Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, January 7, 2013

#971 Me Vs Cooking Bootcamp

Kelmarin overdose nasik lemak pagi dan tengahari. Blog Diva malas masak lunch so why not aku gandakan nasi lemak supaya dapur sangat damai dan boleh fokus keje-keje menguli skon. Ye, akhirnya Blog Diva tunduk dengan selera. Satu Jusco round cari skon kat bakery megah-megah tu. Takde la pulak. Kena buat sendiri jugak nampak gaya. Bila Zaraa tido tengahari tu cepat-cepat aku sediakan bahan-bahan. (resipi dah google banyak-banyak untuk reference minggu lepas lagi). Nasiblah. Semua yang ada dalam stok ngam-ngam je. Tepung nak 2 cawan, yang ada sikit lagi nak cukup 2 cawan. Keje-keje dusting pun tak cukup uols.

Masa bersilatlah aku demi selera Megan Fox yang tak boleh blah sekali sekala ni. Hasil? Okay je la. Komen? (komplen sebenarnya) Aku rasa resipi ni kurang tepung. Aku halfkan susu pun adunan masih lembik. Kalu ikut betul-betul sukatan susu dia, memang jadi smoothie dah adunan ni. :p Masa nak bakar tu, aku dah preheat oven canggih aku tu to 250 C. Aku main hentam je. Sebab dalam resipi suh set to 400 F. Malas nak convert-convert, aku redah je la 250 C. Memang oven aku max 250 C je. Lepas buh skon yang dah terap tu, aku plan nak turunkan temperature. Pastu Zaraa bangun orang lain malas nak layan dan beronar, mula la gelabah nak cepat setel keje-keje kat dapur ni sampai terlupa pasal suhu tu. 

Intai-intai tengok base dia dah hangus. Sebab aku set api bawah kan. Huhu. There goes my effort. Nasib baik aku terap dan bakar 9 bijik je. Doh lebih tu, aku simpan dalam fridge takut tak habis banyak sangat. Tray kecik, berapa bijik sangat muat. Benda ni pulak suppose kembang semangkuk. Aku letak jauh-jauh la. Tengok-tengok tak naik banyak pun. Aku potong stim dia ke dengan suhu tinggi sangat? Choi lah. Tapi rasa okay. Tekstur pun gebu. Sebab tak over kneading kan.

Setel craving mengarut aku. Walaupun! Okaylah tu dari tak dapat langsung. Malam pulak mengidam nak makan daging salai masak lemak cili api. Kakak ipar la bertanggungjawab bikin mulut tak keruan. Guna magic grill je la bakar daging tu. Too bad, daging yang aku beli baru ni liat sikit. Hancur luluh usaha aku sia-sia ;p Menu semalam daging salai masak lemak, udang tomato resipi Cik Kimberly Cun (korang baca blog dia tak?) dengan sayur yang macam taugeh tu, tapi pucuk dia kaler hijau-hijau (hasil percambahan dari kacang jugak la) aku goreng oyster sauce aje. Beriya masak walaupun tahu AJL dah nak start. (susah ho masak skang ni dengan Zaraa yang *dedei. Tensi, tensi kena tunggu dia tido baru buleh masak. Akibatnya, kul 8 mlm baru masuk dapur) kononnya ingat nak reheat untuk sahur pagi ni.

Kisahnya pagi ni, bila dengar alarm henpon berkokok maka bangunlah aku. Keluarkan semua lauk pauk dari fridge, tekan suis periuk nasi. Bila nak masukkan lauk dalam microwave, tertengok henpon yang aku parking kat atas tu. Capai henpon dulu sebab nak stop snooze. Sekali tengok jam henpon, it's already 6.05 am! Damn. Aku set kul 5. Yang aku dengar tadi rupanya dah snooze untuk kali ke berapa entahnya. Semalam asyik terjaga-jaga sebab Zaraa asyik merengek. Siang hari pun tido asyik terjaga jugak dia. Akibatnya tadi terbabaslah sahur aku. Burn sehari. Sayang sungguh! Huhu. Masa itu memang emaslah bagi aku in terms of nak ganti posa ni. Sebab aku kena ganti at least 3 hari seminggu baru ngam-ngam boleh lamsam semua hutang posa aku dengan Allah. Itu pun after tolak anggaran bilangan hari period. Sape yang beranak dalam posa tahun ni, i wish u all the best untuk ganti posa :p

Lepas tak jadi sahur tu, encik Jack cakap nak bekfes dengan sandwich. Bagus, bagus. Saya suka inisiatif boss saya untuk menjaga pemakanan beliau. Haha. Dah kelmarin dah nasik lemak overdose, takkan hari ni nak heavy-heavy jugak kan. Sandwich encik Jack beradong pagi ni. Sardin with drops of lemon juice and romaine salad. Kahkah. Iceberg nan ado baru ni tu yang aku sambar romaine aje. Tapi romaine ni bagi lidah aku, slightly bitter compared to iceberg. Iceberg di hatiku ;p Warning: Jangan terbeli radicchio sudah. Mesti sesal tak sudah. Mesti. 

Ada citer tak best berlaku Sabtu baru ni. Spek baru Adam patah lagi. Tak sampai 2 minggu pun lepas siap. We were so, very, pretty much devastated. Aku can imagine how Encik Jack felt about this. Spek lama sempat bertahan almost setahun, kira quite an achievement jugak la. Tokei kedai pun puji. Patah pulak bukan sebab dia tapi Zaraa yang rentap dari muka Adam. This new one, beli yang elok sikit dengan lens multicoat bagai sebab confident dia boleh jaga elok macam yang lama tu. Dan aku akui, spek baru ni lagi hensem dan smart. Tebal pun tebal. Memang cunlah. Aku pun cemburu tau! Tapi tu lah. Jodoh tak panjang.

Kisahnya petang Sabtu tu cuaca sangat baik. Tapi Adam tido. Aku bercita-cita nak ajak encik Jack bawak anak-anak jalan-jalan kat taman ni. Nice weather for playing in the playground lah aku kira. So, kejutlah Adam ajak keluar. Dalam mamai-mamai dan cranky nak tak nak pegi tu, dia capai spek (tido tadi tu kan bukak spek, lipat taruk atas meja) bukak spek nak pakai. Cara bukaknya pulak, tarik kaki spek yang bawah dulu. Mana tak patahnya. Haih. Pastu dok nangis sorang-sorang. Frust dengan diri sendiri. Nampak kat encik Jack mau tak naik angin. Terbang berapa ratus dalam masa tak sampai dua minggu. Aku pun tumpang kecewa lah. Sangat-sangat. Dari yang nak keluar jalan-jalan terus sentap tak bagi dia keluar. 

Benda macam ni lah yang aku paling tak nak terjadi. We are not rich. Dua tiga ratus tu besar bagi kami sekeluarga. Dan aku tahu tahap toleransi diri masing-masing. Dan juga tahap sentap masing-masing. Tapi itulah. Bila dah bagitau berkali-kali dan masih repeat the same mistakes, memang aku tak boleh tolonglah kalu ada orang naik minyak. Hate it if this thing happened. I really hope he learnt the lesson enough. Encik Jack dah malas nak buat spek lain. Aku paham apa yang dia rasa dan tak salahkan dia. I really am.

Disebabkan that incident, Adam tak boleh pakai spek. Dia dok tanya-tanya jugak mana spek dia. Masih belum mengerti agaknya apa yang dia dah buat dan orang masih marahkan dia. Haih. Kelmarin keluar pegi Jusco tu encik Jack buat impromtu vision test kat dia suruh sebut nombor plat keta depan. Cannot read.  Tak nampak. Hmmmmm...

Pagi ni pegi sekolah dengan spek berselotep. What to do? (buleh hantar pateri ke ah?)

2 comments:

rzahira said...

mmmm...cuba pegi tny kedai boleh lg tak suh dia betulkan. or if not suh dia tukar part yg patah tu jer. sure boleh rasanya. kesian plak dia tak nampak. karang bila tak nampak dia pun malas nak study. if biar lama-lama power lagi tambah teh. faham...mmg tensi bila terpaksa kuarkan duit berkali-kali utk beli benda yg sepatutnya boleh tahan lama. tapi tu lah. nak buat mcm mana kan. dugaan.

Blog Diva said...

kaklong, yg ni patahnya sama tpt (tang skru tu la) dgn spek lama. sblm buat spek baru kitorg dah tanya kat kedai spek tu. Ofkos la dia cakap tak boleh repair (mesti la nak suruh beli spek lain kan). nak ambik lens je pun, takde frame yg padan. kesimpulannya memang kena buat lain.