Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, January 28, 2013

#984 Me Vs Kampung.Makan.Happiness

Cuti banyak hari encik Jack ajak balik. Balik 2 malam je, sebab Isnin encik Jack nak kena fly ke JB lagi. So, balik KB semalaman, Apal semalaman. Sampai-sampai KB je, tengok nasi bukhari sedia terhidang menanti ketibaan kitorang. I like.. Tapi takde lauk kurma ni tak menyangkut sangat lah. Apa pun, tima kasih pada Iron Chef sebab sudi masak sedap-sedap kat aku. Juga tima kasih kat Puan Menteri sebab beli ayam golek sedap Mydin. Ayam golek Mydin Kubang Kerian sedap wok.. *semua gambar dalam entry ni ditepek secara random. Malas nak susun. Pandai-pandai lah sesuaikan citer dengan gambar yang mana ye. Selamat mencuba!
Kat KB tak sempat nak pekena mi celup terbaek Jalan Hospital tu. Sampai KB dah dekat Asar, lepak-lepak kat umah aje. Esoknya pepagi lagi dah hantar Puan Menteri naik bas nak pegi kenduri kat KL. Lepas hantar Puan Menteri kat stesen bas Kubang Kerian tu kitorang patah balik hala ke KB. Kakak ipar kirim serunding. So, kitorang pegi Kampung Langgar beli kiriman tu dulu. Encik Jack nak beli laksa. Yang sedapnya kat Pasar Seringgit tapi kat situ kul 10 baru masak laksa dia. Disebabkan malas nak tunggu, alang-alang dah ada kat Langgar tu, kitorang terus ke Pasar Besar Siti Khadijah aje la. Setel beli laksa, terus balik Apal.
Dalam lapar-lapar, try laksa tak sedap lah pulak. Alahai.... Macam tu lah adat mencuba makanan yang tak biasa dibeli ni. Kalu nasib baik, sedap. Nasib tak baik, tak sedap. Sampai kat Apal, kakak ipar satu famili keluar berjinggoan. Ipad tinggal kat umah. Merdeka la Adam konker ipad sepupu dia. Main sampai tak hengat! 
Petang aku ajak encik Jack keluar cari keropok lekor dengan air kelapa. Stok keropok keping pun dah habis kat Penang. Eloklah tu. Kitorang singgah Pengkalan Nyireh beli keropok. Pastu terus ke Bukit Keluang. Saje bawak budak-budak ni jenjalan. Zaraa kan tak kenal pantai lagi. Hari tu sikit punya ramai orang. Meriah tak hengat la siap ngan karaoke bagai tepi pantai tu. Dah lama tak pegi Bukit Keluang. Skang ni hakisan pantai sangat teruk. Dekat sangat dah dengan air. Tak lama lagi tangga nak naik Bukit Keluang tu dok dalam air lah. Dengan Bukit-bukit Keluang jadi pulau. 
Having her whale of time playing with sand and seashells.
Kat pantai tu nampak orang jual goreng pisang nangka. Tak toleh kiri kanan dah terus beli. Tengok-tengok kat depan lagi tu ada goreng pisang yang lagi sedap. Hok aloh! Selalu macam tu kan! Kali ni semua yang aku beli menghampakan. Goreng pisang, keropok lekor, air kelapa. Semua buat frust beli je. Haih, nasib tak berapa baik balik kali ni semua tak sedap. Tak puas hati sungguh tak dapat rasa goreng pisang nangka yang diharapkan.
Balik tanpa sempat rasa mi celup sedap memang tak lengkap rasanya. Kena balik lagi la nampak gaya.

4 comments:

R I N I . R A N I said...

Mek, kedai hok jual mi celup kat Jln Hospital tuh namo gapo? Pahtuh, mung tahu dop port mano hok sedap kalu nok mkn roti canai cicah gulai gearbox? Aku terliur sungguh2an doh nih. Nok wat list tempat2 mkn hok wajib dikunjungi, balik cuti bln 6 nnti

Blog Diva said...

rini:kedai maveles di klate mostly xdok namo. kedai mi celup ni dio bukei kedai pun. demo tu nego bwh kanopi gitu jah. Takdok namo lah payoh nok oyat.Kalu dari Cherang, kedai ni sebelum sampai taman sari. opposite blok bangunan kedai hok baru bukok tu. Aloh, kalu mu lalu buleh cam la sebab ramai gilos ore mkn situ.

Nati aku mitok map GPS dgn encik Jack kalu dio buleh usahakan ye. Senei sikit mu cari. Nati encik Jack balik JB, aku tanya.

Blog Diva said...

p/s: roti canai gearbox aku tak pernah sero nok makei. Tok berehi gear2 box ni. Tapi kat Cherang aku sokmo tengok ado kedai Roti Canai gulai gear box. Betul-betul kat traffic light tu la. Beloh hok ado replika Wau hijau besar dengan gambar DUN PAS tu..

Ramai jugok aku tgk customer mkn situ. Try la. Aku tok reti nok nilai sedak/tak sedak gear box ni.hehe.

Mu kelik bilo?

R I N I . R A N I said...

Haa...kalu ado gps seney sikit hehe. Mung sebut cherang...tmn sari sumer tuh, aku mmg fail. Aku dop tahu namo tmpat haha. InsyaAllah aku kelik semetar bln 6 nih.