Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, January 4, 2013

#969 Me Vs Third Day Is Still A Hard Day

Kelmarin Adam balik sekolah kul 3. Muntah pulak dah kat sekolah. Balik umah dengan muka pucat, lesu, kebingungan, diam, dan sakit perut. That's it. Hari ni kena ambik dia balik awal la. Memang tak boleh survive lama-lama kat tempat lain.

Dalam sakit-sakit perut tu buleh lagi eksyen tak nak makan. Setakat makan ubat je mana la tahan sakit perut tu. Aku masak mi sup, paksa suap jugak kat dia dalam tak nak-tak nak pun. Banyak la auta mengantuk la, dah makan la, itu la, ini la. Drama sakit perut, muntah gastrik, tak nak makan ni memang memfedapkan aku. Apa yang aku rasa ni mungkin sama dengan apa yang Puan Menteri alami time aku kecik dulu. Oh why on earth la dia ikut genetik payah makan sama dari aku. Aku dulu selalu bengang dengan Puan Menteri sebab kawin dengan ayah aku yang payah makan lalu terhasillah aku yang payah makan juga. Aku agak la, nanti bila Adam besar sikit mesti dia pun memaki jugak kenapa Encik Jack kawin dengan aku yang payah makan jugak. Hahahaha.. Kenapa la Adam ni tak ikut genetik daddy yang mudah makan. Mudah makan tapi MIL kena suap jugak sampai dia darjah 3. Tak suap, tak makan. Kuikui..

So kelmarin itulah citernya. Sakit perut dari balik sekolah sampai lah ke malam hari. Minyak Yuyi pun satu hal. Kat fesbuk orang dok sebar kata tak halal sebab campur minyak b*bi. Kekadang nak memaki jugak orang-orang yang suka buat citer tak berasas ni. Menyusahkan pengguna lain aje. Dah sah halal ke hah? Aku was-was nak guna ni. Adam dok sakit-sakit perut ni kena sapu minyak lain lah gamaknya. Cepat-cepatlah sahkan. Kesian anak aku yang dah biasa dengan minyak Yuyi ni.

Pagi ni goreng frozen donat kat dia. Paksa jugak dia habiskan sebijik tu. Itu pun macam-macam nak kena pujuk. Offer nak bagi bekal kat dia, ngamuk-ngamuk tak nak bawak bekal. Tak macho bawak bekal kot dia rasa. Serender la nak saiko dia suruh makan kat sekolah, di rumah waima di marikh sekalipun. Kalu tak nak makan tak sakit perut ikut dia lah. Ni sakit perut, nanges-nanges macam tiada esok bagimu aku jugak yang stress. Macam mana la nak masuk sekolah rendah ni. 

Anak dara aku ni semalam dua ni aku perasan dia sungguh lucu. Semenjak sekolah start ni Adam tido awal. Penat sekolah atau penat tak makan dono la. So, tiap kali nak masuk bilik tu, aku kejut Adam suruh bangun tido dalam bilik. Agaknya Zaraa selalu perati apa aku buat. Dua malam dah aku tengok, lepas kitorang tutup tv, lampu kipas, dia yang take over keje aku kejutkan Adam. Tepuk-tepuk Adam sambil heret tangan suruh bangun. Hahahaha. Cute sangat. Tiap kali dia buat macam tu, aku dengan encik Jack terkekek-kekek gelakkan dia. Zaraa ni walaupun skang ni dia lah tukag serabutkan aku, tapi dia jugak la pengarang jantung dengan segala kelakuan comei dia. Tambah-tambah pulak dia mokmok skang ni. Jalan pun bergolek bontot-bontot. :p Ngeeee...

Pada Mommy Adam yang satu lagi itu, nah resipi bbq chicken yang saya panggang atas pemanggang ajaib tu. Kalu ada yang tertinggal sorry la ye. Sebab ai main campak je apa yang ada :p

Ayam BBQ Blog Diva
-ayam dilumur garam kunyit seketika
-garlic
-ginger
-shallot
-lemongrass
-corriander seed
-cumin seed
-fennel seed
-coarsely crushed blackpepper
-oyster sauce
-kicap * optional kalu nak nampak hitam sket
-honey

(semua bahan kecuali ayam diblend sekaligus) pastu bahan blend tu tuang dalam plastik. Buh la ayam. Pastu massage-massage melalui plastik tu. Bila agak-agak korang dah puas hati dah sebati, ikat plastik masuk fridge. Marinate la berjam-jam baru sedap. Pastu pepandai lah bakar atas arang ke, griller ke, oven ke.

Apa nak masak lunch ni pulak. Jumaat Adam balik awal.

2 comments:

raudhah sutrisno said...

Alahai..kesiannya your Adam..dia x biasa kot makan kat skola. Mula2 dulu my Adam pn camtu..tapi lepas kena bebel ngan ayah dia, makan la jugak sikit. Lama2 dia makan jek sbb lapo kot! :)
Ada try bg vitamin with lysine? Maybe it could help!
Lastly, thanks so much for the recipe!! Siap dedicate lagi! (awwww.. Terharu ai!!) Akan ku cuba kelak! Eh tapi org dalam pantang boleh makan kan?? ;)

Blog Diva said...

raudhah:a'aah la kan.tak terpikir plk menu ni seswai utk org dlm pntg ;p tp kalu u nak try dlm pantang ni, omit the oyster sauce. takut gatal kan.

rasanya memang elok kalu org dlm pntg mkn ni. put extra ginger and blackpepper. Voila! sedap pun sedap!

slmt mencuba! dah try tu cananglah ye! ;p