Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, January 18, 2013

#979 Me Vs Ke Kebun Binatang

Ini entry untuk 15 Januari. Hari itu kitorang plan nak ke Zoo Negara. Do you know Indonesian refers to zoo as kebun binatang? Lucu bila dengar kan. Pagi tu aku dengan encik Jack aje turun breakfast kat hotel. Bos IBM jaga budak-budak dalam bilik. Pecah rekodlah aku makan breakfast kat hotel ambik nasik lemak. Tak pernah, ok! Happens pulak pagi tu sambal sotong plastik dia sedaaaaaaaap sangat. Rugi pulak aku tak tambah nasik. Hehe. Dan pecah rekod jugaklah bagi perut kecik aku ni berjaya aku sumbat macam-macam kat buffet tu. Selalunya aku hadap croissant dengan bubur aje. Tak mencabar? Memang pun. Tapi kali ni aku makan macam-macam. Dari makanan tradisional ke fusion ke western ke pastry semua aku bedal. Oh perut aku sudah maju. Yay. *Gosok perut.
Lepas breakfast berduaan, kitorang tapau roti canai kat mamak luar tu untuk Bos IBM. Kesian kan kena jaga budak comei dua orang tu. Pernah tengok kuah kari tumpah kat bilik hotel? Hahaha... Nah aku kasi chan kat korang tengok. Hahahahahahahaha... Ampun ye macik housekeeping. Tapi Bos IBM dah lap la lebih kurang untuk mengurangkan impak sumpah seranah macik housekeeping tu kan. Rupa berjaya dicover. Tapi bau mintak mahap la... Hehe.. Semerbak bau kari. Nasib lah.
Lepas cek out, terus hala ke Zoo Negara. Encik Jack dok sibuk tanya mana tempat yang P Ramlee dating dalam Masam-Masam Manis tu. Itu jugak yang dia ingat. Zaraa pulak tido dari atas keta lagi. Letak atas stroller pun buleh sambung ZzZZ zzZzz zZZz zzz ZZZzz lagi. Rugi jugak sebab banyak binatang dia miss masa tido tu.
Kitorang pegi tu dah kul 12pm. Tapi banyak binatang tengah tido. Tak dapat tengok lah. Sebab tempat tido dia belakang-belakang dalam semak, mana nampak. Sia-sia je bayar mahal-mahal tapi dapat tengok semak aje. Malam lah kot diorang aktif. Tapi Zoo mana bukak malam. Choi. Encik Jack dengan Bos IBM dok compare Zoo Negara kita ni dengan Safari kat Bandung diorang pegi dulu. Mana aci weh...
Kat sini kitorang gilir-gilir tolak stroller. Ponat jugok weh tolak je pun. Nasib baik aku pakaikan baju nipis je kat dia. Cuaca agak panas. Dalam Zoo ni besar jugak. Nak naik tram, Zaraa tengah tido. Lagipun aku tengok yang naik tram ni pelancong timur tengah aje. Ramai betul tourist dari timur tengah. Pegang tangan tak lepas. Hanimun ke? At zoo? Hahahaha... Tak seswai....
Penang Bird Park lagi happening dari sini.
Kat mammal kingdom baru Zaraa bangun. Bangun-bangun terus tengok racoon. Excited dia dengan segala sound effect yang dia tahu dia buat. Haha.
Masuk Ape Centre, buat sound harimau dengan gaya menerkam. Hehe... Aku salah ajarkah? She is so cheeky and funny wherever we go. Tak banyak kerenah kat zoo ni Zaraa. Good girl. Dok aje dalam stroller tu selagi bergerak. Remember her rule: never stop.
Lepas dia bangun tido tu, yang boleh tengok cuma lembu seladang kambing yang tak mencabar camtu je la. Binatang lain semua tido.  Eleh, binatang camni kat kampung tengok free pun buleh!
Semata-mata nak bagi dia tengok elephant secara live, usaha la kitorang menapak balik ke tempat mula-mula masuk tadi. Tadi masa lalu, dia tido kan. Ni pun aku tolak dia tak dekat sangat la. Kalu tolak depan lagi, asyik nak pegi pegang elephant aje lah dia. Gajah sini nampak macam jinak je dok hulur-hulur belalai kat orang.
Disebabkan hujan turun rintik-rintik dan kitorang pun dah kehabisan tenaga nak round lagi, makanya kitorang pun blah la. Belah aquarium, ikan, reptiles, penguin, beruang tak sempat tengok. Penat pun ye menapak round satu zoo tu. Kalu naik beskal pun penat jugak sebab berbukit kan. Singgah makan mekdi drive thru kat luar tu, drop Bos IBM dekat Ampang Point then terus hala ke utara....

Bye-bye holiday, till we meet again....
@ RnR Bukit Gantang jumpa kitty. Suka betul dia buleh pegang.

3 comments:

Anonymous said...

comeinye all my lil angels! miss them so very much! nanti kita jln2 hoilday lg ye! muahsss
-c.l-

rzahira said...

seronoknya adam! memey kalo tawaf abes zoo tu boleh turun 2 kg! hahahaha...

Blog Diva said...

kaklong: itu pun bwk stroller rasa mcm nak pengsan ...kalu main pikul cik mek ni, memang tunggu dalam keta je la ;p