Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, February 4, 2013

#988 Me Vs The Homeworkssss

Pagi ni Adam ada epoimen mata kat Hospital Bukit Mertajam. After a year kan. Let's see how's his sights are doing. Pegi spital dengan baju sekolah sebab kalu epoimen habis awal, encik Jack nak hantar dia pegi sekolah. Tapi tatau la. Dengar citer macam ramai patients hari ni. Kat kad tulis epoimen kul 8. Kalu epoimen ikut timing atas kad tu, nasib baik lah. Kalu tak...
Zaraa sudah kempis. Muka dah kecik balik. (ke sebab rambut dah makin Noh Hujan?)
7.20am, today.
Tadi sebelum Adam naik keta, aku ambik beg sekolah dia nak isi susu kotak bekal. Start bulan Februari ni kitorang masukkan dia dalam kelas reading intensif. Balik kul 2. Takut dia lapar la kan extra 2 jam kat sekolah tu. Hari tu aku buh bekal air kotak, balik sekolah tengok air kotak tu still intact. Sampai umah baru nak minum pastu berebut lah dengan adik.

Sesambil nak isi bekal tu, aku cek la buku dia dah khatam ke belum. Kalu dah, nak tukar buh buku level lain. Baru tertengok buku latihan dia. Haritu dia balik bagitau cikgu bagi homework BM. Buat lah. Tadi aku tergerak hati nak cek buku-buku dia. Baru tahu English pun ada buku latihan jugak. :P Tengok-tengok cikgu dia bagi homework dah berzaman. Start dari huruf H sampai Z tak terbuat. Haih... Aku tak salahkan dia. Aku la yang leka. Lupa nak semak kejarumah anak. Dok harap dia aje menyerah memang selamat lah. 

Memanglah. Most of the time memang lupa nak tanya khabar homework dia. Sebab bosan drama rebut-berebut buku, bergaduh berebut pensel (walaupun dah bagi sorang satu) dan macam-macam hal lagi. Adik will try to imitate whatever her brother is doing. Tengok Adam menulis, dia nak jugak. Bila bagi buku lain, dia tak nak. Nak buku Adam jugak. Pening-pening. Last-last aku tak ambik tahu. Kesian Adam kan. 
Sambil-sambil tunggu encik Jack bersiap nak pegi keje tu, aku suruh dia buat terus homework yang tertinggal banyak tu. Oklah kan aku buleh konsentret kat dia sorang takde orang kacau. Time tu Zaraa tak bangun lagi. Tengah syok menulis, tetiba bangun lak hai budak comei tu. Sebelum dia sempat rampas pensel Adam, aku cecepat offer pensel dengan buku tulis conteng-conteng kat dia. Tu pun sibuk nak ambik orang punya jugak.
Adam ni, dia nak attention je. Nak orang assist dia buat keje dari A sampai Z. Sesambil tulis banyak pulak auta dia. Nak kena saiko sokmo tiap kali dia start nak auta. Setakat tiru huruf macam ni dia bat sekejap je. tapi tu lah, nak kena saiko sokmo la sebelum auta dia makin drag. 
 Tiru tulis, kacang je bagi dia. Tapi bila kena pikir sendiri for example, gambar buku nak kena tulis _ _ k u, dia tahu la gambar tu buku. Tapi nak isi huruf B dengan U tu as bunyi 'bu' tu dia tak boleh nak tulis. Puas aku dengan encik Jack cuba kaitkan bunyi dengan nak tulis tu, dia tetap tak paham. Auta auta auta. Nak histeria aku laki bini. I know, ajar budak nak kena banyak sabar. Sebab dia lahir pun tak tahu apa-apa. Kita as the parent la nak kena buat dia paham dan tahu kan. Bukannya dia buleh pandai in one blink. I know. Aku mengaku lah. Aku tak kreatif nak mengajar dia. Cara aku ikut cara cikgu aku ajar dulu. Cara konvensional. Not in a fun way of learning. 
Lagi satu, aku konfius dan dia pun konfius. Aku belajar cara lain dulu. Budak-budak zaman sekarang mostly belajar baca kaedah fonetik. Aku ada belajar fonetik kat uni. Aku paham sistem fonetik. Tapi bila nak ajar Adam, is that 'ba + uu  = buuu' or ' be + uu  = buuu' or ' b + u  = buu'? Kat sini la masalahnya. Bila aku tanya Adam, macam mana nak eja 'baaa' (tulis b dan a la) dia tulis b aje. Jadi aku terfikir, cikgu dia ajar b tu as ba ke? Again, it's phonetics basic. And it's confusing. Poor son.
It's Zaraa again. Sama sebok dengan aku kelmarin. Pokok lili aku mogok tak nak berbunga. Padahal pokok ni la jenis yang mudah semeset nak jaga. Siram, mesti berbunga. Tak payah buh baja bagai. Tapi dah setahun aku tanam. Berbunga sekali je. Pastu keep growing sampai limpah planter dengan bulbs dia. Last-last tanpa ragu-ragu aku caras semua, gali, gemburkan tanah, remove the unwanted bulbs biar tinggal sket aje. 

Baru ni aku dok saspek tak cukup cahaya matahari kan bawah awning ni. Alih letak kat pintu dapur. Memang panas teriklah kat situ. Tak berbunga-bunga jugak. Tu yang geram alih letak sini semula ni. Kali ni kalu tak nak berbunga jugak takpe la. Aku niatkan tanam untuk tengok daun je la. Tumpang hijau daun pun cukuplah. 

Next to be chopped off-the hydrangea. Pokok tu dah tinggi dari aku dah skang ni. Cina jual bunga tu cakap suruh buang daun kalu banyak sangat. Baja pegi ke daun katanya. Dah buang. Tak berbunga jugak. Makin hijau ada la. Cantas then try tanam balik. Itu dalam perancangan aku la. Sakit mata weh dok harap nak tengok bunga biru pepel pink tak nampak-nampak ni. Baja dah habis banyak dah. Ada sesapa yang buleh share tips nak kasi bunga kembang 3 bulan/ siti zubaidah/hygrangea keluar?

2 comments:

faerni said...

buat flash cards kv (konsonan/vowel) bentuk pocket size than ask him repeatedly when at home. mix and match the flash cards that can form words bu ku / su du /ba ca utk semua vowel and konsonan. Lama-lama dia boleh baca utk kvkv kvk dan mcm2... kene tunjuk yg daus pny laa ini mcm!

Anonymous said...

Sis,tanya cikgu dia mcmana dia belajar kt sek,guna module apa,sbb kalau kt sek lain and rumah lain,he wll get confuse,may Allah guide us all in raising our children :)