Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, February 17, 2013

#994 Me Vs Terambik

Budak-budak tak sihat lagi. Tapi reverse effect dengan si penjaga. Tuan empunya yang makan ubat segar bugar. Yang sihat tak makan ubat pulak terjelepek. Adam suap ubat batuk pun kemain kebal nak tunggu collapse tu. Zaraa, lagi la. Makan ubat selsema pun menten lasak jugak dia. Aku jugak la yang dulu bertongkat mata tahan mengantuk nak tunggu diorang mengantuk. Kebal sungguh diorang ni. 
Zaraa alhamdulillah berkat suap ubat selsema dah tak berair hidung. Cuma batuk sikit-sikit je. Aku tak bagi pun ubat batuk. Suka hati mendoktor sendiri kan. Tengok dia tido macam biasa, so kira kes batuk terpencil la ni dan boleh diabaikan. Mommies out there sila jangan contohi aku. Aku memang anti sikit bagi anak makan ubat batuk. Adam dah 6 tahun, takpe. Yang under 2 years old, seboleh mungkin aku tak nak bagi ubat batuk. Nurse cakap ubat batuk warna hitam tu boleh bagi kesan terhadap pembelajaran kanak-kanak tu time dia besar esok-esok. Lembam, slow ke pebenda gitu la.
Kelmarin kat Tesco, terbantut usaha murni aku nak masuk kedai DIY. Biasalah. Setiap kali time queue kat cashier, aku akan bawak budak dua orang ni jalan-jalan dulu sementara tunggu encik Jack bayar. Kalu tunggu kat cashier sekali, buat serabut je sekejap yang itu ambik ini. Sekejap yang ini ambik itu. Makanya, aku pun heret la anak-anak berlibur ke DIY. Hahaha. Aneh sekali liburan place aku kan. Dah dekat nak sampai dah pun kedai DIY tu, tetiba Adam dok potpetpotpet sambil tangan sibuk sumbat something dalam poket jeans aku. Dia cakap dia nak tumpang poket aku since seluar dia takde poket. Disebabkan aku rasa benda yang disumbat itu agak aneh, maka aku pun raba la dalam poket aku.

Tetiba muncul sekotak sugus. Sugus?! Terpinga-pinga aku. Cepat-cepat heret bebudak ni pegi kat cashier balik. Haiyyo... Bila masa entah dia capai sugus ni. Tak bayar pun lagi. Nasib baik tak berbunyi alarm scanner Tesco tu. Buat malu je. Tak pasal-pasal kena cop muka pencuri. Time aku sampai kat cashier tu, encik Jack baru je nak bukak wallet. Nasib baik! Cepat-cepat hulur sugus tu kat cashier untuk scan. Muncung jugak la akak cashier tu. Alahai, malu weh! Nasib baik la aku cepat perasan. Kalu dah sampai umah, memang selamat la masuk perut anak aku benda tak bayar lagi ni.

Lepas tu memang panjang la kuliah ugama aku kat Adam. Tak sangka pulak dia buat macam tu. Memang la aku tahu dia bukan nak curi. Tapi cara tu sangat bahaya kan. Aku cakap kat dia leklok lain kali jangan buat camtu lagi. Apa-apa kalu nak, kena bayar dulu. Dia angguk-angguk je. Adeh la. Rasa failed pulak parenting.

1 comment:

Cikgi Diva :-) said...

Semua tesco ado diy ruponya....suko g diy byk bendo ngarut