Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, January 20, 2013

#981 Me Vs Weekend Leisure

Hari yang tak berapa produktif. Encik Jack ada keje kat ofis pagi dan petang. Tinggallah aku dengan budak-budak 2 orang ni kat umah. Penang dah start summer balik. Hai.... Musim silih berganti. Aku masih tetap begini. Bila lah nak berubah ye. Berubah makin montok ke. Berubah makin berilmu ke. Apa-apa lah.

Hmmm dah berapa bulan tak marathon drama Korea. Tak tahulah kenapa aku tak continue. Rindu jugak nak start balik. Last drama tengok kat internet citer Queen In Hyun's Man ke apa. Nampak sangat dah lama tinggal kan. Pastu aku dok follow citer My Daughter The Flower kat #393. Habis je citer 131 episod tu, aku tak endah dah sangat. 2 Days 1 Night pun dah lama tak tengok. Bukannya busy. Entah. Aku banyak habiskan masa tengok movie kat HBO kot. Kalu tengok drama Korea, aku tengok sorang-sorang dalam bilik bibik ni. Anak-anak terabai. Kalu layan movie omputeh, buleh tengok kat tv dengan anak-anak. Ada pro and cons lah. Tapi itu antara inisiatif aku untuk spend masa dengan anak-anak lah. Itu pun kalu anak bagi chan aku tukar channel lah ;p Breaking Dawn Pt 1 pun aku baru je tengok. Nasib baik la FMP baik hati nak siarkan kat Astro kan. Walaupun ulang banyak kali, karna Edward Cullen aku sanggup! *mana Rini ni.. Lama tak dengar citer. Dulu dia la dok heboh canang pasal hensemnya Edward Cullen tu... Hoho.. Rini I miss you and your new updates! Suka tengok gambar dia pegi makan angin serata donia tu... Hai, bila la turn aku pulak nak makan angin jauh-jauh ni. ****posa kena ganti habis dulu!!!!

Entry makanan belum habis. Sila tahan rasa muntah anda dengan entry masakan saya ye! Bangun pagi ni Adam tanya mana pretzel dia. So, aku kerjakan balik la belen doh semalam tu. Okay lagi. Cuma yis tu rasa overpower sikit lah. (tak tahu pulak yis dalam suhu sejuk pun aktif jugak). Pagi ni aku gentel bentuk bebola aje. Malaslah nak roll panjang-panjang pastu pintal bagai. Lagipun doh makin lembik akibat fermentasi. Kalu asyik dok tambah tepung kompem la makin liat. So, aku biarkan je doh melekit macam tu. Bakar bulat-bulat je. Soda bath pun tak celup. Sapu dengan jari aje atas doh yang nak bakar tu. Jadilah. Adam makan lah jugak sebijik. Ofkos la, doh hari ni tak sebagus  semalam punya.
Harini dok pikir-pikir nak masak apa pulak. Nasi tak berapa lalu minggu ni. Macam-macam binatang aku beli dalam freezer. Tapi mulut tak terasa nak makan nasi. Mula-mula dok berangan nak makan cold pasta salad macam kat Kenny Rogers tu. Resipi untuk homemade Italian dressing pun aku dah salin. Pastu takut orang lain tak makan pulak. Caras. Last-last buat fusili masak sup aje. Specialnya, aku buat homemade buffalo balls. Kahkahkah. Tengok blog Dr Halina dia buat bekal kat Bella pasta sup. Terliur pulak tengok meatballs dia. So aku buatlah ikut resipi dia. Emm sedap jugak. Simple pun simple. Aku cuma tambah blackpepper dengan oregano aje. Ambik mince meat kat Tesco aritu tak terfikir pulak tu bukan beef. Masa nak buat tadi baru terbaca 'India Buffalo Minced'. Kobau pun kobau la. Pejam mata dan telan. Rasa bakso dah dalam tangan dah... Cewah.
Mek ni pun tak makan. Dok hirup kuah aje. Aku jugak tukang mengabis. Adam makan la patlima ketul fusili tu. Haih, habis idea jugak nak buat semua orang berselera makan. Nak masak apa lagi ek. Esok lusa nak start posa balik. Adoi la... Seksanya nak setel semua hutang ni. Rasa macam tak terhabis je. Tapi bila tengok  countdown ganti posa, dah banyak dah yang aku strikethrough. Lega dan mengeluh pada masa yang sama sebab yang ganti dah banyak, dan yang belen pun banyak jugak. *kenapa la beranak dalam bulan posa ye...

Korang masak apa?

3 comments:

Anonymous said...

update la fb ko blog ko..waaaa rindu kat adam & zara
-kakak-

R I N I . R A N I said...

Hohoho...ado org seru namo aku rupanya..patut ler aku sedok minum air muahaha

Aku pun rindu sgt nok blogging nih tp tahap kerajinan tuh masih tak memberansangkan. Doh laa tgh winter ni. Satu habuk kijo tokleh buat. Ngantuk & lapar sokmo.

p/s : hensem kan edward cullen tuh. Jacob pun hensem jugop...hahaha...parok sungguh. Duo2 nok kaut

jie @ azie said...

boolat cik mek zaraa.