Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, February 9, 2013

#989 Me Vs Balik Ke?

Bangun 8.30 pagi. Adam bising ajak turun. Hayyoh... Siang hari pun kalut nak orang teman jugak ke. Kacau daun nak golek-golek bermalasan pun tak boleh. Dalam sakit-sakit hati tu, sempat jugak berdilema nak balik nak tak balik tu. Encik Jack pulak bising tanya aktiviti menarik nak buat nak lawat kat Penang ni kalu tak balik. Ingat aku travel agent ke. Baru ni cakap kakak-kakak ipar nak datang sini. Aku dok tunggu confirmation jadi ke tak jadi nak datang ni. Encik Jack ni rilek aje. Bila orang dah dekat nak sampai baru bagitau aku. Yang kalut kemas bilik, siap makanannya bukan dia. Huh. Pagi ni baru bagitau famili dia tak jadi datang. Emmm... Cane, nak balik tak nak balik ni? Aku kekadang nak jugak rasa cuti panjang dok kat Penang rilek-rilek takde jammed teruk macam kat Kelantan. Dok sini, makan kat luar sounds terrific jugak.

Dekat kul 9 baru decide nak balik. Tak bagitau lagi kat Puan Menteri. Buat seprais pun sedap jugak ni. Packing lebih kurang, singgah breakfast mamak kat Sunway, then terus bertolak balik. On the way tu baru call Puan Menteri. Ikutkan tak nak bagitau dia. Tapi aku nak kena tanya jugak mi celup bawah pokok tu tutup pukul berapa/bukak tak hari Sabtu. Terpaksa la kantoi kan. Eksaited Puan Menteri dengar kitorang nak balik. Bos IBM cakap, terus sapu mop bilik nak sambut aku balik nanti. Tengkiu I love you!

Macam biasa la. Sepanjang jalan Adam muntah 3 plastik. Ubat muntah tak sempat nak ambik kat klinik. Yang lama aku dah buang sebab lama sangat. Lembik je la dia atas keta. Jalan pulak jem (sape suruh bertolak kul 10 time cuti perayaan macam ni ambik ko). Rasa macam pecah rekod jugak la almost 5-6 hours nak menyampai ke KB tu. Selalunya tak sampai 5 jam. Itu pun rasa macam dah puas benar nak tunggu sampai tu. Budak-budak dah restless. Zaraa sekejap nak pegi dok depan, sekejap nak datang ke belakang. Panjat situ sini. Jem di setiap traffic light start dari Perah, Grik lagi. Tapi dari Melor-Kubang Kerian-HUSM langsung takde keta pulak. Lancar je... Suka! Suka! Suka!

Disebabkan takut kitorang sampai lewat dek jem, Puan Menteri tapau mi celup bawah pokok tu siap-siap. Manalah tahu kan kot-kot jem teruk, tak kesampaian pulak nak pekena mi celup tersohor ni. Boleh je la. Memang la kurang kaw sikit kalu tapau. Tapi nak buat macam mana. Sampai-sampai dah kebulur. Ngap aje lah apa yang ada. Hihi.
Aku sampai umah Puan Menteri pukul 3 lebih. Nik Pareh masih stuck in Pasir Puteh jem tak bergerak. Dia bertolak kul 11 dari Kuantan.  Time aku lalu tadi tak jem kat traffic light Melor. Tapi time dia, memang menyumpah la setiap driver. Nasib baik aku dah lepas tadi.
 Bila Nik Pareh sampai, maka cukuplah ahli keluarga yang berkumpul balik kampung kali ni. Petang pulak, Iron Chef, Encik Labu Labi dengan Hazim pulak sampai. I'm blessed to be with the love ones. Alhamdulillah. Seronok sangat-sangat. And the kiddos pun, sangat eksaited as well. Adam seronok la buleh tumpang tablet semek Alicia ni. Ummm... Semua anak orang lain ada IT gadjet. Adam je takde. Kesian dia. Kitorang pun dilema nak beli ke tak. Bukan takleh nak beli. Tapi pikir kat power mata dia tu la. Umur 6 tahun pun dah naik sikit dah power dia compared to last year's. Baru 6 tahun. Hidup dia masih panjang. Tebal manalah nak kena pakai spek besar-besar nanti? Sabar ye Adam....
 Semek sangat kerek. Dia geng dengan Adam je. Zaraa-Zaraa dia tak minat.
Berebut mamatuk. Cute and acute rivals.
Tiup api mamatuk bakar sampah. Macam sign nak suruh diam.
For dinner, (owh lupa nak citer Puan Menteri on strike. Mogok tak beli bahan masakan sebab dia kata tiap kali balik mesti kitorang asyik nak makan kat luar je kan) kitorang makan kat kubur Cina Panji tu. Betul-betul sebelah jirat tu. And opposite MPKB Panji. Our all time favourite dining place. Malam ni semua makan western kecuali Puan Menteri dengan menu tak boleh tinggalnya; kuay teow. 
Suap cucu kiri kanan.
Owh bestnya makan-makan kat luar dengan family members macam ni. Aku memang tak minat masak. Time jumpa jarang-jarang ni, why waste our precious time cooking and cleaning pots and pans right? Makan kat luar kan best. Rilek. Buleh sembang-sembang. Tak payah kemas meja. Tak payah kutip makanan yang jatuh bawah meja. Tak payah cuci pinggan. Makan kat luar je lah!

The family who eats together, stays together. Katanya.

1 comment:

zahira said...

Plan memey nok gi penang tp bajet tak dok :).