Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, January 8, 2013

#972 Me Vs Sindrom Man-dayang

Letih jiwa.

Kelmarin rasa sejarah paling hitam lah dalam hidup jadi mak orang ni. Zaraa dari pagi sampai ke malam bikin pusing kepala aku dengan encik Jack. Makin hari makin mengada-ngada anak dara aku ni. Baik masa masak, baik masa makan, baik pun masa buat keje-keje rumah yang lain, semuanya miserable dengan dia. Lupakan nak makan-makan kat kedai. Kat umah pun macam at battlefield.

Bila bagi makan sendiri, tau-tau je la. Habis sepah-sepah bukan takat pinggan dia je, kacau bilau habis satu meja makan. Dari atas meja sampai atas lantai dengan nasik, kuah, lauk dan buah dan air dan ais dan segalanya. Mana nak makannya, mana nak selamatkan pinggan lauknya, mana nak suap dianya, mana nak makan diri sendirinya. Chaos! Walau bagi dia nasi untuk makan sendiri (untuk disepahkan saje sebenarnya) tetap nak kena suap jugak kat dia. Kalu tak suap, memang kelaparanlah. Tiap kali makan, setengah senduk wajib bagi kat dia untuk dikucar-kacirkan. Kalu hitung-hitung, sebulan dan banyak mana ye buang nasi macam tu je. Keje pun banyak nak kena sapu mop bagai. Kalu tak bagi, lagi tak aman.

Kelmarin memang tingtonglah aku. Petang mengelap susu Adam minum tumpah. Tiap-tiap hari tumpah. Tempat sama. Selalu terlepas dari tangan. Mana tak hangin. Tiap kali dia pegang cawan aku pesan pegang elok-elok, pegang dua belah tangan. Tengok-tengok tumpah jugak. Kalu titis-titis takpe jugak. Ni secawan terus. Haih! Pulak tu nak mengemop datang pulak yang halus nak smearkan susu kat lantai tu. King konglah aku! Ada satu hari tu 2,3 kali Adam minum susu tumpah ke lantai. Berasap satu kepala. Marah pun tak guna dia tak paham-paham jugak.

Petang pulak, adiknya terkencing kat lantai dapur lepas aku mandikan dia. Tak sempat nak pakaikan pampers, kantoi pulak. Jarang benar dia kantoi macam ni. Still, penatlah. Dengan back to back episode budak beronar, tumpah itu ini, curah susu situ sini, sepahkan peralatan memasak. Letih betul kelmarin. Ada hikmah la Allah terbabaskan sahur aku kelmarin tu. Jaga budak macam ni memang energy draining. Jangan la libas aku. Aku tahu la aku bukan supermom. Tapi aku nak luah kat sape kat umah ni. 

Sampai ke malam lah dia macam tu. Pantang aku pegi mana-mana sikit tak nampak muka, mula lah nak meriau. Masuk dapur, dia tolak aku ke luar nak suruh berguling galok dengan dia. Sudahnya semalam masak sup ayam semata-mata aje. Ingat nak tambah side dish lain, tapi serender dengan budak pe'el comei ni. Sup ayam pun takde tumis-tumis apa. Semua campak dan tinggal je dalam periuk. Pandai masuk, pandai-pandai lah masak sendiri. Itupun Ya Allah.... Azab kemain dari start sampai la buleh makan tu. Makan pun tak kenyang dengan serabut tahap dewa. Nasik aku pun diramas-ramas ikut suka che dia. Kalu tak up jugak motor skill dia tak tau la.

Sebelum ni simpati tengok kakak ipar handle anak-anak dia macam ni. Respek la kat dia. Skang ni dah jangkit kat anak aku pulak. Bukan jangkit dari anak-anak buah. Jangkit dari aku la kot. Puan Menteri cakap aku dulu mencabar kegeraman dia macam ni lah jugak. Keje lagi. Aku bukan apa dulu tu. Tengok Puan Menteri manjakan sangat Lelaki Terhangat di Pasaran. Aku tune la sikit-sikit. Hahahahaha... Sekali anak sendiri pulak xerox tebiat buruk sukar dikikis hambik ko. Ikutlah perangai sape-sape pun, kalu dah macam ni memanglah mencabar kemarahan tak kira kat sape-sape pun. Semalam time tengah berperang nak makan dengan dia tu, encik Jack cakap agaknya macam ni la budak kena dera tu ye. It's true.

Kelmarin dek serabut tahap merah menyala-nyala kepinginnya aku nak bergayut dengan kawan-kawan. Bukan time aku serabut je aku ingat kat uols. Tiap hari pun ingat. Tapi aku paham la. Kalu takde benda penting takkan nak harass orang tengah keje pulak. Tak baek curi tulang tawwww... Dah siap skroll nama dalam phonebook aku tetiba rasa pelik. Apasal nama tak dikenali je semua. Cheh. Nombor semua aku save dalam simkad. Phone skang ni pakai henpon lama encik Jack. Dowh... Terus letak henpon dan melara jiwa sorang-sorang. T_T

Kawan-kawan, saya rindu suara awak-awak sekalian. Hubungi saya. Kalu tak takut bil dilambung ombak rindu lah :p

3 comments:

jie @ azie said...

memei letih teh anak2 tgh dok membuahs ni. tok dinafikan kepenatannya. aku pun kalu hari cuti duk dumoh tok dei nok wak gapo semuo nok mami start dari nak mandi nga mami sapa la ko male. semuo nok mami ada. hok semek kecik tu caro ko nok nen*n sepanje maso. Mu tu lagi la berganda penatnya anak duk 24 hours nga mu. Moga kita semua mak2 ni diberi kesabaran yg lebih ;)

Blog Diva said...

jie:amin... tu lah mung. kadei2 buleh sbr tu sbrlah kei.tiko nok netuk ni,memei keno luoh la. aku tahu la ado hok macei tok stuju la aku komplen macei2 psl anok. biarlah... gapo aku rasa ni aku sorg je tanggung kei.

bestlah ado respon bilo tulis blog ni. tidoklah raso supo kecek nge dinding kei..hihi. tq jie.

jie @ azie said...

yo lo teh, aku pun supo mu ..kalu dei nyetok gak ado la hok keno. try jugok buat reverse psikologi tapi gak kade2 tok dei nok reverse ni, tange hok gi dulu..huhuhu. pikir gini jah teh, anok kito nga anok ore tok samo. sabar banyok2.