Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, January 10, 2013

#973 Me Vs She Knows A Lot

Hm. Cubaan untuk invite author masih gagal dan gagal dan gagal lagi. Macam-macam tutorial aku study. Basically semua lebih kurang sama aje. Semua pun guna dashboard appearance yang lama. Agak susah la aku nak samakan step dengan versi upgraded punya.

Masalah cane? Lepas klik link dalam emel baru tu, yang pop up kat skrin hanyalah settings section tanpa apa-apa button yang aku buleh klik untuk sahkan aku dah terima invitation untuk jadi author. So, macam mana aku nak jadi authornya? Dok keluar button '1 open invitation' aje. Sebelah button tu takde apa-apa. Kosong. Dalam tutorial semua ada button yang boleh klik (semua versi lama). So if anyone know how to sort this thing using the upgrade version, please tell me. Dah buntu dan givap nak invite author. Asek-asek keluar page sama tanpa apa-apa button untuk aku verify.

Semalam tengok berita. Fulamak lamanya tak tengok berita sejak encik Jack banned TV* yang banyak  memutar belit fakta itu. Semalam tengok berita TV9, dengar pasal tahanan penjara yang lolos tu. (padahal dah banyak hari berlaku). Tetiba rasa tak selamat kat sini. LOL. Nak bukak pintu buang sampah pun macam spy. Intai sana sini kot-kot la kan. Lunas dengan sini tak jauh mana. Nauzubillah. Tahanan tu disifatkan sebagai sangat berbahaya. Dua perkataan terakhir tu yang bikin ketaq kepala lutut tu. Selalu tengok berita luar negara aje banduan terlepas. Kali ni jadi betul-betul area sini. Sangat-sangat takut weyh.. Harap PDRM dapat tangkap balik secepat mungkin. Gelora hati ai ketakutan tau.

Sedikit milestone pasal mek zaraa. 2 hari dah pandai bukak air paip dalam bilik air. Maen air terbaek la. Partner in crime abang dia. Sama-sama suka maen air. Kalu dua-dua mandi sekali dalam bilik air, memang jadi air terjun lah. Riuh rendah satu jamban. 

Disebabkan jari sudah pandai membuat gerakan memutar, makanya aktiviti seangkatannya (bukak tudung botol, gorek pensel, melumur makanan kat meja dan lantai) menjadi makin effisien. Semalam dia dapat botol sirap F&N (tekak mahal aku hanya buleh minum sirap F&N aje). Belen dalam botol tu adalah dalam semangkuk gitu. Tak la banyak sangat tinggal kan. Masa nak siap-siap nak smayang maghrib semalam, senyap je kat depan tv. Heran pulak aku. Selalu kalu tinggal nak masuk jamban, dia sibuk dok goncang pintu nak tengok aku. Intai-intai, dok transfer sirap kordial tu dalam mangkuk Ikea dia rupanya. Berjaya lah tuang separuh. Separuh lagi dia curah atas comforter yang aku lapik kapet tu. Patut lar senyap je. Ada keje rupanya. Bagos la tu. Dari yang nak smayang, terpaksa la bertulong mengelap tumpahan sirap tu dulu. Kalu tak lap terus, nanti benda tu meresap ke kapet lagi la panjang citernya. Dah la kapet baru je basuh. Basuh tangan okeh. *sembur jet actually Nasib baiklah dia tak tuang atas sofa kesayangan aku. Kalu tak, ada lah budak kecik kena tido luar malam tadi. Bukan tak pernah budak comei kena tido luar rumah kan. Agagagagaaa... Rasakan. Noti sangat.

Sehari dua ni, dia pandai ajuk aku bila aku tunjuk thumb up signal. She did it cutely. Semalam jugak dia berjaya pakai seluar sendiri. Kagumlah aku! Mula-mula masuk kaki dua-dua dalam satu lubang dan terus menjadi dugong. Aku dan encik Jack ketawa tanpa memberikan bantuan. Lepas tu dia try lagi. Terus jadik.  Tapi takat celah kangkang je la. Nak tarik naik melepasi pempers dia tu tak pandai lagi. Okey la tu cepat-cepatlah pandai pakai seluar baju sendiri. Tak payah la mommy nak kejar-kejar nak pakaikan. Baju pun dia ada gak try pakai tapi belum berjaya nak seluk kepala lagi. Habis terbalik kuang bakul kain kalu dia nak cari baju untuk dicuba tu. Zaraa, Zaraa..

Satu perkara comel pasal Zaraa yang aku perasan juga setelah diberitahu oleh encik Jack, dia ni tak makan ayam atau apa-apa meaty product. Bukan tak makan, tak suka. Skang ni selera dia up kat carrot. Buh nasik, dia baling-baling je. Buh carrot, makan pulak. Tak lepas tu. Ada time suka makan bawang tu lah syoknya. Aku kutip makan isi nyamnyamnyam. Bawang aku kasi dia. LOL. (same story goes with my MIL-isi ikan aku makan, kepala ikan aku kasi MIL aku superLOL) Kalu tak bagi pun MIL akan curi tanpa segan silu dari pinggan aku. Aku tak pandai menikmati ikan katanya. Rindu MIL. Sejak dia ada little boyfriend kat umah, dah jarang aku dapat sembang dengan dia. Huhu.

Semalam kan.. (banyaknya citer pasal semalam) Zaraa makan scones aku. Hah ada lagi tak habis-habis? Hehe.. The last piece la semalam tu. Terharu bila tengok Zaraa makan skon aku macam tak hengat. Macam sedap giler lah. Padahal kan. Hahahaha. Sebab dia tak makan nasi semalam (asyik sepah-sepah je, orang suap dia tak nak) jadi haruslah dia kelaparan lepas tu. Padan muka. Sape suruh jual mahal. Skon dah habis, apa resipi seterusnya pulak ek. Tengah naik syeh ni layan je lah. Orang lain nak makan, tak nak makan ikut suka masing-masinglah.

Intai-intai resipi croissant memandangkan aku penggemar tegar classic croissant ni. Bahan tak banyak dan mudah aje. Tapi bila tengok cara-cara nak uli dan hasilkan layers dia. Peh, kenangan mengusik jiwa masa buat karipap pusing dulu menjelma lagi. Terus axed idea nak bake croissant. Hahaha. Kat bakery, singgit je sebijik. Jangan menyusahkan diri ye Blog Diva. *terbayang tuna-mayo-croissant sandwich.... dapnyer.... posa kan....dapnyer....

Oh, next mini project aku nak try buat Italian dressing/ vinaigrette. Nampak memang banyak bahan. Tapi mostly dry herbs yang memang available kat dapur aku ni. So, kalu kena beli baru pun sejenis dua aje la. Mat Saleh tu claim resipi dia sebijik macam dalam botol yang jual kat pasaran. Peh, mesti try, mesti try. Dan next project jugak adalah nak beli sos Nandos yang jual kat Tesco tu. Setakat roasted chicken aku dah master. Beli sos aje. Then coleslaw, potato salad, garlic bread easy peasy aje. Jimatlah duit tak payah menceceh kat Nandos kan.... 

Kelmarin Adam balik sekolah bagitau Ilyas (nama kawan dia la) tumbuk muka dia *sambil mendemo macam mana kawan dia buat. Hm. 

Ni saje aku nak share dengan sape-sape yang suka blogwalking tu. Tak sure aku dah pernah share ke belum dengan korang pasal blog ni. Aku dah lama follow blog ni. Mula-mula blogwalking dari blog mat saleh fav aku lah. Then terus jatuh hati kat blog ni. Bila baca blog ni, rasa macam diri berada dalam citer Little Missy, Tom Sawyer ke apa-apa citer zaman dulu-dulu. Blogger ni seorang homeschool graduate, yang dok dengan family dia. Hidup macam zaman dulu-dulu. Cara dressing (OMG ada lagi orang nak dress up macam ni tak panas ke), cara hidup bertani sara diri, cara satu kampung dia hidup, cara dia masak (oh makan pun style dulu-dulu no KFC Mekdi ye uols), berkebun, menternak, menjahit etc. Macam ko akan berada dalam dunia lain. Dunia yang takde teknologi. Pelik adalah satu-satunya perkataan yang boleh aku terjemahkan pasal blog ni. Paling aku suka, sebab dalam ni tunjuk pasal macam-macam tanaman yang dia tanam (sayur, buah, bunga). Oh macam best pulak hidup macam ni. (hidup tanpa handphone, komputer) Takde la macam kita ni kan internet freak. Satu lagi, dalam blog dia takde gambar muka dia. Mostly gambar sampai leher je, atau gambar dari belakang atau apa-apa angle la untuk cover muka dia dan family dia. Osem! Aku suka blogger  yang tak camwhore. Makes it more interesting.

Satu lagi blog selebriti Malaysia. Aku tatau dia selebriti bidang mana tapi dia selalu jugak masuk tv, paper. Cik Kimberly Cun. Pernah sampai kat blog ni? Aku terjumpa baru ni time tengah menggila cari resipi skon. Ye, baru lagi. Syok jugak baca blog dia. A chinese yang ada kesungguhan nak berbahasa Melayu. Kawin dengan English man dan membahasakan suami dia sebagai 'Mat Saleh'. Create blog in BM semata-mata sebab nak improve BM dia sebab dia jarang bertutur dalam bahasa sebab kat ofis semua speaking, dengan Mat Saleh laki dia pun ofkos speaking, kawan-kawan semua tak cakap BM, kat umah dengan family pun either in Chinese or English aje. Impressive isn't it? Dalam blog dia pun ada banyak resipi ringkas dan sedap sebab gambar cantik. Aku rasa dia ni ada wow factor mungkin sebab dia pakai spek zaman dulu. Pi tengok. Besau benau. Overall, blog dia sangat kelakar sebab BM yang digunakan terlalu 'betul'. Pi baca. Rata-rata yang komen kat blog dia semua kagum dengan dia atas usaha dia nak mengasah BM dia.

Have a look at these TWO blogs and tell me what do you think about them. Thanks.

3 comments:

Charles said...

Ni kalu jadi, sila suruh mek zaraa cium Abg Ryan na..gigih sb bosan dh tgk entry mek takdop gmbo..

1. Ok,lepas dapat invitation kat email se lagi tu, click link kan..
2. Then dia akan divert ke page dashboard tu kan..
3. Ensure masa nak click, account lama tu tutup,sb nanti dia clash bukak dashboard pakai account lama. Sb biasa kita invite author org lain kan. takde kat situ..
4. Lepas dah approve,pergi account lama, grant email (new author) baru as admin.
5. lepas tu, lenkali bila nak update pakai email baru. Sb email lama kan dah full =)
6. Happy trying!!Kalau dak jadi email ke ambe at nadya_1901@hotmail.com/Sb nak cuba buat, email baru tu hang tak boleh bukak pulak!

Jgn lupa suruh mek zaraa kiss Ryan k =)

mommyNadia said...

yeay!!nadia dah try jadik..try cepat mek!!
=)

mommyNadia said...

Opps mek, salah guna email en harith pulop!
jadik dak??