Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, February 23, 2013

#996 Me Vs 4 Posts Je Lagi

Emm tinggal 4 entries lagi ye. Makin hampir ke entri keramat (#1000), makin blank nak menceceh pasal apa. Aku ada mintak cadangan dengan kamu-kamu pembaca free aku ni kan. Tapi yang bertuahnya cuma Jie sorang je yang suggest. Sorry Jie, pokok-pokok umah aku ni sekarang tak memberangsangkan. Tengah dalam proses re-pot-ting mostly. 
See pokok hydrangea aku ni. Senor tak percaya aku kata pokok ni dah tinggi dari aku. Sila saksikan sendiri.  Aku rasa kesabaran menanti pokok ini berbunga kembali after a year dah tergugat. Mari kita cantas! Ternyata baja-baja yang aku kasi tu hanya pegi ke daun aje. Bunga langsung tak keluar. Batang sikit punya besar dah sekarang ni. Bye-bye lah pokok. This need to be pruned immediately. Makin lama, makin subur je daun. Bikin hati aku berasap aje.
Ini pulak hasil keje tangan anak dara aku. Tak boleh imagine lah kalu dia buat macam ni kat bunga hydrangea aku yang payah nak berbunga tu! Haiyyo... Sangat tak senang duduk aku kalu lepas budak bertuah ni makin kat porch. Ada aje yang dia nak belek. Tangan ganaz pulak tu. 

So, Jie... Nanti bila pokok-pokok aku dah jangok dan presentable, aku akan dedicatekan satu entry khas buat mu. Ecewah. Tapi bukan dalam entri keramat tu lah. Haih, tatau nak post pasal apa. Hopefully entry ke #1000 ni akan terkarang sesuatu yang menarik dan memorable lah. Special kan entry ni konon-konon. Semoga Allah bagi idea yang menarik lah untuk aku boh kat sini. 
Tuuu... curtain baru. Baru gantunglah.
Kelmarin sekali lagi encik Jack terlupa ambik Adam balik sekolah. Siap balik umah kul 6 tu tak sedar-sedar pun Adam tak balik lagi.

Aku: Aik... Adam mana?(sambil intai dalam keta)
Dia: Adam? Entah... Mana ada sini... (buleh pulak dia jawab cenggini kan)
Aku: Eh you tak ambik dia ke?
Dia:Eh Adam?! Oh lupa arini hari Jumaat!!!!!!
*start keta balik terus vavavooom pecut gi ambik Adam...

Nasib baik bukan last. Ramai lagi parents tak ambik kat transit tu. Bila ambik Adam pun dia hepi je dok ngan kawan-kawan dia. Kalu aku dulu, tiap kali Puan Menteri ambik aku lambat mesti aku nanges. Bukan sebab takut ke apa. Saje je nanges sebab geram lambat sampai. Hahaha.. Dari kecik lagi memang tak suka menunggu.  Dan tak suka jadi orang terakhir balik. Diva! 
Dalam takde-takde idea nak mengarang ni kan, 2,3 hari lepas saje gelenya marathon I Miss You. Sape dah tengok. Rini mu tengok dok? Lakonan bekas bakal kakak ipar tak jadi aku tu mesti lah aku tengok. Akhirnya jumpa jugak aku satu citer yang ada 'soul'. Ada tu ada. Tapi deep down inside my heart rasa citer tu tetap cacat. The flaws are everywhere... Tapi ok je. Aku suka. (walaupun!)

Kelmarin disebabkan Adam takde maka aman damai la rumah aku sepetang tu. Zaraa pun tido sikit punya lama. Bestlah aku marathon 9 episod (yes 9!) back to back. 9 jam tercongok depan laptop (ye aku masih di zaman Jepun) adalah meletihkan. Imagine 9 hours plus. Mata pun kepandaan! Lebam! Hahahahaaaa... Tengok melodrama macam tu lah. Sakit hati sebab lembab. Hero pun lembab. Tapi sedap. Hahahahaha.

Satu citer dah lepas. What's next ye. Level 7 Civil Servant kena tunggu complete semua baru aku nak tengok. Tak nak jadi macam Bridal Mask. Sakit jiwa nak tunggu tiap minggu release 2 eps je tu. That Winter the Blows pulak nampak macam best. Tapi tengok hero mesti  teringat kat lakonan dia jadi gay, lelaki simpanan maharaja dalam Frozen Flower. Ewwwww!!! Tapi ada Kim Bum dalam citer tu. Wonder kenapa Kim Bum ambik projek jadi pak pacak aje skang ni. Muka hensem. Tapi tak pernah jadi hero. Apa la.
Haih, skang ni kan kalu cakap pasal healthy eating ni kan, tatau apa yang selamat sebenarnya. Semua benda pun menyumbang pada kanser. Patutlah kan ramai kena kanser skang ni. Jaga pemakanan pun tetap tak boleh elak jugak. Benda ni macam nasib jugak lah nak kena kat sape-sape. Aku cakap macam ni sebab aku dah tengok ramai orang yang aku kenal jaga serba serbi pemakanan, lifestyle tapi tetap kena jugak kanser ni. Scary kan?

Tengok kat fesbuk tadi cakap sotong kering is unsafe to consume sebab ada kandungan cadmium and other heavy metal yang tinggi. So does ikan bilis, udang kering. Sotong kering tak kisah sangat sebab memang tak beli pun.. Tapi ikan bilis? Semua yang 20 tahun lepas dikelaskan sebagai berkhasiat  dah kena tukar istilah dah. Hoho... Ikan biasa pulak mostly depa cucuk ubat awet mayat. Daging pun penyumbang pertumbuhan sel kanser. Pasta, jagung or any kind of food yang dihasilkan dari tepung pulak dikhuatiri dihasilkan dari genetically modified food. Memang mostly pun! Haiyyoh... Pastu kita nak makan apa? Orang kaya buleh la buat akuarium air masin besar-besar, beli garam banyak-banyak pastu bela segala jenis ikan laut dalam sendiri. Tenggiri, kembung, pari, cencaru, selar kuning, bawal, nyok-nyok... Tak payah beli. Terjamin lah kan takde heavy metal. Itu orang kaya buleh la buat. Kita yang tak berapa nak kaya ni cemano? Duduk pun umah teres je. Nak bercucuk tanam sara diri mana la muat... Something good to ponder perhaps?

Bila dok sorang-sorang aku pikir jugak... Semua makanan fresh skang ni adalah menakutkan. Sampai tak tahu nak makan apa. Segala-gala rasa tak selamat. Tawakkal aje la kan.

2 comments:

Anonymous said...

mek tehhhh adalah tak senonoh buh gambar tuan puteri tok paka suar! hahahahha siau la

weh mu tane la bendo hok buleh makei instead of pokok lagu tu. tanam la bertingkat2 hahahahha

er i watched I miss you too tp tak habis..sedihhhhh
suko tgk Yeo Jin-Ku & Park Yoo-Chun..hmm ensem la Micky..suko suko suko..raso nok gi kuria cari yr abe ipa! hehehehe
-kakak-

Blog Diva said...

umoh aku shady sgt. pokok buoh nok lots of sunlight. tanoh pun x cukup. memei x sesuai tanei pokok buoh. pokok bungo pun toksei bbungo. sohko nok tubik buoh.