Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, December 31, 2012

#966 Me Vs The Rosy Cheeks

Ini sepatutnya entri bertarikh 27 Disember tapi baru harini ada masa. Kelmarin takleh online. Laptop mogok.  Ada chan nak kena terajang dengan aku dah laptop ni. Sebelum aku melapor ke mana aku pergi minggu lepas, sukacita nak share betapa omak-kau-nyer bila aku tengok status puan Sarmiza kat fesbuk. Aisey... Bila masa buat anak ney... Tahu-tahu dok komplen tak kentut lagi after 20 hours of fasting. Mu operate bakpo Mija? (macamlah Mija ada masa nak baca blog aku ni) Congrats lah ye. Ganah tu buleh 3 boys. 

Okay masuk citer aku balik. On 27th tu kitorang pegi Cameron. Encik Jack insist ajak kitorang berjimba-jimba ke Cameron alang-alang on 29th tu sepupu aku kawin kat Teluk Intan. Aiseh, gambar takleh nak uploadlah memandangkan limit sudah exceed. Belum berkesempatan nak menggodek untuk reinvite author lagi. Sabar saje lah. Bagi yang friend dengan aku kat fb, buleh la tengok kalu nak. Kalu nak la.

Perjalanan pegi sangat smooth. Aku bangkit pagi-pagi lagi masak nasik lemak uols. Sambal dah buat semalamnya lagi lepas bukak posa. So, pagi tu linang la sikit kan takat masak nasik, potong timun je. Gigih Blog Diva uols! Sedap pulak tu nasik lemak aku hari tu. Bukan nak memuji, tapi memang realiti. TERsedap secara tak sengaja kot masak hari tu. Selalunya ada la choi tang mana-mana.

Kitorang masuk Cameron melalui Simpang Pulai. Oh sungguh berbeza keadaan sekarang dengan 6 tahun dulu. Masa aku dok Tronoh dulu, guna jalan tu lah nak balik kampung. Betapa cepatnya masa berlalu. Lalu baru ni dah tak cam selok belok jalan tu. Zaraa dengan Adam baik-baik aje. Sangat eksaited nak pegi 'Cameron'. Padahal Cameron tu apa atau mana atau siapa, bukannya diorang tahu. :P

Sampai atas bukit tu kul 1. Check in kul 2. Sementara tunggu tu, kitorang naik bukit tengok ladang teh Boh dulu. Dok sekejap je sebab gerimis mengundang. Ambik gambar lebih kurang, pegi toilet, beli lolipop strawberi kat Adam, terus blah. Disebabkan perut sangat lapar (cuaca sejuk memang cepat lapar dowh), kitorang singgah makan bekal nasik lemak (save bajet siot) kat menara jam kat Cameron tu. Apa tah nama rasmi tempat tu. Main redah je berenti makan bekal. Tengok ada meja batu, wakaf ala gazebo berbumbung, terus bukak bekal nyanyamnyam sambil tengok budak dua beradik ni berkejaran sebab terlalu teruja dapat pijak tanah. Boring kan dalam keta berjam-jam dah tu.

Sedang molek la lepas makan, terus boleh check in. Hotel yang kitorang dok aritu Hong Kong Hotel, betul-betul dalam bandar Brinchang. Selang berapa pintu je dari KFC. Lokasi memang strategik la. Restaurant, kedai runcit, kedai souvenir, farmasi, bomba, food court, masjid, pasar malam semua boleh jalan kaki je. I like! Bagi yang bawak anak susah makan macam anak aku ni, heret je masuk KFC sebelah tu. Habis citer. Dan habis duit. LOL.

Check in, smayang, rehat kejap pastu ingat nak jalan kaki pegi tour area tu. Tapi hujan lebatlah pulak. Encik Jack serender nak dukung Zaraa sambil tangan sebelah lagi pegang payung. Budak ni berat dowh! Plan terpaksa kensel. Last-last encik Jack sorang je keluar beli makanan kat pasar malam. Nasik ayam dia sangat sedap hoi. Tambah pulak dengan hirisan timun jepun dan salad iceberg yang fresh lagi crunchy. Sebungkus rasa tak cukup! Sebab aku share dengan budak-budak ni. Memang betullah. Tempat sejuk-sejuk ni buat kita makin lapar. Asyik rasa nak makan je. Sebab sejuk giler hujan-hujan ni! Malam pun tak keluar mana-mana lah sebab hujan lebat berlarutan tanpa henti. Time hujan berenti pun tak boleh keluar jugak sebab takut frost bite. Sejuk yang amat anginnya! Serenderlah takleh dok oversea. (sepanjang dok Cameron ni aku nak habaq kat uols, AKU TAK MANDI) Hahahahaha... Memang tak menyesal pun memilih jalan begitu.

Anak-anak adalah sangat restless dok dalam bilik kecik yang takde hiburan. Tv ada la. Tapi #613 nan ado. Adam dok suruh aku tutup ekon. Hehe. Susah jugak nak kasi dia faham. Bilik yang aku dok ni takde fridge. Yo-yolah aku bawak susu kotak nak bagi dia minum. Last-last belen susu yang dah bukak tu aku selam je dalam sinki berisi penuh air paip sejuk tu. Memang tak basi lah. Agaknya bakteria pun frost bite nak hinggap.

Esoknya, bekfes kat food court depan hotel. Alahai bestlah dok macam ni. Nak apa pun, turun jalan kaki je.  Pagi tu memang sejuk supergilos. Nasib baik Zaraa ada sweater aku bawak. Adam punya beli on the spot tepi food court tu RM20 je sweater Oshkosh rijek. Dengki aku tengok kecantikan sweater dia. Lepas makan-makan, terus tour semua ladang yang ada kat Cameron tu. Start kat Rose Valley, ending kat Cameron Valley. Cactus Valley aje tak masuk. 

Masuk Rose Valley adalah sangat mengujakan bagi aku. Satu sebab time tu masih pagi, cakap pun masih berasap mulut. Dua sebab memang berbaloi la bayar RM4 seorang dewasa untuk masuk tengok keindahan bunga-bunga dalam tu. Tapi masuk dengan budak ni manalah buleh nak feeling lebih-lebih. Bukannya diorang faham apa yang tebabo sangat pasal tempat tu. Adam sibuk nak naik gelongsor. Adik sibuk nak cekup ikan dalam kolam. Tensi Blog Diva takleh nak cium setiap bunga yang tengah tebabo kembangnya. Memang dalam hati ada taman lah nak kata. 

Lepas masuk Rose Valley, singgah Ee Feng Gu Bees Farm. Sampai sakit tubuh kitorang dukung budak sorang ni. Kalu bawak stroller pun bukan buleh guna jugak naik turun tangga dan bukit bukau kat situ. Warning: Cameron Highlands adalah sangat tidak stroller friendly. Then masuk Strawberry Farm. Tak ingat dah nama apa, tapi dekat dengan Pasar Kea tu. The same strawberry farm yang aku pegi dengan Lelaki Terhangat Di Pasaran sepuluh tahun lepas. Memang down with memory lane lah aku time tu. Teringat semua tempat yang aku pegi dengan arwah. I missed him! Kat pasar tu aku beli lah teh strawberry, capsicum dengan oren besar tu. Memang puas hati. Very the juicy! Jeling bunga. Hai... Hati mana lah tak terpikat kan. Tapi memandangkan nak menyinggah tempat kenduri lagi pasni, terpaksa la aku pangkah keinginan aku nak memiliki tiger lily tu. Haih... Sungguh kesal tak dapat beli sebab bakal menyusahkan aku jugak lepas ni. (oh teringat singgah sini beli bunga untuk Ropi al Fayed masa aku squat bilik dia dulu). Pastu singgah main kat playground apa nama ntah. Besar jugak tempat tu, ada replika jagung besar kat situ. Pastu lunch kat area Starbucks tu. Ntah aku memang takleh nak ingat nama tempat lah. Sebab menyinggah banyak sangat hari tu.

Last kitorang singgah kat Cameron Valley. Minum hot chocolate with floats, then terus turun ikut Tapah. Jalannya masyaAllah..... Setough-tough aku yang tak pernah mabuk walau naik boat sekalipun, rasa loya jugak. Tatau la loya sebab memang aku pening berjangkit dengan Zaraa muntah atau sebab dengar Adam cakap tak berenti. Tapi jalan memang outlah. Tak suka! Tak suka! Tak suka! Tak nak  lah lalu jalan tu lagi. Pegi Genting pun jalan dia aku buleh rilek lagi. Kira worst route la ni dalam hidup aku.

Sampai Teluk Intan (@Taman Padang Tembak) dah Asar. Tolong isi telur bunga telur lebih kurang, then bila semua dah sampai terus check in kat homestay. Tima kasih Haji Abdullah sebab menaja homestay kitorang. Homestay memang besarlah. Bilik 4, 3 equipped with ekon. Dapur pun lengkap nak masak pun buleh. Semua penghuni sangat rilek melepak sambil tunggu malam. Dinner pulak Encik Dekan/Puan Menteri yang belanja. Tak sure mana satu sebab aku tengok diorang bergaduh saling berebut nak bayar kat cashier. Sape menang dia la yang bayar. Hahaha... Happy family kan.

Sambung entry lenkali pulak. Nak prepare bukak posa. 

Ciao!




1 comment:

Anonymous said...

wah seronok & terhibur baco cito jln2 sekeluarga! ok kena smb keje..chow
-kakak-