Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, January 23, 2013

#982 Me Vs Where's Termite

Isnin Innopest datang visit lagi. Third time datang lah ni. Bila bukak kotak umpan tu, nampak umpan tak terusik pun dalam peket kedua. Bayang anai-anai seekor pun tak nampak. Suluh sana, suluh sini, ketuk sana, ketuk sini (untuk provoke anai-anai), korek sana korek sini tetap tak keluar seekor pun. Dalam kepala aku, sama ada anai-anai dah tukar highway ke lain atau memang morfologi koloni dah affected. So is it good or bad news? I don't know. Only time will tell. Harap-harapnya semua koloni dah pupus lah. Orang Innopest tu cakap, saintis yang buat research dah kaji, satu peket umpan tu memang cukup untuk memusnahkan satu koloni anai-anai. Katanya la. Jangan tukar laluan ke lain sudah. Histeria nanti aku.
Korek jangan tak korek
Umpan kedua putih-putih dalam peket tak terusik pun. Peket first habis penuh tanah. Dah habis makan la tu. 
Ni la rupa kotak umpan yang diorang install kat bilik bibik ni.
Sehari dua ni takde modal nak masak apa. Makan kenyang tapi takde feel bak kata encik Jack. Haih... Binatang banyak-banyak dalam esbok pun tatau nak masak apa jugak. Leceh kan. Bila la nak buat jadual menu masakan ni. Orang tu dok ugut-ugut aku tapi tak buat-buat jugak menu yang dia kata nak buat tu. Meh aku ugut dia pulak nak. Skang ni tiap hari aku paksa anak-anak aku tengok #727 sekali dengan aku. Hahaha... Biar berselera sket kan makan tu. Sampai Zaraa skang ni pun tereris bab tiru gaya tukang masak memasak. 

Tiap hari nak bagi dia ralit tak nak bagi dia kacau aku masak, aku bagi bawang 2 bijik kat dia, beres lah. Dia pergi ambik sendiri periuk kuali mana dia nak guna, pastu dia pretend memasak la dengan penuh gayanya. Kadang-kadang, cara ini tidak berkesan. Aku bubuh air dalam gelas, bagi dia dengan bekas banyak-banyak.. Memang ralit lah dia isi air dalam semua bekas tu. Tapi leceh la nak kena lap semula. Tapi kekadang aku bagi kain lap siap-siap. Suka benar dia dapat kain pengelap. Lap sana, lap sini. Dia kan suka imitate apa aku buat. Habis satu rumah dia lap. Sampai muncung mulut-mulut konsentret kan.. Hahaha..
Daddy fish! Fish!
Dua tiga hari ni kan, aku perasan Zaraa dah ada vocab dia sendiri. Bila aku tunjuk gambar/actual flower sambil sebut bu-nga, dia akan translate dalam bahasa kamus dia sendiri. 'Pamm' dia jawab. And everytime she sees flower, she's say Pamm. So I understand now, Pamm is for flower. That's how mommies know their toddler's language. Other words, dia just ikut sebutan belakang-belakang aje. Ie: bu-ku, dia just sebut -kku... Gitu lah. Macam mana ni umur dah nak masuk setahun setengah, vocab buleh bilang dengan jari je. Makan banyak, tapi zat pergi ke rambut je ke.. Ya Allah, rambut dia dah makin bersabut balik dah... Most people want to see her with long hair. But how? Nak ikat-ikat tak buleh. Tak girlish langsung anak dara aku ni. Untuk mengelakkan rambut menutup mata yang lawa giler tu, rambut haruslah aku back combkan. Hahaha.. Teringat gemulah makcik aku time muda-muda dulu suka buat rambut style back comb.
@Rose Valley, Cameron Highlands.
Kelmarin Encik Jack pegi JB, a day trip via flight. Adam tak pegi skolah la. Aku turun jemur kain sebelum terang tanah lagi. Takut-takut jugak tapi belasah je la sebab aku nak cover tido lepas tu. Malam sebelum tu tido kul 12 lepas Zaraa tido. Pastu kul 4 dah bangun sebab encik Jack nak bersiap pegi epot. Tiket kul 6 pagi. Masa nak bukak pintu nak keluar jemur kain tu, Adam pesan kat aku, "Hati-hati ye mommy. Gelap tu.. " Baru nak terasa feeling-feeling terharu sekali dia sambung ayat dia, ".....nanti ada Monster". Wakakaka... Ingatkan prihatin kat aku. Rupanya saje nak menakut-nakutkan aku. Cett.. Nice try though. Pandai pulak dia sebut monster bagai. Hehe. Belajar dari mana ye. 

Adam ni aku perasan sejak beberapa bulan start tengok Disney Junior ni, dia ada inisiatif sendiri nak tahu pasal English Language. Either BM-BI or BI-BM. Tiap hari tanya aku apa maksud perkataan itu ini. Good la kan. Tapi bingung jugak nak translate perkataan satu-satu bila dia tanya. Contohnya, sekali dia tanya aku, Mommy, tepi tu apa? Mesti la aku jawab next ataupun beside kan. Sekali, bila dia nak suruh orang ketepi, dia jerit Beside! Beside! Hahahhaha.. Jenuh la pulak nak explain sesuai tak sesuai perkataan dengan penggunaan dalam ayat tu. Baru ni dia tanya aku, Mommy, instead tu apa. Hahahaha... Perkataan macam ni aku blank nak explain ni. Kalu dia menurun aku yang suka baca kamus ni, bagus lah. Kan.

Kelmarin Adam tengok popcorn (jagung) dalam tv. Dia cakap dia nak makan tu. So, aku pun buatlah kat dia. Guna microwave aje. Nasib baik tak berasap microwave aku. Hahahaha.. Macam mana la mat saleh buat tak hangus pun. Periuk diorang tebal kot? Aku buat kelmarin tak hangus jugak. Tapi kena masukkan biji jagung tu sikit-sikit la. Melibatkan banyak batch semestinya. *lazy Itu yang sampai sikit lagi nak berasap microwave aku hahahaha... Pastu karamel aku just guna butter and honey like we used to make honey cornflakes tu je. Masalahnya, madu Tualang yang beli dari Cameron haritu warna hitam dan rasa masam sikit. Agak aneh la feeling bila makan popcorn ni. Dah la rupa hitam-hitam sket kan... Adam makan sebijik, cakap sedap pastu terus tak makan-makan dah. Tong sampah bergerak aku ni la tukang perabis. Hihi. Sayang tong sampah bergerak comei aku ni.  
Rupa sebelum curah karamel.
Harini nak masak apa pulak. Korang makan apa.

2 comments:

rzahira said...

kotak tu memey melekat terus ke kat situ?

Blog Diva said...

kaklong:tak, dia lekat pakai seletep aje. nanti bila dah kompem anai-anai dah pupus, buleh buang je la kotak tu.