Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, February 13, 2013

#993 Me Vs Daftar Haji

Hari ni sekolah Adam cuti lagi. Esok baru start kelas. Alang-alang Adam ada ni, Encik Jack ajak pegi bukak akaun Tabung Haji sekali daftar Haji terus. Makanya, daftarlah akaun aku dengan Adam. Zaraa punya belum buat lagi sebab tak sempat nak cucuk duit tak cukup. 

Zaraa takde akaun bank lagi. Semua duit sumbangan orang aku simpan kat umah aje. Terguna pun dah  banyak. :p ampunnnn! Adam punya dulu pakai SSPN. Tapi Zaraa punya ni Encik Jack kata nak bukak akaun Tabung Haji aje. Ntah... Aku ikut je.

Alahai, surirumah blogstar yang menulis pakai keypad ni bila nak kena isi borang adalah sangat terhegeh-hegeh nak mengisi. Time macam ni la nak marah mak bapak yang bagi nama panjang-panjang. Tabung Haji dekat Perda tak ramai orang. Sekejap aje dah dapat nombor giliran. Daftar Haji hari ni, tahun jangkaan aku dapat pegi Haji nanti adalah 2058. 

2058?! Yes. Walaupun time tu umur kalu aku masih hidup adalah 77 tahun, aku tak nak mempersoalkannya. Bagi aku, bukan Tabung Haji, bukan kerajaan Saudi yang memberi jemputan. Tetamu Allah mestilah jemputan dari Allah kan. Serahkan saje padaNya. Takde sape yang boleh jangka apa yang bakal berlaku dalam masa 45 tahun lagi ni. Kalu ada rezeki, alhamdulillah. Kalu takde, apa boleh buat. Tengok angkasawan negara kita,tengok encik Jack umur muda lagi dah boleh buat Haji. Kalu ikut umur, mana mungkin. Tapi dah tertulis rezeki dia macam tu kan. That's why jangan persoal benda-benda macam ni. Bukan keje kita nak congak-congak boleh-tak boleh. Okay?!

Lepas setel daftar haji aku dan Adam, kitorang pegi Klinik dulu. Semalam Zaraa asyik terjaga uncomfortable breathing kot. Hasilnya, tak terbangun sahur lah aku pagi tadi. Mengantuk weh. Pagi ni pun macam mild fever. Adam dok batuk-batuk dari kampung lagi. Tadi kat Tabung Haji pun si Zaraa ni dok meraung-raung. Better bawak pegi klinik teruslah alang-alang dah keluar ni.  Dapatlah sekarung lagi ubat. Ubat muntah pun mintak terus tadi. Ada chan ubat-ubat lama dalam fridge aku tu aku sedekah ke tong sampah. Penuh dah satu pintu fridge. Zaraa kalu tak sihat ni mata dia sangatlah tidak bercahaya. Tak suka! Tak suka! Tak suka!

Balik klinik, bagi ubat kat budak-budak. Zaraa memang tido la most of the time. Adam memang hero. Makan ubat batuk pun tidur kejap je. Pastu segar bugar macam biasa jugak. Adoi la. Kalu dia tak tido memang takleh tido la orang lain. Oh makin kecik la Zaraa. Baru je nak lalu makan balik. Hadoiiii...

2 comments:

zahira said...

Klong pun tak gi daftar haji lg. Asik tangguh je nak gi buat.

Blog Diva said...

kaklong:pitih sako setoko ado tu buleh la daftar haji terus ;p buleh pahalo ko arwah skali ;p