Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, January 19, 2013

#980 Me Vs The Pretzilla

Blog Diva main masak-masak lagi. Setelah berhari-hari buat research, cari resipi, study kat youtube cara-cara nak pintal pretzel, makan hari ni aku memberanikan diri untuk meletihkan diri menguli pretzel. I don't have bread maker at home. Food processor pun takde. Mixer pun takde. Semua pakai tangan sendirian berhad.

Disebabkan aku dah biasa menguli doh pizza, makanya membuat pretzel adalah kacang sahaja. The whole process pun senang aje. Yang susah sampai berpeluh ketiak adalah menunggu si kecik aku ni tido. Asyik ulang alik ke dapur ke depan tv nak suruh dia tido. Last-last kul 6.30pm baru tido. Tukang masak dah nyawa-nyawa ikan nak masak dinner lagi kan. Once dia dah tido, cecepat aku zasss ke dapur campak, splash and dash everything and let the dough rest for half and hour. Sesambil tu perap ayam nak bakar untuk dinner pulak. Mana la tak terkejar-kejar kan. Semua haru-biru bila jadual tido Zaraa lari. 
Yang paling excited dari awal proses mengadun mestilah Adam. Riuh dok tanya bila nak start uli. Aku dah siap keluarkan bahan-bahan atas kaunter dapur. Dok nanti Zaraa tido je la. Sesekali ada gak curi-curi nak start process. Tapi bila Zaraa memerap, aku keluar kejap. Dok ulang alik camtu la sampai dia tido. Mana la tak penat kan. Bila dah betul-betul start tu memang masuk rapat lah Adam nak tengok dari awal adun sampai la boleh makan.

Seronok kemain dia buleh main plastisin pretzel ni. Aku kasi dia gentel bentuk yang dia nak. Yang tu dia kena makan la. Aku tak sanggup hahaha. Yang dalam gambar atas ni kan, yang bentuk bulat kecik kat bawah sekali tu hasil nukilan dia la. Masterpiece kata Nik Pareh. Hahaha. Memang karya agung la.

Ku akui, memintal pretzel sangat mudah. Yang payah cuma nak gentel doh tu bagi jadi diameter kecik. Asyik nak terputus aje doh aku. Lembut sangat dowh... Kalu tengok gambar atas tu kan, sebenarnya aku pintal dah jadi macam bentuk pretzel dah. But the problem is the dough keep rising and rising and rising. (aku punch angin doh tu sekali je kot?) Aku buat kecik je. Tapi by the time nak bakar tu, dah kembang semangkuk cik Jah oiii.. Apa nak buat?!

Dalam gambar atas tu nampak macam basah sket kan. Lepas celup dalam soda bath tu, aku terus letak atas tray. Malas nak lap-lap bagai. Adam dah tak sabar nak makan kan... Encik Jack pun sekejap masuk, sekejap jenguk. Hahaha... Semua saspen kan nak tahu menjadi ke tidak.
Huduh!Huduh!Huduh!
Ni rupa lepas bakar. Tujuan celup dalam larutan soda tadi untuk kasi nampak golden crust gitu la kot.  Nampak macam senjata pertahanan diri yang paling dipercayai kan. Hehe... Don't judge the book by it's cover. Lembut dowh!!!! Terus bajet diri Kim Takgu! Rasa tak percaya pulak diri aku berjaya dan mampu buat pretzel sesedap Aunty Anne punya. Babailah Aunty Anne!
Lembut!Lembut!Lembut!
Aku cuma buat perisa cinnamon sugar dengan parmesan cheese aje sebab itu je yang aku berminat dan bahan mencukupi yang available kat dapur aku. Silap aku time nak campur gula dengan cinnamon powder adalah terbubuh cinnamon powder banyak. Pastu jenuh la nak kena timbal balik amaun gula untuk bagi seimbang rasa. Kalu tak, pahit la kalu over cinnamon powder tu. Cett... Korang kalu tak try buat, ingat pesan aku ni. Buh cinnamon powder sikit je, ratio aku tak ingatlah. Pi godek youtube la. Aku tengok sana je. 
Tahu tak, benda nak kena bakar banyak batch yang aku lemah ni. Bakar 5 ketul dah muak rasa. Doh belum uli ada separuh lagi. Aku tak reti nak halfkan reicpe. Sebab mesti tak menjadi. Adoi... Doh banyak lagi neh. Tukang uli dah malas. Bakar banyak-banyak sapa nak makan. Yang 5 ketul ni pun haru nak menghabiskan. Puas hati la walau bertitik peluh nak menyudahkan. Tengok Adam makan mintak tambah. Seketul setengah je pun dia makan. Tapi bila tanya sedap tak. Dia jawab sedap. Bila tanya sama tak kat Aunty Anne. Dia jawab sama. Kim Takgu lah aku! *wek!wek!
Satu lagi yang leceh, bab nak kena kemas the aftermath. Huuuuuuu... Saat aku menaip ni, bertimbun lagi benda-benda yang kotor tu belum cuci. Haih... Lenkali sebelum nak main masak-masak kena pikir 10 kali kesan dan akibatnya. Tapi kan.... Bila tengok gambar bawah ni, memang rasa berbaloi lah bertungkus lumus berpanasan nak menyiapkan semua ni. Dia kalu bawak makanan makan kat luar tu maknanya memang sedap benar la tu. Kalu tak sedap mana, dia makan kat dapur je. Itulah ismi dia.
Masa pretzel ni siap bakar, Zaraa tido lagi. Lepas beberapa jam baru dia bangun. And the pretzilla is still soft! Yay!!! Doh yang aku malas nak operasikan tu aku dah masuk fridge. Ikutlah apa nak jadi esok. Kalu ok lagi, buleh la aku jadikan apa-apa makanan esok. Kalu dah tak elok, buang je la kot. Bukan besar pun modal nak buat ni. Tepung pun tak sampai sekilo guna. Yis sepeket aje. Pastu gula, garam dengan air je. Cilakak Aunty Anne. Modal sebesen ni tak sampai lima hinggit je, dia jual sekeping dah berapa. Kayalah Aunty Anne ye skang.
Ini Zaraa, tengah makan pretzilla. Entah habis entah sepahkan aje. Aku tak intai lagi apa citer dia kat luar. Oklah... Letih benar aku rasa malam ni. Padahal buat pretzel 5 bijik je. Hahahahaha...

4 comments:

mama ct said...

ini boleh buat ni...project skolah haris minggu depan ke...hahaha...aku suke buat roti...belum try aper nama..pritzel?...hahaha...boleh haris gentel jadu snake panjang2...aiaysh mesti buat siput pune...faris...gentel jadi bola lah tu...haih...tak sabar pulak nak membuat nye! thanks mek for the idea!

Blog Diva said...

ct: yes, pretzel. aku panggil pretzilla sebab rupa memang off! hahaha...

ko kan ada breadmaker, senang la keje. Pastu sous chef ada 3 org, lagi la senang. Anak-anak ko dah boleh disuruh. kerah aje sorang-sorang buat. ko jadi mandur. Pastu bila siap bakar, ko tukang rasa. hihi...

aku bab ramai-ramai meriah memang best la. tapi aftermath yg menyusul tu yang mls nak kemas.

good luck with this project!

raudhah sutrisno said...

Wah wah wahh!! Terrernye mummy Adam & Zaraa!!
*drooling* :)

Anonymous said...

wah wha hebat adik aku nih! nanti kakak gi keno buat ko kakak deh! i love pretzel..yumm tok reti baking2 ni..nanti ajar deh!
suko suko tgk adam makei! happy
mama pun suko dok cerito adam makei , mu msk mace2 hehehe
-kakak-