Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, February 18, 2013

#995 Me Vs Beli Tanah Lagi!

Wheeeee!!! Bunyi macam beli tanah 3 ekar je kan... Kat Penang pulak tu. Ye, kelmarin saya beli tanah lagi. 3 kampit lima hinggit... Hihi. Nafsu gardening datang lagi. Satu hari di hujung minggu yang takde aktiviti adalah sangat membosankan. Makanya ayuhlah kami semua gerak ke nursery di Bagan Lalang. Saje je test line area sini pulak. Malas nak pegi nursery pokok kat BM nun. Main redah je jalan kat Bagan Lalang tu. Last-last terjumpa la satu nursery cina (semua pun cina yang konker kat Penang ni).

Nama pun nursery company Cina, anjing pastilah ada. Penjaga kedai la gitu. Bikin kecut hati aku je. Kuli kedai muka Melayu Indon. Entah Islam entah bukan. Mula-mula masuk kedai dah terlopong tengok hydrangea kaler pink. O-M-G!!!! Susahnya nak jumpa hydrangea pink. Ini dah depan mata rasa serba salah nak beli tak nak beli. Yang biru kat umah pun mogok tak nak berbunga dah setahun apa citer. Tanya kuli kedai tu, dia cakap harga dalam RM60 sepasu kecik tu. Tapi bunga ada 3,4 jambak la... Memang eyeball-dropping lah. Sakitnya hati. Nak beli tapi takut bila dah habis berbunga, start mogok jugak. Sangat lah tak berbaloi kan beli puluh-puluh ringgit. (bestnya kan kalu housewarming party guest hadir bawak hadiah pokok bunga dalam pasu siap berikat riben macam omputeh selalu buat tu...-I nak hydrangea tau!) 

Kelmarin lunch masak nasi ayam grill je. Nak suruh anak jantan aku ni makan kan. Dah lama benar dah tak makan nasi. Time orang sibuk masak, dia bukan main tak sabar nak makan. Ingat nak makan nasi ayam tu la. Rupanya dok nanti nak ratah bawang goreng. Bawang goreng aku kan kelas dunia sedapnya. Wakakakaka... Cepat-cepat aku sorok bawang goreng tak nak bagi dia habiskan. Buat bawang goreng bukannya susah. Tapi time consuming kalu nak buat dia betul-betul garing dan tahan lama. Aku kan selalu goreng untuk buat stok berbulan-bulan. Kalu letak botol tu depan mata dia, memang sekelip mata pun buleh habis. Macam makan nasik la bawang goreng tu dia makan. Punya la sedap kan.

Ayam kelmarin tu aku grill aje. Saje gatal nak jimat minyak. Rasa lebih kurang je. Nasi ayam tu encik Jack dengan Adam je makan. Aku makan nasi putih yang tak habis malam sebelum tu sama dengan pucuk ubi celur plus gulai nangka plus ikan kembung grill cicah budu. Noona budu style! Pehhhh... Tapi semua tu ubat sakit urat.. Wahahahaha.. Mentang-mentang la batu tungku ada, suka hati je kan makan benda-benda sakit urat ni. Selera datang jarang-jarang sekali, aku ikutkan saje lah... Hihi... Wah terliur pulak aku sebut pasal pucuk ubi celur ni... Tempoyak takde. Kalu ada, buleh gak aku godek resipi masak tempoyak pucuk ubi... Meleleh air liur... Stop! Stop! Stop! 

Nik Pareh, Puan Menteri tengok doh ko sport rim baru mu ni? Meh aku batu api sket.... Wakakakaka... Kepada Puan Menteri, silalah lihat harta Nik Pareh yang terbaru ni. Orang Kaya Apal kasi special price. Rim sport baru sempena nak sambut baby baru kot. Moga-moga dapat baby boy la. Kalu baby bunga pulak kali ni, mu tukar buh sport rim power puff lah!
Oh aku ada projek besar berkebun kali ni. Tadi dah test line. Tapi berkebun menjadi 10kali lebih sibuk dengan adanya budak mata besar ni. Tido pulak time orang nak masuk opis memasak pulak. Bila lah aku buleh gardening dengan aman. Gardening can beat stress they said. Tapi makin stressful buat keje dengan semek mata bulat ni. Gaya marah aku tu macam aku pulak yang kacau dia buat keje. 

Oklah. Time to cook. Oh hey lupa nak citer semalam tukar curtain dapur. Curtain ihsan orang bagi kan banyak tak gantung-gantung pun lagi. Semalam tu sesambil turunkan yang asal untuk cuci (oh my after setahun plus baru nak cuci ke Blog Diva??? ewwwwww pemalasnya kamu!), aku gantung la yang lain. Tukar-tukar angin kan sesekali. What a big different it makes. Tiap kali masuk dapur whhhhaaaaaaaa... rasa aman makmur je... (dengan syarat budak mata bulat tu tak join skali lah) Teduh la sikit dapur aku. Sekali tengok macam lingerie pun ada curtain dapur aku. Hahahahaha! Nanti prebiu next time la. Tak sempat nak snap-snap. Biasa je pun. Aku je yang exaggerate macam biasalah! Hehe...

Masak! Masak!

3 comments:

jie @ azie said...

chaiiyokk blog diva..lagi 5 post utk ke angka 1000..bravoo..bravoo mek

Hasnor said...

ahahahahah...dasyat dih..sedap2 ati jah g beli tanah ;)

nk tanam pokok gapo tu?

daisy aku cemerlang weh..hihi..i like.
so aku sero aku yakin bleh try tanam hydrangea plak..hihi

Cikgi Diva :-) said...

Syioknyo bercucuk tanam.....bilo la tanganku ni nok rajin....pls pls tjuk ur new curtain itewwwww