Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, February 2, 2013

#987 Me Vs Gelenyakan Choc Chip Cookies

Kelmarin dalam kepala asyik terbayang nak bake cookies. Dah berapa tahun Cikgi Diva bagi resipi biskut coklat cip ala Famous Amos. Tapi tak buat-buat jugak. Ampun! Hahaha... Tapi lambat-lambat pun aku buat jugak. 

Resipi Cikgi Diva ni aku halfkan sebab resipi asal macam nak bagi makan satu kampung. Ampun ye Cikgi Diva sebab menderhaka pada resipi asal mu. Lepas halfkan pun, aku tak tahu nak habiskan macam mana. Kelmarin bakar 18 keping je. Satu tray cinonet tu muat 9 ketul je. Bakar 2 batches, dapat la 18 bijik. Aku sorang je makan. Orang lain hanya memandang sepi aje. Zaraa took a nib and toyed with the rest. I appreciate that darling *eyes rolling

Balik KB aritu Puan Menteri kasi banyak coklat. Dalam resipi Cikgi Diva, dia pakai cadburry bar. Aku takde Cadburry bar. Toblerone aje ada. So, pakai Toblerone aje lah. Kelas ko Maria! Tengok expired date pun tinggal berapa hari je kan lagi. Aqiqahkan aje ;p
Oven buleh  parking atas stove. Ko ado?
Pada pendapat aku, kalu tambah raisins pun sedap jugak. Yang aku buat ni tak buh pun raisin. Bila makan, terserlah rasa macam makan Quaker Oat Cookies tu pun ada. Rangup di luar, lembut di dalam. Ececeh. Beneran ni.
Dua kali wiken dah encik Jack berkampung kat opis dia menyiapkan sekotak dokumen untuk kenaikan pangkat. Sungguh dull wiken kami. Aku pulak, rasa slow-mo sangat-sangat sejak berpuasa week by week nonstop ni. Sungguh, memang tak bertenaga most of the time. Walaupun aku boleh dikatakan agak berselera makan dan minum, tapi tetap takdan nak cover energy. Tido malam tak cukup. Mek aku ni kul 12 kalu tak pujuk suruh tido memang segar bugar lagi. Sakit hati jugak kadang-kadang. Why kids are so self centered? Sungguh tak matang kan pikir macam tu. Dah tu kalu tiap malam dekat kul 1 baru buleh lelap tu pun 3,4 kali terjaga mek ni mengigau. Kul 5 dah bangkit sahur tak tido-tido dah sampai ke malam pulak. Mengantuk, yes. Tapi macam mana mau tido? Sekejapan mek ni datang smekdown aku. Korek mata lah. Pijak perut lah. Kareb lah. Sekejapan Adam pulak nak sosej lah, roti coklat lah, sweetcorn lah..... Belum citer episod mengelap mengemop mengutip endlessly tu. *jadi mak tak boleh komplen gulp
Sekarang ni lauk yang tak habis memang takleh tinggal atas meja. Mek ni skang memang expert panjat kerusi meja makan. Jatuh dah berapa kali sampai berdarah mulut. Adam dulu tak adventures sangat. Anak pertama kan. Kehkeh. Mungkin jugak sebab masa Adam dulu umah aku takde lah complete furnished macam skang ni. Pinggan mangkuk pun takde la banyak macam skang. Ya Allah, selamatkanlah Corelle-corelle aku tu...
*Can anyone teach me how to rotate this video. Kesian korang kan kena teleng kepala...

Ini video Zaraa yang aku ambik few days ago. Tengah tumbuk pistachios. Hari tu aku posa. Biasanya kalu tak posa, aku tolong gigit kacang tu sampai hancur sket-sket then suap dia. Dah posa, mana buleh buat camtu kan. So, aku tumbuk la dengan lesung ni kasi hancur. Bila bagi dia tumbuk, lumat terus dikerjakannya. Seronok benar la buleh pegang lesung kan. Last-last kacang tu buang je. Lumat sangat dia tak makan jugak. Mek ni skang dah tak nak makan. Sekejap je dah tak gelembung dah anak aku.. Tak sexy dah huhu. Minggu depan last jab dia. Wonder dah berapa kilo dah dia skang. 

No comments: