Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, February 10, 2013

#990 Me Vs Food, Eat, Shop

Ohlala! Misi memburu makanan masih diteruskan hari ini. Kan udah bilang, Puan Menteri tak beli bahan masakan. Semua acara makan di luar. Pagi ni breakfast beli nasi bungkus carwash sebelah Ajihs Nasi Lemak depan umah tu je. Semua nasi ada, semua kuih pun ada. Mostly. Malas lah nak pegi Beret 12 kan. Encik Jack dapat nasi kak Wok dia. Aku dapat pulut pagi. Adam dapat satay + nasi impit. Orang lain semua dapat nasi kerabu golok. Heaven. Macam ni lah anak jati Kelantan. Balik kampung mesti balas dendam cukup-cukup. Sungguh aku jeles dengan orang yang boleh dok Kelantan. Sunguh. Sungguh-sungguh.
For lunch, kitorang makan kat kedai bawah pokok yang kelmarin kempunan dapat makan yang tapau je tu. Mana puas kan. Hari ni berjaya jugak la. Alhamdulillah. Puan Menteri tak ikut sebab kena attend kenduri. I hate kenduri time musim perayaan. Sangat memecahbelahkan keluarga! So Rini, inilah kedai yang aku mention before. Ada nama rupanya. Kalu thumbnail pun nyaris-nyaris tak nampak signboard nama kedai dia. Cuba zoom tengok atas bumbung hijau tu. Tertera D'Nyior Cino. Hahahaha... Bertahun-tahun tak tahu pun ada nama kedai ni rupanya. Sape suruh letak kat celah tu. Sape la nampak. Taruk la betul-betul kat depan kan. Encik Jack sebelum ni panggil kedai ni kedai Bridgstone. Kan dah tersuka-suki bagi nama kedai. Apa daaa... Letak la tempat strategik sikit.
Kedai ni simple je. Niaga bawah kemah aje. Tapi tak pernah lagi aku pegi tengok kuli dia dok melepak. Asyik berkejaran aje memenuhi permintaan pelanggan yang tak pernah surut. Kat sini cuma ada nasi air, mi celup, kuay teow celup dengan bihun celup aje. Air pulak specialty dia air kelapa dengan cendol. Terbaeklah!
Selalunya aku ambik bihun tapi this time Zaraa ada sekali, aku order nasi airlah buleh suap dia sekali. See? Lauknya adalah sangat sarat semangkuk. Ish tengok gambar ni meleleh lagi air liur aku. Tak boleh tahan punya.
Kalu datang sini memang wajib aku minum air kelapa. Tengok la timbunan kelapa muda dia. Tak pernah lagi aku tengok setinggi ni. Kecuali kedai jual santan lah. Cuba tengok tong air kelapa belakang Adam tu. Sekali spare, 3 tong. Sekejap aje surut. Belah lagi kelapa. Pakcik ni keje asyik belah kelapa aje seharian. Perghhh.. Tak terkata aku.

Habis lunch, kitorang head to Tesco. Kakak ipar aku merangkap bini Nik Pareh mengidam nak makan takoyaki. Selera mak buyung ni memang tahap dewa betol. Berarak lah semua insan ke Tesco sesambil mencuci mata. Masuk-masuk Tesco je, ada orang jual durian crepe. Dengan pavlova. Tak silap langkah lah aku hari ni. Dua makanan mainstream ni aku belum try. Malu la blogstar tak try lagi ni. Cecepat beli-belah dalam Tesco sebab nak kejar rasa durian crepe ini. Oh bencilah apasal Tesco Kelantan ni baju budak banyak offer berbanding kat Penang? Benci. Benci. Maka aku shopping baju adam Zaraa kat sini je la. Huhu.

Beli dan blah, turun bawah terus hala ke tempat orang jual durian crepe dengan pavlova tu. Sedap! As a big fan of durian, memang tak lepas la durian crepe bila dapat kat Zaraa. Banyak betol dia makan. Pavlova pun sedap. Ada orang tu, aku sebut pavlova, dia dengar Neelofa. Patut la pucat muka terbeliak mata bila aku sebut pavlova tu. Dasar mata keranjang Nik Pareh. Eh tercakap pulak. Mission mencuba durian crepe and pavlova: accomplished! Suka!
Malam ni, lepas Bos IBM surf dining places yang menarik kat KB ni (encik Jack mengidam nak makan stimbot and bbq tapi tak jumpa yang sesuai dan sedap, lenkali ye sayang) so kitorang ke Haza Bistro aje. Mainstream jugak kedai ni. Jadi blogstar ni kena try la benda-benda mainstream ni. Haha walaupun dah terlambat!
Mula-mula masuk terus terkenang dalam Restoran Wau yang femes tu (tapi dah tak sedap sekarang). Memang ID dia sama design dengan Wau. Style gitu la. Ala-ala Korea pun ada semua putih gitu. Memang chic sangat! Aku skodeng kerusi dia, Macy you! Macy ada ek kat KB? Dalam Haza Bistro ni, macam-macam jenis sofa, kerusi, wing chair ada. Pilih style mana yang korang berkenan nak duduk. Kalu diri tu rendah, dok aje la kerusi biasa. Kalu ngengada nak dok sofa jugak, makan sambil mendongak la korang. Hahaha takleh imagine. 
Alicia ambik seat paling mahal; bawah meja. Tema juon malam ni. Sepertiga masa kitorang kat kedai ni, dia kat bawah tu. She managed to survived. Good. Malam ni Zaraa dengan Puan Menteri dok umah. The rest aje yang makan luar. Makan tanpa budak kecik adalah aman. Budak kecik dok bawah meja takpe. Dikira tak mengganggu. 
Tak tau nak order apa. Belek sana not available. Belek sini pun not available. Abis tu buat apa menu beradong hard cover macam ni. Baik bind macam projek budak tingkatan satu aje. Podah. Last-last aku ambik beriyani kambing. Specialty katanya kan. Nak try la apa rasa. Selera beriyani aku sejak peknen kat Zaraa masih belum padam. Tiap kali tengok beriyani pasti ketagih...  Mulanya tadi ingat nak pegi Arabesque dekat nasik pokok ceri tu ( I wonder kenapa la kedai best-best kat KB ni takde nama? Tak pasal-pasal customer bagi nama macam-macam kan) tapi tak jadi. Next time kena try nasi beriyani or nasi mandi kat Arabis pulak. Tengok kat internet macam best je Moroccan style. Makan sambil duduk bersila cam pak arab gitu. Next time. Food list. Must try.

Nasi beriyani kat sini? Nasi dia sedap, lembut dan moist. Tak muak makan. Lamb dia pun lembut, mudah carik gitu. Satu mangkuk ada 3 ketul daging plus tulang. Kari kambing dia sedap tak muak, tak berempah giler macam  mamak style. Kesimpulan, sedap dan rasa nak makan lagi
Hasil ketamakan semua orang. Nik Pareh order dessert aje dengan Adam. Bandung tu dalam set nasi beriyani. 
Bos IBM order Caesar Salad dengan kerabu mangga. Both hampeh. Merabu mangga agak masin dan rasa off sikit. Salad pulak taruk garlic goreng yang hangit. What the-! Tepuk dahi Jamie Oliver kalu try.
Kedai ni hebat pada hiasan dalaman dan kerusi yang empuk aje aku rasa (on top of beriyani dia yang sedap tu je la) Pada laki bini yang nak dating anniversary ke, buleh la datang sini. Makanan yang aku tak try yang lain mungkin sedap jugak. Don't be judgemental by what I said in this entry. I kan very the super the fussy eater!

Selesai makan-makan, acara kemuncak adalah berebut nak membayar. Ko pernah tengok tangan berbelit-belit saling sekeh menyekeh depan cashier sebab berebut nak bayar? Kahkahkah... Aku tak tahu sape yang menang. Masa nak masuk kereta baru aku tanya, sape menang tadi? Jawab Bos IBM, Mak buyung la menang. Takkan aku nak tolak dia kuat-kuat......

Wakakaka....

4 comments:

jie @ azie said...

waaa..sedak nyo kelik kapong, ambo jugok hok dok sebbek sini jah. sedak nyo make2, jealous wei kokre rumah dekat kb nih ;)

Blog Diva said...

jie:mu sebbek dumoh pun xpo, kl tu hepening doh. tpt aku ni gak, cino la ssssajo. kalu aku x kelik gak, nati aku dekki dgr cito abe nge kak aku kelik tu.

Anonymous said...

salam sis,
kedai mee celup tu kat mane :)

Blog Diva said...

sis, u org kelantan ke? kedai ni tengah2 antara cherang dgn kb. kalu dulu nama jalan tu jalan hospital. now tatau la nama tukar ke still sama. kalu jumpa Pizza Hut Delivery tu, kedai ni betul2 opposite jalan.