Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, December 18, 2012

#965 Me Vs The Scenes

Scenes #1 - Adam
Adam suka sangat all sweet and salty things. Breakfast pun nak manis-manis ie roti bakar with susu manis. Lepas makan apa-apa, kalu dahaga mesti nak siram tekak dengan air manis. Cultured drinks, milk chocolate etc. Benda masin pulak yang paling dia suka, chicken stock. Kiub ayam dengan tepung seri aji memang pantang nampak. Aku memang beringat la kena sorok dari penglihatan dia. Kalu dan kat dia, memang dijilat la sampai puas. Tengok-tengok tinggal wrapper aje. Haih, daily intake plain water dia berapa teguk la sangat. Anak-anak orang lain macam ni jugak ke...

Scenes #2 - Adam lagi
Kaki spek dah patah dua hari. Gara-gara suka menyondol adik kan. Sekali rentap patah terus. Tangan mek  comei ni boleh tahan jugak berkuasa pemusnah. Nak baiki tak sempat-sempat lagi. Mula-mula ni memang la dia tak selesa tak pakai spek. Asyik mintak nak pakai spek aje.

Scenes #3 - Adam lagi dan lagi
Makan pakai jari tak boleh lagi. Pakai baju betul-betul tak pandai lagi. Time nasib baik TERbetul takpe la sauk aje, cuba kalu ada apa-apa masalah, memang tak boleh nak troubleshoot sendiri. Pakai seluar yang ada zip pun tak boleh lagi. Pegang gunting pun tak boleh. Aku nak ajar pun tak reti sebab dia kidal. Ingatan memang failed. Tak tahu la dia buat-buat ke apa. If something ada kat tangan dia, then after that takde, aku tanya mana benda tu. Terus tak terjawab. Tanya lain, jawab lain. Kalu aku bebel, pandai pulak menjawab. Kalu orang tanya apa-apa tak nak pulak jawab. Selalu macam tu lah. Mana la tak hangin. Contohnya aku berkali-kali pesan jangan usik benda A tu. Then aku pegi buat keje. Lepas siap keje, aku datang balik tengok benda A dah takde. Tanya tak jawab, suruh cari, memang statik lah dia. Sampai ke sudah tak cari-cari. Memang tak boleh nak ingat apa yang dia buat sebelum tu.

Scenes #4 - Him, still.
Tak serik sakit. I know, hitting tak menyelesaikan masalah. Tapi kalu dah cakap elok-elok tak nak dengar, cakap tak elok lagi tak nak dengar ni, tak naik hangin ke kau. Setakat hari ni rotan masih suci lagi. Tapi setan dok goda banyak kali dah suruh guna. Haih... Aku mengaku lah, nak didik anak ni memang aku tak pandai. Bukan tak pandai, tapi tak berjaya. (sedap sikit bunyi tu). Aku tak salahkan sekolah. Sebab masalah ni start sebelum dia pegi tadika lagi. Start masa dia dapat adik. Sebelum tu elok je dia. Cakap apa pun semua dia ikut.

Skang ni, nak-nak pulak cuti sekolah, belum sampai ke malam suara aku dah keluar suara jantan dah. Jerit sana, jerit sini. Nak saiko macam mana lagi tak tahu la. Tiap hari drama kacau adik yang sama. Tiap hari nak kena larang jangan makan kat sofa, jangan minum kat sofa. Tapi itu la yang dia buat. Zaraa tu dah kalis dah skang ni. Kena sondol pun ketawa. Kena cubit pun mengalah. Alahai kesian budak comei ni.

Scenes #5 - Who else.
Suka benar main air. Dah kena teruk dengan daddy dia sekali. Dah kena teruk dengan aku sekali. Aku sendiri pernah tergelincir sebab lantai dapur basah dek dia keluar tak lap. Lap satu hal. Tiap kali lepas mandi aku dah ajar sejak kecik lagi, LAP. Tapi tiap kali lepas mandi terus keluar bertitik-titik. Dalam bilik air, memang pesta buih la. Shower cream tu kejap je tinggal sket. Tiap hari cakap pasal benda sama. Boleh pulak bila aku terangkan sebab dan akibat lantai basah tu, dia tukang sambung, nanti jatuh patah tangan macam Mamatuk. Tahu cakap je. Pengisian yilek.

Scenes #6 - Taik Hanjing.
Mengeluh la. Ini memang paling aku lemah. Kelmarin tayar keta tergelek taik anjing. Aku google tadi ada ustaz kata tak payah samak, memadai cuci dengan air aje. Ada ustaz kata wajib samak. Cemana tu? Hujan-hujan ni memang choi lah. Kaum X kat sini pulak, suka membela anjing. Kalu tak kareb kat taman permainan or padang, atas jalan lah alternatifnya. Kita yang guna jalan tu, gelek baek punya kuih muih atas jalan tu bawak balik umah. Haih. Nak samak ke tak ni. Kena samak satu porch ke? Hari ni memang purposely tak kasi anak-anak main basikal kat porch sampai terjawab persoalan pasal ni. Bencilah hanjing. 

Scenes #7 - Mek Zaraa
Suka benar mintak air. Minumlah. Sambil siram sana sini. Skang ni dia macam Ryan bambam tu jugak la. Nak makan sendiri. I have issue on this. Macam yang mommyNadia bilang la. Kalu bagi dia makan sendiri, kita kena handle the aftermath pulak. Kalu tak bagi, serabut jugak. Ikutkan aku, memang lah senang kalu kita suap aje. Cepat habis, yang masuk pun konfem banyak kan. Kira kenyang kita suaplah berbanding dia makan sendiri tu yang entah berapa bijik je yang masuk. Selebihnya nak seronok-seronok aje kan. Tapi kalu ikut pakar perkembangan kanak-kanak, aku rasa diorang lagi setuju kalu kita lepas bebas biar anak-anak makan sendiri. 

Aku sendiri dah tengok Adam tu result dari akibat aku tak kasi dia makan sendiri la tak pandai makan sendiri skang ni. Makan pakai sudu tu boleh la. Tapi pandai cedok tengah je, bila tepi-tepi pinggan tu, nak kena orang jugak tolong tolak ke tengah. Isi ayam pun tak pandai nak cobek. Haih, macam mana nak masuk sekolah ni? Bawak sudu ikat kat beg sekolah la jawabnya. Tak ikat, gerenti hilang.

Zaraa dah 16 bulan. Tapi masih verbal inactive. Bunyi binatang dia boleh la ajuk. Benda-benda macam pintu, gigi, hidung, mata, susu, bola, tiger, cicak (yang ada dalam buku dia tu) semua dia faham. Tapi takleh nak ikut sebut. Haih, lambat cakap macam Adam jugak ke? Padahal tiap hari dok berinteraksi dengan Adam yang talkative tu. Anak Dr Halina pun dah banyak cakap skang ni. Cute je suara Bella.

Scenes #8 - Obsesi
Sorang gila belon. Sorang gila jagung. Beli sweetcorn kat Tesco yang setengah kilo tu tak sampai umur 24 jam pun dalam fridge aku dah habis. Tak makan nasik, asyik nak jagung-jagung-jagung. Adik pulak belon-belon-belon. Beli 15 bijik sepeket kat kedai DIY tu, sehari dah pecah 5 bijik. Hadoi la. Tak boleh ke seronok lama-lama sikit. Bila dah pecah, suruh aku tiup balik kat belon yang dah ruptured tu. Mana la aku reti buat belon Shrek anak-anak oi. Puan Menteri je pandai. Serius sebijik macam Shrek!

Scenes #9 - Henpon Rosak
Henpon tak keluar sound pulak dah. Function lain masih okay. Skang ni sape call aku kira nasib lah ye. Kalu aku terperasan, langkah kanan lah. Kalu kebetulan aku tak berada berhampiran, tunggu aku tertengoklah. Kalu ada miskol, insyaAllah akan aku kontek balik. Aku start perasan takde sound masa pegi Toy Museum itu hari lah. Time dapat bonus tahunan ni, banyak pulak nak kena keluar belanja ye. Henpon, spek, roadtax keta, etc. Macam tahu-tahu je bila purrrfect timingnya nak launch segala masalah.

Oh bestnya Nora Danish pegi Dubai makan angin. (Nora sorang lagi tu makan angin kat mana ye?! Kahkahkah) Semalam baru mimpi pegi Mekah. Tafsir please.

Kembalikan zaman kegemilangan aku mengupload gambar di blog arrrgghhhhhhhh!!!!!

3 comments:

rzahira said...

kiki pun sama tak suka minum air masak! hari2 nak kena paksa baru minum sampai bibir pun dah merekah!

teh, try log in blog pakai email baru buleh ke dok?

jie @ azie said...

hok scene #5 tu sebijik mace anok2 aku. shower gel tok sapa seminggu habis dibalun. Tiga2 jenis suko mandi nga main air. Kalu weekend tu sapa 5 kali duk mandi. bil air pun cecah la angka 50 tu..pening20x

Blog Diva said...

kaklong: dok try tp asyik keluar page sama je lps klik invite author tu. aritu nak letak ad kat mudah.my tu pun gitu jgk error sokmo. lepas 4,5 kali try baru buleh.

stakat ni takdok mood lagi nok try kat blog ni. brp kali register emel baru doh. tgk lah, bilo pulok tok tahu nok try lagi.

jie:hoh, anok2 mu pun? anok aku ni, bukei takat basoh dlm jah. banjir pah ko luar ni hok aku tensen nyo. lantai doh la licin.

shower cream umoh aku memei beli hok bwh RM5 seliter. Hehehe... Operasi kedekut kei. Kalu beli hok mahal gak, cekak beli lah nyo tunggeng ko 2 beradik tu.