Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, February 11, 2013

#991 Me Vs Massage Parlor And Picnic

Pagi aku pegi berurut dengan Wanita Pertama Melor. Pegi dengan Puan Menteri aje. Yang lain-lain datang kemudian sebab malas nak tunggu aku berurut kan lama. Jadi, kami pegi berdua dulu. Singgah beli nasi berlauk depan istana dulu. Peh, Kelantan ni pagi tenghari petang malam semua meriah bab makan-makan. Kan?

Lepas makan-makan dengan keluarga Ahli Parlimen Melor, sesi berurut (more to belasah sebenarnya) dimulakan. Sampai lebam-lebam aku dikerjakan. Tahan je lah ye. Nanti kat Penang, sape nak tolong urut kan. Wanita Pertama Melor siap bekalkan aku batu sungai lagi incase boleh la aku bertungku kat Penang nanti sendirian berhad. Bakar je atas dapur gas seminit dua jadi lah. Good idea.
Dekat nak siap berurut tu, the rest pun sampai. Kitorang plan nak pegi piknik kat Lata Belatan. Dah katanya Alicia ni tak kenal air terjun lagi kan. Yang dia kenal taman laut Tioman tu je lah. Air masin dah rasa, kita bawak dia rasa air tawar pulak :p To the Lata Belatan we go! Tengok la keta Puan Menteri kat depan ni. Honda City mofidied jadi keta nurseri. Ko ado?! Dari belakang nampak kepala-kepala kecik bergoyang-goyang dalam keta. Sesekali tengok Zaraa lambai tangan sambil flying kiss dari dalam keta. So sweet lah! Dari jauh nampak mata bulat dia aje. Hihi. Comei pulok awo dok dale keto lain. In case you wonder what happen in that so called 'nursery car', here's the sneek peek..
Berebut mamatuk la! Hahaha.. No wonder dari dalam keta aku nampak kepala kucar-kacir dalam keta depan ni. Memasing nak rebut attention mamatuk kan katanya
Last-last sampai jugak. Cilakak kali ni masuk kena bayar la pulak. Tak pernah-pernah aku pegi tu kena bayar. Kena lapor diri bagai. Lapor diri I can understand la ramai-ramai ni mungkin untuk safety ke apa. Tapi kena bayar tetiba ni kenapa? Bukan hidang makan pun kat dalam tu.
Parking keta adalah sangat full. Memang ramailah orang hari ni. Cuaca redup macam nak hujan. Baik cepat masuk cepat keluar sebelum hujan turun. Cuak aku takut tak sempat main air.
Tempat nak parking tikar pun penuh. Dapat bawah jambatan gantung ni je. Jadi lah. Jangan runtuh sudahlah nauzubillah. Zaraa dengan Alicia mula-mula sentuh air adalah sangat jakun dan jual mahal. Pastu mula la ubah fikiran. Dah masuk air tak nak keluar pulak.
Tu dia tak nak tak nak main air tadi.
Alicia seronok pun muka menten sedih jugak.
Adam bila masa entah terselam tersedak air. Pastu terus naik tak masuk-masuk air dah. Sejuuuuuuk!!!!
Main air tak lama pun. Ambik syarat je. Nampak macam nak hujan tu terus kucar-kacir kemas tikar, drain budak-budak then balik. Zaraa memang menggelepar la tak nak naik. Seronok benar jumpa air banyak macam ni kan. Ni pun festaim jugak Zaraa datang waterfall. First timer memang excited la kan. Adam dah banyak kali datang. Dapat main air sekejap ni dia tak komplen banyak.
Nik Pareh tengah mekap Alicia.
Lepas berkelahan, singgah beli ayam golek tepi lorong nak ke Lata Belatan tu. MIL pegi kenduri. Jadi kami makan buat macam umah sendiri aje kat sini. Hihi. Lepas semua balik, anak-anak terbongkang la sampai ke petang. Penat menduyung kan memasing tadi. Adam kesedihan la sket sebab takde geng kat sini. Sepupu-sepupu kat KL semua tak balik. Meaning, no friend, no ipads. Bosan la dia. Asyik ajak balik aje. 
Oh cepatnya cuti berlalu... Tak puas makan-makan kat kampung lagi!

No comments: