Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, January 3, 2013

#968 Me Vs The First Day Is Always Hard

Kelmarin memang terasa sunyi Adam takde. Nak tunggu pukul 3 tu punya lama aku rasa. Zaraa pun asyik memerap aje keje. Bosan Adam takde kot. Masak pun kena drag sikit timing. Tahun lepas kul 11 dah start masak. Elok dia sampai umah kul 12 dah boleh makan. Kekok lah nak kena masak lewat ni. Last-last aku masak jugak lewat sikit je dari biasa. Walau Adam sampai kul 3, Zaraa tetap kena suap jugak kan sebelum tu.

Balik sekolah kelmarin Adam kelihatan sangat tak bermaya dan lost. Pucat je muka. Cikgu cakap dia tak makan pun kat sekolah. Aku tanya, dia kata makan biskut. Mana satu betul tak tau lah. This is not good. Duk sekolah lama kitorang harap dia belajar makan sekali bila tengok orang lain makan. Malangnya apa yang terjadi sebenarnya tidak begitu. Haih susah betul budak picky eater ni. Cikgu pesan suruh bekalkan susu kotak khas kat dia untuk bekal kat sekolah. Adam, Adam... Tak tahu la sampai bila dia nak buat payah makan macam tu. Bukan takleh siapkan bekal kat dia. Kalu bawak pun dia tak makan jugak. Balik sekolah kelmarin puas tanya nak makan apa, semua tak nak. Malam pun tak makan jugak. Minum susu coklat aje. Tadika hantar dah nak masuk tahun kedua pun masih macam tu jugak. Nanti masuk sekolah betul ni lagilah aku risau. Kalu dia nak makan bekal takpe lah aku buleh usahakan.

Begitu lah kan. Jadi mak ni macam tu lah. Anak makan banyak pun risau. Anak tak nak makan langsung pun bising. Anak pandai sangat pun risau. Anak tak pandai serba serbi pun risau. Semua benda nak risau. Time baby, risau cara baby. Time dah beranak pinak, risau cara beranak pinak pulak. Pendek kata, selagi belum tutup mata, risau-risau-risau lah kejenya.

Zaraa pulak skang ni macam dah terbalik umur. Tak boleh tak nampak aku skang. Masuk jamban pun kena menyorok lari-lari tak nak bagi dia tahu. Selalunya memang tahu jugak lah. Meraung-raung ketuk pintu. Nak mandi ke apa-apa urusan yang tak berapa urgent tu memang kena tunggu dia tidurlah. Kalaulah tido! Skang kan dia tido sekali je sehari. Kalu dia tak tido, terpaksa la guna tektik busuk bagi dia apa-apa untuk diralitkan. Selalunya biji jagunglah. Pastu satu keje pulak nak kena kutip sapu lap. Terpaksalah!

Kat umah aku skang ni kalu nak letak henpon ke apa-apa yang perlu dijauhkan dari tangan pemusnah budak kecik ni, kena taruk atas peti sejuk atau atas kabinet dapur. Tempat lain semua dia boleh panjat dah. Lauk-pauk atas meja makan memang nak kena perati selalu. Katil adalah faveret dia skang. Tengah malam suka benar merayap panjat katil. Cari dia takde kat bawah, tengok-tengok tersengih-sengih atas katil. Dia sangatlah lucu plus plus nakal skang ni.

Aku rasa letih je skang ni. Tak tahu la special effect sebab posa banyak hari seminggu atau memang aku jenis manusia pe-letih. Kan dah terkeluar ayat Oxford aku. Malam, kul 9 dah takleh survive dah. Tapi kena survive jugak sebab Zaraa suka melenjan aku. Nak lalu tu selamba je pijak perut ke dada orang. Hoi dia memang brutal tak padan kecik. Mentang-mentang la Mommy dia ni nipis je, macam karpet jugak la aku diperlakukan. Nak lalu, nak pijak ikut suka je. Haih anak dara sorang ni. Kesopanan dan keayuan memang failed.

14 Januari ni Encik Jack ada meeting kat Shah Alam. Sesambil tu dia ajak pegi Zoo Negara. Moh la sesape yang free time tu. We'll be staying in Quality Hotel. I like that hotel. Sebab boleh jalan kaki je nak pegi cuci mata or cuci perut. Aku dok hotel tak biasa nak pesan makanan-makanan hotel. Jakun bila tengok price list kat menu tu. Bayar mahal-mahal tapi tak sedap karang menyumpah pulak. Baiklah aku tapau nasik murah-murah. Tak sedap pun masih boleh dimaafkan. Ye, aku memang jenis orang yang begitu. Kedekut? Ikut korang lah nak kata apa pun.

Haih hari ni nak masak apa pulak. Kelmarin masak ayam pasir akar. Herannya, time aku posa ni la masak apa pun menjadik. Tersedap secara tak sengaja. Dalam fridge ada ayam, ikan, telur. Menu apaan ni? Masak benda sama, bosan. Masak benda baru, bahan tak cukup. Orang berofiskan dapur serabut macam ni lah.

Kelmarin surf net, tetiba kepingin nak makan scones. Jauhnya selera pegi kan. Bread pudding dalam peti tu acaner citer? Haih... Bila benda tak terhabis ni rasa terbeban pulak. Takkan la aku nak hadap pudding tu pagi petang siang malam sampai habis. Posa pulak tu. Aku macam tu la. Selagi yang tu tak habis, aku malas nak buat yang lain. Nanti berlaku lambakan leftover food dalam fridge yang comei je tu. Sape nak bread pudding, meh tapau kat umah aku. Ambik perabih pun takpe. Eh, kalu buat scones tu kan, buleh tak aku bakar separuh je, separuh lagi aku simpan dulu dalam fridge? Aci tak? Ke dah bantat doh tu kalu tak bakar terus? Ni lah masalahnya. Kalu buat scones pun, aku sorang je yang makan. Huhu...

1st January baru ni keluar ke FOC cari baju jangok Zaraa. Semua dah sendat dan singkat kan. Mok mok benar dia skang ni. Padahal makan nasik masuk berapa bijik je. Dari yang nak beli baju jalan-jalan dia, terbeli sekali baju raya dia terus! Hehe. Terpesona tengok dress comei-comei. Kali ni tak nak ambik risiko, ambik saiz 3 tahun terus. Sebab raya tahun lepas beli ikut saiz sebenar dia, pakai sekejap dah sendat. Saiz kecik kot. Haha, beli saiz 3 tahun. Try skang ni memang la nampak besar sikit. Tapi raya kan banyak bulan lagi. Sempat la kot. Hopefully.

Pegi Carrefour baru ni memang dah sawan tengok baby T for kids harga RM5 selai. (promosi gila-gilaan) Aku sambar 3, tuptup nak bayar kat kaunter, baru perasan barcode takdok. Sialan. Nak jual ke tak nak jual? Suka la bagi aku harapan palsu macam ni. Disebabkan tak nak lepaskan harga screaming bargain macam tu, usahalah aku menapak menggali baju-baju tadi semata-mata nak cari baju yang ada barcode. Semua yang saiz 1 year tuh takde barcode. Yang ada pun tak sama brand pulak. Takut cashier tak caya pulak kalu aku kata sama harga. Yang ada barcode (saiz 2-3 yr) pulak harga belas-belas hinggit. Kadang-kadang ada baju yang bercampur yang sepatutnya dok kat bahagian harga lain kan. Last-last dengan berat hati dan tak puas hati, aku lepaskan saja baju murah itu. Murah pun kalu macam tak nak jual ni baik takyah letak kat situ. Haih. Tak puas hati la kan. Benda ni macam menyusahkan pengguna la. Bila dah sampai kat cashier baru perasan. Orang queue panjang kat belakang. Pernah berada dalam situasi macam ni tak?

Ok, dah. 

2 comments:

rzahira said...

sama mcm nuha!!!! suka sgt panjat tak padan ngan pompouan!

Blog Diva said...

kaklong, grill pintu depan tu dah banyak kali zaraa panjat lagi tinggi dari saya! takde riak takut sikit habuk.kita la terjerit-jerit lari pegi ambik dia.