Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, January 2, 2013

#967 Me Vs First Day Of School

First day sekolah bukak kan hari ni. Untuk mengelakkan drama-drama berat terjadi di pagi hari ini, aku dah saiko Adam sejak berminggu-minggu dah. Cakap kat dia, sekolah dah nak bukak, dia kena pegi sekolah. Ofkos la, dia macam tak nak pegi. Berjebek-jebek emo  tak nak pegi sekolah. Maklumlah, dah dua bulan honeymoon kat umah kan. (takleh komplen melampau-lampau dah pasal anak dalam blog, karang kena libas kat blogger lain tak pasal-pasal.. *lariiiiiiiiiii)

Pagi ni lepas bangun sahur (oh banyaknya hari lagi nak setel) gosok baju sekolah dia. (bermula lah keje gosok menggosok baju sekolah balik) Encik Jack dah kejut dia. Suruh pegi mandi kemain liat. Sekali kena sound dengan encik Jack baru pegi. Segala persiapan beg, buku, baju spare semua aku yang siapkan. Bestnya kan jadi budak umur dia. Keje pegi je sekolah. Yang lain, semua orang uruskan. Nasib baik pakai selipar. Kalu pakai kasut sekolah, aku jugaklah yang kucar kacir cuci kasut sekolah, taruk kapur dan keringkan.

Sesi persekolahan Adam kali ni kitorang letak dia sampai pukul 3 petang. Tahun lepas sampai kul 12 je. Tahun ni sekolah dia ada rombakan jadual dan yuran. Kalu letak sampai kul 3 tu nanti ada la kelas intensif untuk membaca dengan mengaji Quran. I think that is a good idea. Tahun lepas sekolah dia schedulekan masa mengaji pukul 7pm. Payah la kan nak keluar pegi hantar ambik time maghrib tu. Kan senang buat lepas sekolah je. Terisi lah sikit masa dia hari-hari. Kalu kat umah bukan buat apa pun. Kalu tak tengok tv, main keta. Tidur sangatlah susah.

Tadi dah taruk baju spare siap-siap. Ingat nak letak dia sampai kul 6pm. Tapi Encik Jack risau takut Adam lemah longlai sebab tak makan kat sekolah. So, try letak sampai kul 3 dulu tengok cane. Di harapnya tinggal lama kat sekolah, terdedah dengan budak-budak lain tu dia buleh la independent sikit. Nak asah survival sket kat dia. Biar dia belajar pakai baju seluar sendiri, mandi sendiri (ada mandi manda ke kat sekolah?), makan sendiri. Kekadang Adam ni bila tengok kawan buleh buat, dia tak buleh, dia akan ikhtiar jugak sampai buleh sebab malu kan kat kawan. Kat umah ni manja kededek.

Semalam encik Jack kepingin nak try pemanggang ajaib yang Puan Menteri kasi hadiah kat Teluk Intan hari tu. Kemainlah beli ayam nak buat bbq. Roti belen bekal pegi Cameron hari tu pun banyak tak habis. Puding roti la jawabnya. Dah lama sebenarnya aku gatal mata dok tengok roti tersadai tak laku tu. Keinginan nak buat puding roti tu ada. Tapi semangat nak buat betul-betul, keluarkan semua bahan, bancuh pastu bakar tu yang takde. Kebetulan semalam kan mood western, so aku gagahkan jua bersilat kat dapur. Eloklah kan, hari ni esok lusa kan aku posa. Buleh la buat juadah berbuka. Sedap jugak kan tekak tengok ada dessert leklok macam ni. Sape lagi nak hidangkan kat aku kalu aku sendiri tak buat. Credits to Cikgi Diva ye. I guna resipi you lah alter sikit-sikit sebab roti I banyak dari resipi you.

Baking is undeniably fun. Tapi yang tak fun nya, aku je yang makan dengan Zaraa. Encik Jack bukan layan mana pun dessert-dessert gini. Ketupat sotong dia mau  la. (pastu ada hati mengadu diri makin gem*k) Tak tau la bila buleh habis puding roti aku ni. Nak buat sikit, sayang roti banyak tak habis pulak. Camtu la dilema aku. Sebab tu lah malas sangat-sangat nak mencuba biskut kek dan sebagainya. Tak padan dengan lelah membuat dan mengemas. Makan sikit je. Masuk fridge lama-lama, rugi space last-last buang jugak. Kalu pakai fridge besar pun situasi tetap sama. Aku dengan Zaraa je yang makan. Jenuh la nak mengabih benda muak-muak sedap ni.

Aku sukahati nak kasi testi pasal pemanggang ajaib yang makin menjadi mainstream skang ni. (korok la, crepe durian pun aku try lagi sedap ke idak) Puan Menteri kasi aku saiz yang besar punya. Brand Dessini, an Italian made. Hasil masakan memang maveles. Tak berasap (kalu ko kapit), juicy dan tender. Masak pun save masa jugak la. Nonstick, mudah la keje-keje pembersihan. Tapi yang tak bestnya, design bentuknya lebar. Kalu sinki comei macam umah aku ni, memang kena senggeng-senggeng sikit nak basuh. Lagi satu, pan dia tak boleh dismantle ke? Lepas basuh takkan nak letak terkengkeng-kengkeng macam tu kat rak pinggan. Itu je la yang tak best. Besar, berat, lebar, terkengkeng. Yang lain, aku suka. Sebelum ni dok panggang atas stove guna perangan bodo tu je. Habis berasap kepul-kepul satu dapur kan. Guna pemanggang ajaib ni, kalu kapit pan dia, takde la asap tu. Grill ayam nasi ayam tu pun sedap pakai pemanggang ni. Tak payah goreng pakai minyak tu. Tima kasih Puan Menteri.

Puan Menteri call aku kelmarin. Kat Langkawi pulak. Uh uh uh. Balik Teluk Intan pegi Langkawi pulak dengan geng usrah dia. Tu kat Langkawi beli apa pulak tu. Rajin benar beli barang kat aku nak suruh rajin masak. Tukang beli rajin ke tak memasak? Wakakakaka... Beli jangan tak beli ye Puan Menteri. Corelle, Vision, mangkuk sia, kain batik, sudu garpu.... Selagi feri buleh bawak, borong lah. Hihi. Bestnya orang single bermingle ni. Asal ada duit je.

Snippet pasal henpon aku yang tak berapa sehat tu. Kelmarin tanya kat tempat repair henpon, orang tu cakap buzzer aje yang rosak. Habis dalam RM50 gitu la. Oklah tu. Repairlah. Kalu habis beratus, memang encik Jack nak carikan smartphone kat aku. Bukan yang baru lah. Aku sebenarnya berbelah bagi nak pakai smartphone. Tak nafikan aku terkinja-kinja nak surf pakai touch screen. Tapi banyak pros and cons la. Henpon aku skang ni ok lagi. Sound je tak keluar. Asek terlepas jawab call aje. Tapi henpon aku best function cameranya. Slide aje then buleh terus guna. Untuk orang yang aktif menangkap gambar budak yang tak duduk diam, this kind of old fashion henphone comes in handy. Tak tahu la smartphone buleh buat shortcut ke idak. Aku kan very the jakun pasal mainstream communication technology ni. Kalu pakai smartphone, kesian la henpon lama aku yang tak bersalah ni.

Pakai smartphone memang la best. Yang tak bestnya nak kena drag sana sini. Aku kan oldschool type of person. Dah biasa pakai laptop yang skrin besar gedabak. Tengok pun puas hati. Haha. Laptop pun kejap ok, kejap ko. Haih.... Smartphone? Laptop baru? Henpon lama? Laptop second hand? Ke ipad?Lantak la korang pening kepala. Apa kata anda? Yang mana agak-agak sesuai dengan kerjaya aku ni. Jawapan anda bakal menentukan apa yang saya nak tuntut dengan Nik Pareh nanti. Neghngeh...

No comments: