Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, January 25, 2013

#983 Me Vs Enough Said

Kelmarin aku posa ganti lagi. Penat weh posa time hari cuti umum ni. Tetap nak kena masak untuk orang-orang yang tak berpuasa. Tetap kena bekerja bagi orang yang tak posa.  Orang keje dan tak posa rilek je time cuti umum ni. Bestnya kan keje dengan tak posa! Kelmarin memang rasa nyawa-nyawa ikanlah. Dari pagi sampai malam overtime. Hati memang membara tapi apa nak buat. Jadi orang takde keje pada titlenya memang beginilah. Time penat memang lupa pahala berkoyan-koyan dah. Itu aku la. Surirumah lain tak macam ni kot. 

Time posa, memang macam-macam lah aku mengidam. Nama pun posa kan. Kmarin risau tengok Adam dah banyak hari tak nak makan nasi. Memang lah bukan suatu yang pelik dia tak makan kan. Tapi tatau kenapa aku risau sangat. Kesian pun ye. Dia kan mana reti nak cari makanan sendiri kalu aku tak siapkan. Sepanjang minggu ni memang dia tak makan nasi. Kalu suap pun ada la 2,3 mulut je makan. Selebihnya, roti (sebab aku beli chocolate bread spread tu) dengan homemade sweetcorn in cup, dengan sosej je. Minggu lepas banyak kali jugak dia berdarah hidung. Haih, almost every week berdarah hidung. Is that normal? Kadang-kadang tengah malam entah pukul berapa pagi dia kejut aku mintak kain nak lap hidung. I really wonder is that normal for kid to nosebleed that frequent.

Makanya, aku gagahkan diri jugak menguli tepung untuk buat pretzel lagi. Dia kan suka pretzel. Kmarin tu aku halfkan recipe. Maka, aku tak perlu membazir tenaga sangat kan. Kali ni dah cerdik sikit. Buat apa nak berpenat lelah selagi buleh cheapskate kan. Aku terap pakai donat cutter aje. Kalu ada cookie cutter yang lain, boleh juga. Budak-budak sure la suka kan bentuk menarik. Tapi umah aku ada donat cutter aje. Belasah je la. Cepat, mudah dan tak memenatkan. Tapi rupa pretzel aku macam donat je la. Donat or bagel?  Tak kisah la. Janji, bila masak, dip in melted butter then dip in cinnamon sugar powder, then voila! Bon apetite la Adam. 
Bangun pagi ni mintak lagi. Hehe. Dah habis pun satu doh tu. Buat macam ni lagi mudah aku rasa. Halfkan recipe, terap-terap-terap, bakar-bakar-bakar, pastu masuk fridge. Bila nak makan, masuk micro set to Bread selection, pastu baru dip in butter and cinnamon sugar. Easy. Kalu buat macam first time try aritu, bila simpan doh dalam fridge, doh tu akan berubah rasa dan tekstur. (makin masam bau dan rasa) So this time aku try bakar semua baru simpan dalam fridge. Cara kedua lagi selamat.

Aku sebenarnya mengantuk sangat-sangat tengahari tu. Tak cukup tido kan. Zaraa tido kul 12 malam. Kul 4,5 dah bangun nak sahur. Pastu siang hari sangat susah nak tido kalu the kids tak tido. Bila dia dah tido tengahari tu, aku berbelah bagi nak lelap berehat atau mengusahakan pretzel. Dilema ok. Pastu rasa tak boleh jadi, aku kena bangkit menguli jugak. Maka, dengan berat hati aku bangun jugaklah menguli pretzel. Pengorbanan? Yes it is. Uli-uli-uli, ajak Adam join main plastisin katanya. Seronoklah dia. (tapi aku tak bagi bakar lah yang dia buat bentuk macam-macam tu haha)

Setel bakar pretzel, Zaraa bangun. Huhu, tak sempat la nak berehat ;( Bagi anak-anak makan pretzel, semua pun happy, baru je nak duduk depan tv, bau busuk Zaraa pulak. Orang tak keje tak posa dah malas nak basuh kareb Zaraa sebab tadi dia dah mandikan. Rule: Buleh mintak tolong sekali aje. Bangun jugaklah walau rasa nak pengsan pun. Hal kebajikan anak, memang aku tak berkompromi. Especially, bab hygiene ni. Budak tu dah tentu sah-sah tak reti nak basuh sendiri kan. Dalam hal macam ni, aku akan letak diri aku kat tempat dia la. Selesa tak kalu ada benda bertempek kat situ lama-lama? Kalu aku tua-tua nanti aku tak sedih ke kalu dah terpaksa pakai nappy (nauzubillah), dah lama kareb tapi anak buat tak tahu je malas nak cuci tukar. Pernah terpikir tak macam yang aku pikir ni. Mentang-mentanglah dia kecik lagi, tak pandai komplen, suka-suka hati kita je ke nak malas-malas? Oh pikir pasal malas, aku pun malas. Tiap hari kan. Nuff said.

Petang masak bubur pulut hitam pulak. Semua orang syok tido. Zaraa je tak tido. Aku lagi la takleh tido. (bestnya  jadi orang tak posa kan) Sambil dukung anak sambil masak pulut hitam tu. Sedihnya rasa. Nak makan apa pun, kena buat sendiri. Walau posa pun kena berlagak hero macam tak posa. Bila la buleh rasa jadi VIP kat rumah ni. Nak masak bukak posa pun sambil bergelut dengan anak. Sedihnya.. Kadang-kadang teringin jugak nak bekerja dan pakai smartphone ni. Balik keje buleh ngadap smartphone sampai ke cerah. Anak nak tunggang tebalik pun, pandai-pandai diorang lah.

Sekian.

Lain macam je Blog Diva kali ni.

No comments: