Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, January 11, 2013

#975 Me Vs Tiru Macam Kedai

***Updated

HOHOHO... gian dah nak upload gambar tak dapat kan. Now dah enable, meh aku qada balik gambar-gambar yang terlepas tu.
Tengahari masak spegeti olio aje sebab binatang-binatang dalam freezer yang tinggal cuma seekor kembung dan 5,6 ekor udang saiz L aje. Apa nak masak dengan dua benda tu je kan. Nak buat rencah pun tak cukup. Sayur banyak. Cek-cek satu fridge apa yang tinggal dan apa yang sesuai dimasak, maka olio lah yang paling tepat. Ikutkan takde la mengidam sangat nak makan olio. Tapi nak buat cemana dah tu je yang ada. Telur banyak tapi aku malas nak kasi kolesterol sangat lauk. Buat je la olio. Sape nak makan, makan. Minggu ni macam seronok sikit masak sebab Jumaat dah kosong fridge. Alang-alang dah kosong, kita kasi clear teruslah kan. So, olio ni a good recipe for fridge clearance :p!
spegeti, EVOO, dried oregano, pepper flakes, onion, garlic, carrots, mushroom, capsicum, prawn, blackpepper,.
Nampak pinggan besi tahan karat yang aku buh spegeti tu? Tu pinggan nasi Zaraa sebenarnya :p Jangan risau Aunty Aida, pinggan mangkuk cawan plastik hadiah aunty tu Zaraa guna jugak tapi untuk makanan dan minuman yang sejuk aje. Aku kan concern dengan benda plastik ni. Kalu nak kasi dia makan nasi atau makanan berkuah macam bihun sup ke apa yang panas-panas, aku lebih prefer buh dalam stainless steel plate ni. Lebih selamat kan. Kalu dia nak baling pun tak pecah. Beli kat kedai DIY je. Bukannya mahal. Tapi macam style Indian la kan makan dalam steel plate :p Takpe, memang moyang Zaraa dari negara India pun.
Okey, apa kaitan dengan tajuk yang aku buh tu. Ni citer pasal Adam la yang susah makan tu. Minggu ni memang hangin sangat la nak pujuk dia suruh makan. Order aku macam-macam. Bila aku buat apa yang dia nak tu, tak makan pulak. Bila aku pikir-pikir balik, dia nak tengok, nak enjoy cara-cara menyediakan tu je sebenarnya. Contoh? Baru ni Puan Menteri pass toaster kat aku. Bila tengok ada benda baru kat umah ni excited la dia nak suruh aku try. Teruja la kan boleh tengok roti hangus melompat. Bila dah siap hidang, dia berlalu pergi. Cakap nak jemput bilis, aku buat la. Riuh la dapat tengok aku bancuh, goreng cekodok tu. Siap suruh cepat-cepat lagi. But again, bila siap hidang dia tak makan. Macam-macam lagi la benda yang dia order. Percubaan untuk bersabar adalah sia-sia. Nak-nak kalu kena hari yang aku posa dan keletihan dan baru je nak landing-landing depan tv. Okeylah kalu korang tak paham takpe.

Kelmarin aku buat mini spring clean dalam drawer sudu garpu aku kat dapur tu. Dah bersepah tak nampak rupa kan. Maklum la banyak tangan yang terlibat dalam drawer tu kan. Konon-konon nak kemas la semua utensils dalam tu. (sampai ke saat aku menaip ni tak kemas-kemas lagi) Dalam usaha mengeluarkan segala isi drawer tu biasalah, mesti terjumpa balik benda-benda yang aku pernah campak dalam tu. Lidi satay, bekas fries mekdi, sudu cendol, straw flexi, etc. Maka aku pun dapat satu idea. Pooodah. Idea konon. Patut aku teringat dari dulu lagi. Why not aku guna semua benda-benda 'wow effect' ni kat Adam kan.

Adam balik sekolah baru ni aku bakar sosej atas perangan atas api dapur. Then cucuk kat lidi satay macam aku beli kat cameron haritu. Menjadi la. Balik sekolah tu makan siap mintak tambah lagi. Time tak cucuk lidi satay tu, nak mengabiskan sebatang pun berkejaran. Bila buat satay sosej ni, 3 sosej pun tak cukup. Masalahnya time dia naik syeh tu, sosej pulak habis :p

Baru ni dia nak fries. Aku fedap goreng fries asyik tak habis je. Bila dah jumpa bekas fries mekdi tu, aku buh je dalam tu. Habislah. Mintak tambah. Tapi bila tambah, tak habis pulak. Air pun macam tu lah kalu nak suruh dia minum, kena guna gelas mekdi or apa-apa brand kedai yang dia kenal. Yo-yo lah dia makan. Padahal bendanya everyday food kat umah je. Betapa jenama kedai berjaya menguasai anak aku.

Minggu ni kan aku cakap aku fedap mengelap muntah dan tumpahan. Aku rasa sedikit kelakar jugak bila sampai satu tahap punyalah fedap mengelap kan, ngan kain-kain buruk sekali aku buang. Hahaha. Malas kan nak kena basuh, sental, klorok, jemur. Buang terus! Kebanyakan kain buruk kat umah ni bukan kain buruk beli. Asal dari kain baju budak-budak ni atau aku punya atau encik Jack punya yang dah tak nak pakai. So, takde la sayang sangat. Sila jangan contohi tabiat buruk Blog Diva ye puan-puan. Jadi mak tak boleh merungut. Tapi aku merungut jugak. Ana Suzana merungut jugak. *Tak pasal-pasal.
Oh teringinnya nak jadi food photographer. Tak pun, tukang hias makanan macam kat restoran kelas dunia tu.

4 comments:

Anonymous said...

gambar hok bawoh tu cun la wei! drooling

Psst: boh la gambar mc halus tu comei2 :-p
-kakak-

rzahira said...

baru la best skit nak tgk blog. before this otak kena keje lebih sebab kena bayangkan segala yg dicerita, hahahaha...

Anonymous said...

bagus2 good job done mommy! kena psiko budok payoh makei huhuhu
pasti tg pahala yg mommy dpt diatas kesabaran menjadi sorg ibu!

adam tentu lg syg mommy dia :-)
-kakak-

Hasnor said...

weh..aku baru perasan..x leh upload pic from PC doh..how??
tunjuk ajar ku sifu