Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, January 17, 2013

#977 Me Vs To The Lake!

Breakfast harini masak nasi lemak. Sambal belen haritu ada lagi, so masak nasi dengan benda kecik-kecik tu je la. Aku kalu bab nasik lemak, tang sambal tu yang rohok sikit aku rasa. Benda side dish lain, cincai aje. Selalunya bila syeh nasik lemak aku mai, aku buat sambal banyak-banyak. Lebih makan, simpan dalam freezer. Sambal ni makin lama makin sedap kan. Disebabkan pagi ni masak nasik lemak, maka lepak la sikit lunch tak payah masak dah. Hehe. Plan kemalasan itu harus sentiasa ada!

Okeh, entry hari ni sepatutnya citer yang bertarikh 14 Januari. Haritu Encik Jack meeting pagi petang. Makanya, aku berliburan dengan Bos IBM aje sama anak-anak. Breakfast kat hotel cuma melibatkan kitorang aje, encik Jack nak breakfast kat UiTM. Dengan harapan meeting jamu lagi sedap dari Quality Hotel ni la ;p Nasib baik jugak sebab pagi ni diorang cek kupon breakfast. 2 orang dewasa je buleh makan kan. Adam just makan honey star entah berapa bijik. Zaraa buat sepah makanan aje. Yang masuk mulut adalah 2,3 kerat aje keledek rebus ni. Tapi kan, dia sangat-sangat behave kat cafe tu. Bagi pinggan isi keledek, bagi garpu, pastu dia buat hal dia. Sungguh tenang sekali makan-makan pagi tu.
 Lepas makan, naik bilik ambik stroller dulu. Kat Penang lagi aku dah berbelah bagi nak bawak ke tak stroller. Kan kat Penang tak laku stroller moller ni. Tapi disebabkan aku tengok dia macam syok je bila Adam dok main tolak-tolak dia dalam stroller tu kat porch, so aku bawak jugak la gamble. Kalu dia tak nak duk pun takpe. At least puas hati mencuba (bawak) tu kan. Bila encik Jack dok mengadu sakit pinggang dukung Zaraa, aku mula la risau takut dia slip disc ke apa kan. Makanya, langkah terbijak adalah membawa stroller badik ni. Badik pun badik la. Janji tak payah dukung satu tasik kan. Haru patah riuk tulang lengan nanti.
Sesi mendera.
Lepas ambik stroller terus buh Zaraa dalam tu. Bersedap pulak aku tengok dia dok dalam tu. Siap letak lengan atas tu macam orang kaya-kaya aje. Rilek tunggu orang tolak dia. Once berhenti tak bergerak, alarm mulut dia bunyi la. Haha. Her rule: Never stop. Makanya berjalan kakilah kami 4 beranak turun hotel cross jalan zigzag sebab tukang tunjuk jalan ala-ala tak ingat entrance kot mana. Sepanjang jalan dok komplen zaman dia dok Shah Alam dulu tak seindah sekarang. Dulu takde taman cantik-cantik macam skang. Dulu takde fountain macam skang. Dulu huduh je sepanjang jalan. Dulu takde Pokok-pokok teduh kiri kanan jalan. Blablabla... Sampai la jumpa tasik baru dia berhenti mengomplen. Ye. Zaman mu belajar dulu trend pokok bunga kertas je. LOL. Mana la semangat meriah macam skang kan.
Kitorang round separuh Taman Tasik Shah Alam ni. Tak lepas nafas nak completekan satu pusingan. Zaraa sangat enjoy sightseeing tepi tasik tu. Rilek je dalam stroller dia dengan gaya orang kaya dia. Oh kalu hari-hari macam ni kan best. Lepas breakfast bawak anak-anak ambik angin kat tasik. Tasik ni pulak sejuk je. Banyak pokok-pokok rendang menghijaukan suasana. Okeylah haritu bajet macam kat Scotland tak hengatlah memasing kan. Macam tu lah agaknya mat saleh kat tempat diorang. 
Acara yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anak aku adalah main kat playground. Ni pun nasib lah kitorang lalu belah playground kecik. Belah satu pusingan yang tak berjaya aku completekan tu ada satu lagi playground yang lagi besar. Ini pun tak menang tangan nak kutip mek Zaraa. Dia kan hantu gelongsor! Pagi-pagi pulak gelongsor berembun dan basah. Choi lah. Adam riuh rendah mengajak Bos IBM naik itu dan ini. Kat playground ni takde orang. Jadi kitorang conquer la sepuas-puasnya. Tak puas jugak pun sebab mostly semua alat permainan basah embun.
Nak memisahkan anak-anak dari playground ni amatlah tak mudah. Adam siap merajuk-rajuk lagi. Nasib baik la datang dengan cik Long dia. Kalu dengan daddy, tak layan dah.. Huhu.. Sementara tunggu Adam cool down, aku bawak Zaraa patah balik dulu. Bos IBM tunggu Adam main sampai puas dulu. Elok aku buh Zaraa dalam stroller, nampak dia makin pasif. Mengantuk rupanya. Elok sangatlah tu. Dok terbuai-buai dalam stroller ni memang cepatlah dia tido. Lama pulak tu dia tido. Lega sangatlah bawak stroller ni. Kalu tak, memang givap dah nak jalan jauh-jauh. Mesti dah ajak balik hotel kan tak larat nak dukung dia. Mujurlah bawak stroller murah aku ni.
Bila hari makin panas, kitorang lari masuk PKNS pulak. Zaraa masih nyenyak tido dalam tu tak hiraukan bunyi bas, lori, orang lalu lalang. Haha. Terbaek kan. Penat tu macam lah dia yang tolak stroller sendiri! Pegi PKNS ingatkan nak shopping tudung. Tapi kat foyer tu lenganglah pulak. Ke hari biasa orang tak bisnes kat situ? Selalu aku pegi, penuh je macam-macam booth orang bukak. Dari yang nawaitu nak beli tudung, terbeli baju anak-anak lah pulak. Semua harga sploh hengget. Macam-macam brand. Basically macam FOC tu la. Mana la aku tak rambang mata. Zaraa pulak tido, syoklah memilih. Duit encik Jack dah tinggal. Apa lagi! Hahahaha... Itu pun bila balik encik Jack tanya apasal beli sikit je dah tahu murah. Aiseh, shopping tanpa bos di sisi macam tu lah. Nak beli serba salah. Karang beli banyak kena sound pulak. Beli sikit pun salah jugak. Haisyh.... Ada duit sendiri kan senang. Tak payah nak tanya-tanya nak buat keputusan. Mostly hasil tangkapan aku harini adalah baju raya Zaraa dengan baju harian Adam aje. Raya? Ye. Sebab jumpa baju berjenama tapi murah dari yang dijual di internet, maka bodohlah kalu aku tak beli kan. Baju raya dah ada 2 pasang dress. Pasni buleh dok diam-diam. Hehe. Entah-entah ketat metat sebelum raya tak?!

Keluar PKNS, masuk Alam Sentral pulak. Bos IBM heret aku masuk Romantika. Memang la rambang mata. Tapi belum sesuai dibeli lagi. Kena tunggu Zaraa besar dulu baru buleh concentrate nak hias-hias rumah. Now, tangan dia asyik nak mencapai aje kan. Put on hold dulu.... Menjejes liur je lah dalam Romantika tu. Ada rezeki nanti aku beli ye. Kat Alam Sentral, aku beli tudung awning biasa tu je. Bila tengok tudung cantik-cantik yang uols pakai, naik takut aku dengan harga yang aku tengok kat sini. Uols memang berbelanja dengan menakutkan ye? Aku tak sanggup. Tudung harga 7,8 ploh. Baju harga bagi empat dari tudung. Segan lah tangan nak beli yang mahal-mahal ni.

Balik bilik, dok diam-diam tunggu bebudak tido. Petang encik Jack balik meeting mula la plan nak berjalan-jalan. Dari Penang lagi dia dok berangan nak pegi I-City. Pastu bila dah sampai Shah Alam ni mula la pening-pening lalat dengan konsep i city ni. I city ni apa? Masuk bayar ke free? Masuk free pastu nak main kena bayar ke cane? Bukak malam je ke macam mana? Masuk tengok lampu je ke ada games lain?

Last-last kensel. Pegi umah agam makcik aku kat SS3 tu aje. Masih ingat entry ini? Woh, sedap sungguh ada duit banyak ni. Last time aku pegi, umah macam lain. Pegi kali ni, macam lain pulak. Makcik aku reno lagi dapur dia. Tukar the whole kitchen cabinets kepada yang lebih modern look. Duit ada, semua pun jadi. Terliurnya nak jadi kaya jugak. Huhu..

Kitorang dinner kat umah makcik aku. Save bajet kan. Haha. Makan sedap lagi dengan dessert, buah bagai. Tak payah cuci pinggan, tak payah kemas meja. Free... Hehe.. Sekali sekala dok macam raja ni syok jugak. Makcik aku pesan lenkali datang KL tak payah dok hotel, dok je umah dia yang tak luak takde sape tu. Hehe. Duduk best. Makan best. Unifi ada. Astro Beyond ada. Tapi payah nak gi jenjalan :( Maksudnya, dalam walking distance la.

 Lepas makan, chit chatting, we ols balik hotel dan tido. Esoknya ada planning baek.... Tungguuuu....

2 comments:

rzahira said...

kitorang hok duk shah alam pun tak jejak lagi tasik shah alam, kahkahkahkah...baik org jauh dah sampai.

Blog Diva said...

kaklong: dah dok hotel tepi tu je, takkan tak pegi kan..hehe. tu pun sebab kakak ada je. if me alone with the kids memei x gi dah. tak terlayan! haha