Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, January 17, 2013

#978 Me Vs Scones The Return

Ehehe.. Kata dah boleh upload gambar kan... Ni fresh panas-panas lagi tau. KIV dulu la entry jalan-jalan kat KL tu ye! ;p Petang ni mulut rasa nak mencekik tapi takde benda best nak makan. Apa lagi, skon lah kita! Kali ke-2 buat ni dah rasa makin terer menguli. Kali ni pakai recipe lain pulak. Saje nak try-try kan. Dan apa yang menarik kali ni aku ngengada pakai buttermilk in substitue of plain milk. Homemade buttermilk tau uols! Aku tengok kat youtube cara-cara nak buat homemade buttermilk. Tak payah tengok pun takpe. Mudah sangat.
Inilah hasilnya. Skon kali ni lebih gebu dan sedap berbanding skon yang aku buat aritu. Prektis make perfect kan... Selamat dah 2 butir masuk perut sesambil nak update blog ni. Hehe. Tak sia-sia aku seludup jem dan butter hotel haritu. Hehehehe..
Aku punya yang jem strawberi + butter. Adam ngengada nak suruh sapu coklat spread tu. Last-last tengok aje. Makannya idak. Tunggu Zaraa bangun la. Hehhe.. My sweet tong sampah bergerak :p Aku bagi kata dua kat Adam makan then buleh main game or tak makan dan takleh main game. He chose the second one. *sigh Sanggup tak main game tu asalkan tak payah makan. Tatau la aku budak sorang ni. Skang ni dia makan la kat umah. Tapi anything selain nasi. Roti, sosej, sweet corn, donat, benda-benda gitu la. Kareb pun dah frequent. Oklah kan. Walaupun dia banyak makan frozen food, tapi kena akur lah dengan selera dia. daripada tak makan langsung kan.

Oh semalam kan aku masak nasi beriyani. Kehkeh. percubaan yang tak berapa berjaya. Pakai perencah Maggi aje. Sebab tak puas rasa makan nasi beriyani umah Puan S itu hari kan. Memang mengaku kalah lah dengan beliau. Aku failed bab-bab masak nasi berperisa ni. Semalam punya nasi pecah-pecah sebab terlalu kerap mengacau kan. Tak kacau cane kalu periuk nasi asyik teroff aje macam nasi dah masak. Padahal beras basah-basah tak empuk pun lagi. 

Payah juga masak pakai beras siam ni ye. Sukatan air nak kena ejas berbanding beras biasa. Beras basmathi lagi la aku tatau sebab tak pernah beli. Aku main agak je la. Last-last nasi jadi tak cantik. Hoho. Tapi ayam elok je masak dalam nasi tu. My verdict, brand Maggi punya perencah beriyani ni agak pedas kalu nak bagi makan kat budak-budak. Orang tua tak la rasa pedas sangat. Compared to brand yang Puan S guna aritu la. Lupa nak ambik gambar kotak perencah yang dia guna aritu. Siap complete bagi sekali beras. Sedap pulak tu. 

Aku dah putus angin dah nak makan nasi semalam. Tapi encik Jack hadap jugak. Hehe. Tima kasih kerana mencuba ye laling! Acar rampai pun aku buat simple-simple je ikut apa yang ada dalam fridge. Nasib baik la Zaraa pun makan dengan gelojoh semalam. Kira semangat nak try beriyani mungkin akan datang kembali la. Hehe. Zaraa kan sporting, hadap je apa pun. Pedas pun dia makan. Pastu bising la Air! Air! Air! Macam rumah terbakar kedengarannya.

Zaraa tak berapa sihat aku rasa. Dari sinar mata yang tak berapa bersinar tu, dia tak sedap badan kot. Bijik-bijik merah naik kat tangan, lengan, atas bibir. Dahi ada slight fever. Lain macam lah aku tengok dia. Balik berjalan jauh dan enjoying ourselves to the fullest kot dia demam. Sana panas, balik sini pun panas. Memang dah lama dia tak demam. Sejak tahun lepas la yang episod tiap minggu pegi klinik sedut bagai tu. 

Apa pun, semoga dia cepat sembuh. Tak syok tengok mata dia tak bercahaya.

1 comment:

MiJa said...

buh la resipi scone skali!
aku teringin nk buat sbb suka sgt mkn huhu