Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, January 31, 2013

#985 Me Vs Vision Popcorn

Zaraa sebulan dua ni tak berapa nak makan pulak dah. Kalu kat meja, memang sepahkan makanan aje keje dia. Makan langsung tak nak. Body dah tak berapa tough dah skang ni. Kecut dah anak aku. Tapi dia suka popcorn! Hahaha. Benda lekat celah gigi tak mengenyangkan macam ni je la dia nak makan. Better aku bagi dia makan popcorn (homemade semestinya) daripada aku biar dia makan cikedis kan.

Maka selaku seorang pemasak popcorn yang agak tegar, aku nak share experience aku yang lebih berupa tips sebenarnya kat korang yang berminat pasal popcorn ni. Sape antara readers entri ni yang suka makan popcorn sila mengaku! Haaaaa.... 

Selama aku dok try buat popcorn sendiri ni kan, macam-macam peralatan memasak yang aku dah cuba in order nak tahu yang mana yang paling mudah. My verdict, the winner jatuh kepada periuk vision. Sebelum ni aku dah try masak dalam microwave, periuk stainless steel, nonstick pan and wok. Tadi baru tercuba guna periuk vision. Result? Sungguh cepat masak pakai ni. Microwave pun takleh celen. Agaknya sebab periuk vision ni tahan haba yang tinggi kot. Lagi satu seronok pakai periuk vision sebab it is see thru. Buleh tengok dah puff semua or belum. Heret anak-anak sekali tengok biji jagung ni meletup. Pasti anak-anak akan riuh rendah teruja kan. Anak-anak aku la. Anak-anak korang yang dah biasa beripad aku tak tahu la terhibur ke tidak dengan hiburan murahan macam ni. Ngeeee..
See? Ini satu batch sekali masak aje. Kalu guna microwave, nak genapkan sebanyak ni entah berapa kali tutup buka pintu. And seems that guna periuk vision ni tak la banyak sangat biji jagung yang hangus. Kalu guna periuk stainless steel nipis tu, belum sempat semua meletup lagi dah separuh popcorn selamat hangus. Sekian petua memasak popcorn dari saya. Promo Vision kaw-kaw nampak Blog Diva? 

Zaraa makan semangkuk popcorn aku ni. Hahahaha... Jual mahal tak nak makan nasik sangat kan. Itu je la yang dia makan sepanjang hari ni. And keropok lekor sepotong. Haih, sebut keropok lekor ni buat aku tak keruan je. I love keropok lekor. Gatal-gatal pun makan jugak. Ubat ada kan. Hoi time puasa macam ni, teringat kat keropok lekor adalah menyeksakan. Dua jam setengah lagi nak berbuka. Aku cek kalendar takwim (siap cek tu), waktu yang paling lambat berbuka adalah 7.33pm. Huhu... Which is minggu depan start! Sila la bersabar wahai badan. Dah separuh yang berjaya disempurnakan. Tinggal separuh je lagi... Which is........ (another 39 days to complete) Phewwww!
Tadi Adam balik sekolah muka berseri-seri tersenyum riang. "Cikgu bagi bintang kat Adam" sambil pass kertas kat atas ni kat aku... 

Susah juga ye jadi cikgu tadika.

2 comments:

rzahira said...

adam lukis ke adam conteng? hahahaha...

Anonymous said...

pandai! nak nak nak buh caramel gak
..er mana gambar my lil angels ????
-kakak-