Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, February 25, 2013

#997 Me Vs Another Day To Live On

Bukan breakfast hari ni. Hari ni aku posa lagi. *Yawnn... Bila tiba separuh jalan nak mengabihkan posa-posa ganti ni, mula la goyang. Rasa malas je. 2,3 hari lepas memang selera makan makin berkurang. Gastrik pun ada sikit-sikit tapi alhamdulillah managable. Bila takde food project ni rasa downlah nak ke dapur. Kesan tengok citer korea secara obsesif pun ye. Hihi. Menghayati ye-ye macam aku heroin dalam citer tu.
Adam baru belajar menggunting. Ye. 6 tahun baru aku ajar dia. Aku tak tahu kenapa, dah lama aku tengok dia macam tak selesa je dengan tangan dia sendiri. Segala-gala keje yang nak kena buat dengan tangan dia kekok. Aku paham. First timer dalam apa-apa hal pun mesti la kekok kan. Entah la. Dia ni macam tak suka nak guna tangan dia. I mean, jari dia la. Budak-budak prematue yang pernah gangrene tangan macam ni ke? 
Jadi, kelmarin bila dapat gunting tu dia seronok la mencuba benda baru. Baru je lepas vakum satu rumah tengok dia buat sepah hasil guntingan tu terpaksa diamkan saje. Orang baru dapat talent baru kan. Mana buleh potong stim. Sokongan moral la ni. Dia kidal. Aku pulak right handed. Terkial-kial jugak nak mengajar dia. Aku ajar tangan kanan jugak. Haha.. Tak reti la nak terbalikkan ke tangan kiri. I don't know how my left handed friends use their scissors.. Bravo lah kepada yang kidal. Ke memang ada gunting khas untuk orang kidal?

Zaraa makin kecik. Muka. Sebab rambut makin menyubur kan. Encik Jack bilang mao beli hair gel. Tapi tak beli-beli lagi. Kalu dah ada tu buleh la buat spike kat atas kepala. Dah tak seksi dah dia skang ni. Kurus je. Auta makin upgrade. Kalu orang marah dah pandai tukar topik. Tido sekali je siang hari. Pagi dah bangun awal. Malam tetap Cinderella.

Tadi masa tengah gardening (lah sangat), jiran Cina sebelah umah aku ni tegur masa dia tengah panaskan enjin keta. Dia remind aku suruh hati-hati dok sorang-sorang kat porch ni. Jiran aku ni tiap pagi cikgu sekolah anak dia akan datang jemput anak dia. Kira jiran aku ni hire cikgu tu la. Baru ni, time cikgu tu datang jemput anak dia nak pegi sekolah, jiran aku bukak la autogate dia sambil tunggu anak dia pakai kasut. Cikgu tu park keta depan pagar betul-betul. Dia unlocked la semua pintu keta, tetiba datang budak Melayu ragut handbeg dia sekelip mata. Dia lepas la... Nasib baiklah cikgu tu datang dengan keta lain dari yang biasa dia bawak. So, segala harta berharga dok dalam keta asal. Cash dalam handbag pun tak banyak. So, tak hilang apa sangat la selain IC.. Sigh..

Itu pagi-pagi hari tu. Laki jiran aku tu baru je keluar pegi keje. Budak tu memang dah perati lama kot. Sebab memang rutinnya macam tu la. Cikgu tu sampai, park depan pagar, bila jiran aku bukak pintu, dia terus unlocked pintu keta, keluar nak ambik anak jiran aku. Time tu la dia datang meragut. Haiyooh.... What's wrong with this people. Semua nak kaya cepat. Tak kaya-kaya jugak pon!

Aku skang ni selalu jugak turun jemur kain tak kira masa dengan Zaraa. Lepas jemur kain, tunggu Zaraa main kat porch tu. Memang sunyi la. Lepas ni memang tak boleh nak bebas-bebas bagi anak-anak main kat porch dah. Sialan sungguh. Dok umah sendiri pun tak selamat dah skang ni.

Itu tak selamat bab snatcher. Jiran baru aku baru pindah masuk bulan lepas. Yang ni datang dengan Rottweiler. Besar tak hengat la anjing tu. Aku rasa setakat nak lompat pagar tu kentut je la bagi dia. Kelmarin tuan dia bawak keluar. Ada la tali. Kebetulan jugak kitorang keluar jalan-jalan ke perumahan Melayu yang bakal diduduki minggu depan ni. Bulat bijik mata Rottweiler tu pandang kitorang. Memang nak terkam ke arah kitorang la. Tuan dia hins hins hins nak tarik dia tak nak bagi lari kat kitorang. Fulamak.... Tak buleh ke bela chihuahua ke poodle ke apa... Kecut perut aku. Suka tenung orang pulak tu. Jangan sampai terlepas sudah la. Ikat kemas-kemas ye tuan anjing.

Perumahan Melayu tepi ni ni dijadual dapat kunci minggu depan. Cepat-cepat lah masuk. Takde la aku rasa macam dok kat Hong Kong kan. Tahun ni rasa meriah la sket Ramadhan ada orang Islam ramai dekat-dekat ni. Surau pun ada. Hidup la sikit semangat keislaman... Hopefully! Tapi bila dah ramai ni, jem la pulak time ofis hour tu.... 

Sudahlah menceceh.. Nak mandikan Zaraa. Daaa~~~


2 comments:

zahira said...

Hebat jugak kes-kes kat area situ. Almaklum la umah besar2 kot.

Cikgi Diva :-) said...

mmg ado kedai khas untuk org2 lefthanded...finally, aku berkesempatan jugok mengomen :-)