Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, January 16, 2013

#976 Me Vs Login Dizzies

Poning! Baru tinggal blog berapa hari aku dah lupa emel yang mana dan password apa yang aku guna untuk login this blog. Sebelum berjaya invite author kan aku ada set few new emails. Hah, meroyanlah nak ingat balik apa password dan login emel yang sepadan. 

Mula-mula bukak aku ala-ala pening lalat apasal kat dashboard aku takde button Stats? Mula-mula ada. Pastu aku salah tekan apa ntah sambil-sambil nak taip tutorial kat Senor untuk ajar dia invite author. Sekali, habis hilang benda-benda kat dashboard tadi tu. Kahkahkah. Nak ajar orang konon! Godek sana sini baru teringat, emel yang aku set sebagai admin tu bukan yang tu. Tu lah. Banyak sangat emel dengan password baru kan. Habis tunggang langgang ingatan aku. Semua mismatch. Hayyo!

Semenjak boleh upload gambar semula ni kan, emel dan kotak komen aku penuh dengan spam. Beratus-ratus! Apa dah jadi? Serabut la pulak nak mendelete semua tu. Baru tinggal berapa hari takde kat umah, 900+ spam dalam emel aku, semua dari blog. Gila apakah? Benda spam ni kalu blok pun, lepas tu depa hantar guna address yang lain pulak. Jenuh la.

Kitorang baru sampai kat Penang petang kelmarin. 3 hari berliburan kat Shah Alam. Encik Jack ada meeting kat UiTM Shah Alam. Kali ni dia ajak kitorang semua ikut. Nak bawak anak-anak pegi Zoo Negara katanya. Sebab? Sebab dia sendiri pun belum jejak kaki lagi kat Zoo Negara. Hehe. Aku dah pegi zaman sekolah rendah kecik-kecik dulu.

Kitorang bertolak hari Ahad. Sampai KL, kutip Bos IBM dulu kat Publika. Dia pegi buat passport kat Jalan Duta tu. Kutip Bos IBM kat traffic light, gaya kutip dia macam nak culik orang. Lalu-stop keta-bukak pintu keta-heret masuk dalam keta-tutup pintu then terus memecut. Kat traffic light tu! Pastu gelak-gelak macam nak vibrate keta akibat kelucuan tahap melampau cara aku kutip dia tadi tu.

Puan S jemput aku pegi umah dia kat Bukit Indah. Elok sangat la tu. Aku belum penah jejak kaki kat kediaman agam yang beliau beli tu. Memang sejak dia kawin aku belum penah pegi mana-mana umah dia pun. Puan S bikin kejutan kat Blog Diva. It's nasi beriyani in the houze!!!! Malunya Blog Diva, dia datang umah Blog Diva suatu ketika dulu Blog Diva masak simple-simple aje. Dia pulak gigih masak nasik beriyani dalam tak larat-tak larat mak buyung pun sempat jugak jamu aku. Terharu sangat! Tima kasih sepupu! *terasa macam menganiaya mak buyung la pulak tapi nasik beriyani seriyes sedap! Semua Adam Zaraa makan macam tak hengat. Blog Diva lagi lah.
We are happy family :p
Tercabar weh. Kena buat jugak nampak gaya.
Makan kenyang-kenyang, pastu singgah kediaman agam Bos IBM ambik beg kain dia then terus cek in hotel. Kali ni dapat bilik dengan 2 queen size beds. Lumayan lah. Ingatkan dia kena tido atas lantai dah malam ni ;p Petang lepak-lepak dalam bilik aje. Malam-malam sikit baru turun makan kat SACC Mall. Letih weh berjalan jauh dengan budak-budak ni.
Spot my room. Hahaha..
We are staying here.
Malam tu kitorang turun makan kat Uncle K. Makan biasa-biasa aje. Sambil-sambil tunggu order sampai tu aku heret Adam masuk SR pilih kek. Beli sepotong je. Dia la pilih. Balik bilik, dia makan habis sorang-sorang. Aku sempat curi krim hiasan aje. Amazing jugak Adam ni. Tak pernah-pernah dia layan kek. Tadi chicken chop sikit je makan. Muka selebet aje mengajak balik bilik. Mengantuk katanya. Tapi bila sampai hotel, bukan tido pun. Maen ipod ada la. Tu lah motif sebenar dia nak balik sangat tu. Understood sangat.

Zaraa orang semua dah tido, dia dok merayap atas katil dalam gelap tu. Berapa kali tarik suruh tido baru la dia akur. Tido dengan budak buas atas katil ni memang sakit habis tubuh. Berpusing sana sini macam king size pun tak muat.

Plan untuk keesokan hari; ke tasik, shopping dan i city. 

No comments: