-dulu. Bila tak tahan lama, tak la berbahaya sangat terhadap kesihatan manusia mahupun alam sekitar. Bila tak lama sangat, maknanya by the time aku pindah masuk tu, kesan pesticide yang developer buat tu dah makin tak berkesan dah la. Mungkin sebab tu anai-anai tu kembali menyerang. Satu lagi, anai-anai dalam tanah tu berjaya mencari lubang keluar dalam rumah aku ni. Selagi ada rekahan di celah-celah  tiles, anai-anai boleh lalu la. Patut la atas tile kat dapur aku pun ada bekas tanah yang anai-anai tu bawak. Reminder!- Anai-anai tak semestinya menyerang kayu aje tau! Lantai tiles korang pun kena beware jugak.. Kalu ada lubang, dia buleh masuk dok dalam umah korang senyap-senyap pastu serang segala perkakas kayu korang.

Ada kes kat KL, hotel setinggi 40 tingkat pun (ada ek hotel kat KL 40 tingkat?) ada kena serangan anai-anai. Serangan melalui piping system. Don't play-play uols. Umah landed ke, kondo ke, memang semua tak terlepas dari serangan anai-anai. Hati-hati lah.

One thing yang menarik dan penting aku nak share dengan pembaca blog aku ni pasal termite. DO NOT SPRAY! (aku pun buat jugak ni sebelum tahu fakta sebenar dia bagitau tadi) Kalu anai-anai yang jenis dari dalam tanah macam umah aku ni, kalu ko spray, memang la kalu dia nak mati, mati yang tu je. Yang on the surface aje. Nun bawah tanah dalam sarang tempat queen dia bersemayam tuh, berjuta lagi tengah berjingle bell jingle bell. Kita dok ingat problem dah setel kan. Spraying technique ni hanya akan provoke anai-anai untuk attack dengan lebih teruk. Worse, dia mungkin retreat dari umah ko, tapi dia pindah pi umah jiran ko. Mana ko tahu terowong bawah tanah dia channel ke mana kan. Tak baek buat jiran ko macam tu. Cuba kalu orang buat macam tu pastu anai-anai dia mai umah kita. 

Kaedah baiting yang diorang buat kat umah aku ni, depa feed the termite with the formulated feeding dalam satu kotak, install kotak tu tempat yang ada anai-anai. Lepas 2 minggu, depa akan datang balik cek/tukar/buang/cuci etc. Makanan termite ni tak diformulakan untuk membunuh terus. Tapi menjadikan anai-anai ni takleh bersalin kulit. Yang dalam telur pulak takleh menetas. Kalu semua anai-anai ni makan, memang takleh membiak la diorang. Membiak buleh tapi tak boleh menetas. Jadi, takde generasi la koloni ni.  Satu queen buleh produce 10,000 butir telur sehari. Will hatch in a month. Satu queen jangka hayat 25 tahun. Kira sendiri la kalu setahun buleh buat berapa keturunan. 

Yang paling aku lega sekali, kemungkinan besar aku tak payah baiki lantai bilik bibik ni. Sebab area yang dah kena ni, kalu tak buang pun tak memberi kesan apa-apa pada serangan akan datang (kalu ada la, nauzubillah) Kalu tak tukar skirting pun takpe. Sebab kalu tengok luaran gitu memang tak tahu pun ada anai-anai. Kalu terodok je kantoi terus :P Tadi masa mula-mula datang depa cucuk sikit tempat affected tu untuk buat lubang nak letak makanan (formula dia tu la). Then keluar buat inspection kat serata rumah, explain this and that kat kitorang, bila masuk balik tengok-tengok anai-anai tu dah seal balik lubang yang Annie korek tadi tu. Cilakak punya anai-anai. Sungguh radikal.

Kiranya tadi kitorang hire diorang terus lah. Dengan harapan tinggi menggunung masalah ni berjaya diatasi. Aku tak perasan pulak riak muka aku menggambarkan betapa risaunya aku pasal lantai ni. (mau tak, berapa minggu dah tak lena tidur dok pikir pasal ni) Dua kali si Annie tadi tu bilang, Puan nampak risau. Jangan risau masalah anai-anai ni serah pada kami sahaja. Whoooaaaa... Aku suka ayat itu. Konon macam konpiden giler la kan buleh setel. 

Okay, I serah kat you je lah. Kalu tak menjadi, you serah balik duit I ngeeeeee...

6 comments:

Anonymous said...

hehhehe comei cerito anai2 ni
-kakak-

Cikgi Diva :-) said...

Sero supo baco cerpen kisah aku dan anai2..ngehehe~semoga semuanya seperti dijanjikan oleh ms annie

Blog Diva said...

mah:olos, termalu ai...

Anonymous said...

dah ok ke umah akak ngn masalah anai2 ni?
die pkai umpan jnis ape brand ape akak ye?

Blog Diva said...

alhamdulillah, so far dah takde bunyi diorang hantuk kepala kat dinding tu. (bunyi macam drilling tp sbnrnya diorg hantuk kepala untuk bagi signal warning kat pekerja diorg suruh retreat masuk sarang sebab ada danger, mungkin dari bunyi-bunyian yang kita buat secara tak sengaja tu)

dia pakai umpan jenis makanan khas, kaler putih susu, ketul-ketul kering macam nasi air intant tuh. Brand kat kotak dia tulis SENTRICON. An American technology.

Umah adik ada anai-anai jugak ke?

amir said...

Assalamualaikum wbt..

Baiting System sgt bagus.. tak perlu tebuk lantai rumah... Tapi kelemahan nya "tiada pertahanan"...

Kaedah Drilling (CT) juga bagus dan menjimat kan utk jangkamasa pjg... Tapi kelemahannya ada kesan tebukkan pada lantai...


http://fumigation-malaysia.blogspot.com/