Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, January 5, 2013

#970 Me Vs Innopest Updates

#970? Oww-emm-kay! (Oh Mak Kau)!!! Tinggal 30 posts je lagi nak genap ke entry ke-1000. Walaoeh.. Giatnyer berbelog sejak 4 tahun (ke 3 tahun?). Hasil baru 60 hinggit jo. Baru aku tahu betapa susahnya nak cari rejeki ni. Nak bisnes online, network aku kecik je. Balik-balik orang yang sama. Iklan pasal apa pun takde orang nak beli. Huhu.

Okeh, kebetulan ada anonymous yang tanya pasal perkembangan serangan anai-anai kat umah aku ni (tima kasih kepada yang bertanya. Saya sangat terharu belog saya memberi manfaat kepada anda) Aku berbesar hati lah nak share dengan yang berminat. Kisahnya Isnin baru ni lagi Innopest datang schedule visit diorang tu. Tapi kan ai baru balik dari Teluk Anson and Cameron, sangat letih nak bercerita lanjut. Ingatkan takde orang nak ambik port pun pasal umah aku kan.

So, Isnin baru ni genaplah 2 minggu selepas diorang install umpan anai-anai tu. Diorang datanglah untuk tambah umpan lagi. Bila bukak kotak umpan tu, memang boleh nampak la dalam tu dah penuh dengan tanah-tanah yang diorang angkut dari bawah umah aku ni. Umpan yang kaler putih tu pun tinggal sket je. Masa diorang install 2 minggu lepas, aku dah tengok rupa kotak umpan tu sebelum anai-anai makan. Kotak tu kosong, umpan penuh satu plastik. Kira bukan magiclah ni. Memang anai-anai tu dah makan umpan dan seal satu kotak tu dengan tanah. Kira ada reactionlah tu. Kalu diorang tak endah, memang dalam kotak tu suci murni lah. One thing about anai-anai ni that you need to know, diorang hanya tahu makan-makan-makan. Sebab tu anai-anai ni cepat membiak dan merebak.

Pada yang nak tahu, umpan ni diorang pakai cap SENTRICON. Aku tengok kat kotak dia lah. Plastik umpan tu takde tulis apa-apa pun. Skali tengok macam nasi air instant dalam cawan tuh. Putih, bulat-bulat, kering dan ringan. Benda tu rumusan fibre lah nak kasi anai-anai tu makan. Anai-anaikan suka fibre kayu-kayu gitu. Harapnya, yang dah makan tu dah start takleh tukar kulit lah. Har har har.... Dan yang dah makan tu kalu bertelur, telur tak boleh hatch. Har har har... *Rika Sumanto datang lagi

Alhamdulillah la, sejak diorang pasang umpan ni kan dah takde bunyi anai-anai hantuk kepala. Yes. Mulanya aku ingatkan bunyi menggigit/drilling. Tapi orang Innopest explain, itu sebenarnya bunyi diorang hantuk kepala untuk warn their workers to retreat from danger ahead. Macam kita dok ketuk-ketuk dinding ke, vakum ke, diorang akan sense danger zone. So, ketua diorang akan kasi signal dengan buat bunyi hantuk kepala suruh diorang balik semula ke sarang dok diam-diam sampai bahaya takde. Ecewah pandai jugak aku relay balik kat uols. Seelok-eloknya lepas bagi umpan ni, kena elakkan area anai-anai ni sebab tak nak bagi diorang terganggu. Bila diorang rilek, buleh la diorang makan-makan-makan umpan tu sampai habis. Lagi cepat berkesan. Kalu diorang terganggu dan asyik back off ke sarang, bila nak habisnya umpan ni kan. 

Lepas ni lawatan ke-3 tak ingat dah berapa minggu lagi. Pastu lagi dan lagi dan lagi tambah umpan sampai la anai-anai semua mati. Mana nak tahu anai-anai dah ko? Observe melalui kotak umpan tu la. Selagi ada tanah yang diorang bawak, selagi umpan makanan tu habis maknanya anai-anai masih lagi aktif (ke terbalik ayat aku ni). Owh too bad tak boleh nak tunjuk proof kat sini. Mesti sawan uols tengok hasil keje diorang dalam kotak umpan tu.

Tunggu encik Jack bangun ni. Stok dalam fridge dah pupus. Thinking of buying prawns. Punya la google nak masak style apa. Bosan asyik masak lemak cili api, gulai, goreng kunyit, celup tepung dengan masak sambal tu je. Sekali-sekala nak jugak mempelbagaikan masakan. Haih, cetek sungguh ilmu dapur aku ni.

Mengidam skon tak dapat-dapat lagi ni. Nak buat macam malaslah pulak. Kat bakery ada tak. Beli terus lah.

3 comments:

Anonymous said...

mek tgl this blog..ada gambar cara2 masak n leh pilih nak view by ingredient etc.

http://www.houseofannie.com/

-kakak-

mommyNadia said...

huhu, mmg slow income NN skrang. Traffic kita mungkin tk sehebat budak2 U yg blog pasal fashion, follower smp puloh ribu, itu yg diaorang masyuk..tang situ semua iklan BE pergi kat depa..nasibler..

caiyyok dah nak 1000, nadia baru masuk 500 entries!

Blog Diva said...

nadia:hahaha entries 1000 pun income ciput je..lain la u...hihi.a'aah entries org tua ni byk psl anak2 bukannya ramai nak baca.