Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, February 26, 2013

#998 Me Vs Cik Mek

Ahaha muat!
Nak keluar-keluar skang ni dah rasa seriau. Turun jemur kain pun time encik Jack nak pegi keje. Angkat kain, tunggu encik Jack balik keje. Buang sampah pun macam tu jugak. Nak lepas anak-anak main kat porch pun dah tak berani. Zaman-zaman macam ni, pemberian barang kemas sudah tidak melambangkan kasih sayang. Makin membahayakan nyawa ada lah.  Jiran Puan Menteri, tengah hulur pingggan kuih kat jiran sebelah pun sempat lagi kena ragut rantai kat leher dia. Siang hari la tu. Scary kan.
 
Kelmarin posa kan. Berjejesan air liur tengok Zaraa hadap mini corneto 2 bijik sekaligus. What an ice cream monster she is. Masa dia tido, online belek resipi. Baru ni beli ubi stelo kat Tesco. Wah.. Stelo kau! Stylo je sebut kan. Ubi keledek la dalam bahasa kau. Bahasa aku ubi stelo. Teringin nak makan cik mek. Dulu pernah try buat cik mek sekali masa Adam kecik-kecik. Tapi tak berapa menjadi. Entah terlebih apa, lupa pulak. This time aku try lagi.
Nama pun amatur kan. Memang cacat sana sini lah. Aku memang failed bab seal mengeseal ni. Semua cik mek aku leaking air gula. Tak pandai la nak tepek tak nak bagi bocor tu. Ke sebab kurang tepung ek. Berkilat-kilat semua. Hahahaha... Tapi rasa ok lagi. Encik Jack komplen kurang tepung. Tapi mulut aku rasa ok je. Memang la kurang sket compared to yang jual kat kedai. Tapi ok what makan lebih fibre. Ngeh ngeh ngeh... Baguslah untuk perut budak-budak ni. Zaraa nganga aje tiap kali suap cik mek ni. Siap marah aku  lagi kalu lambat suap dia. Kihkihkih... Sampai tengah malam aku suap pun dia nganga... Memang sedap kot mommy buat! Dari 4 bijik keledek yang aku guna tu dapatlah 17 bijik cik mek yang gomuk-gomuk. Saje buat besar-besar. Tak payah gentel banyak! Hahaha... Malas kan. Aci nak cepat siap aje. Letih le, tengahari tu lunch buat ayam percik. Makanan di hari aku posa lebih meriah dari hari tak posa. Sila tahu.

Masa gooogle cari resipi cik mek ni, tengok gambar cik mek yang blogger-blogger tepek semua nampak cantik je. Saiz pun semua sama je seragam. Cemana ek diorang buat. Tangan aku ni memang buleh buat benda unik je. Benda nak bagi sama aku tak reti. Hehe. Tak kisah la kan comei ke huduh cik mek ni. Yang penting masuk perut. (masuk cantik-cantik pun keluar huduh jugak...{ewwwwwww!!!}) Desperate nak makan kan. Kalu dekat-dekat ni ada orang jual petang-petang tobat tak rajin nak buat dah aku. Beli je senang. Ni kes terdesak la ni.. Tapi bagus jugak kan. Sebab desperate lah aku jadi tahu nak masak macam mana. Ilmu, ilmu. 

Kelmarin jugak disebabkan rasa insecure nak bagi Adam main basikal kat porch, aku ajak la dia main bok choy stamping.. Huhu... Memory remains! Kecik-kecik dulu kelas pendidikan seni kan cikgu ajar buat potato stamping. Potong potato tu shape dan corak yang kita suka. Pastu dip in water colour and cop ke kertas.. Macam tu la aku buat kelmarin. Tapi pakai umbi bok choy aje (it makes pretty roses stamping). Sayang la kan nak mengorbankan potato yang nak guna untuk masak tu. Water colour takde, aku guna food colouring aje. Pewarna merah sirap, hijau pandan dengan biru untuk buat nasi kerabu tu. Grand dah tu bagi dia. Booooleh la. Mainlah dia sorang-sorang time Zaraa tido tu. 

Sebenarnya memanglah bagus buat indoor activity macam ni untuk rangsang kreativiti anak-anak. Tapi being me as a neat freak, memang malaslah nak handle the aftermath. Kesian kan budak-budak ni dapat mak macam aku. Hahahaha... Tengoklah macam mana. Benda ni depends atas rajin malas aku jugak. Posa-posa ni memang tak larat la nak buat keje extra tiap hari.. Hihi alasan. Terbaek.

Semalam teringat kat batu tungku yang Wanita Pertama Melor bagi masa balik aritu. Hujan-hujan ni syoklah bertungku kan. Letak atas stove 2 minit, wrap dengan kain, dok kat wing chair tu diam-diam buat hot reflexology sambil tengok Nujum Pak Belalang..  Zaraa pun terliur nak bertungku sama. Hihi.. Cute la dia. Sengih-sengih dapat bertungku dengan aku. Kecik-kecik dah jaga peranakan. Good, good. Memang sedap la rasa lepas tu. Hanya pesakit sendi aje yang tahu betapa selesanya lepas bertungku. Dap, dap...

Malam ni buat lagi lah. Kena cari masa yang terbaik la. Semalam elok-elok kaki aku dah hangat (tapak kaki aku most of the time memang sejuk) Zaraa kareb la pulak kul 10 tu... Hekeleh.... Dah sedap-sedap kaki kena masuk bilik air sejuk-sejuk pulak. Potong stim betul la budak ni. Makan lagi cik mek tu kan.... Fibre katanya kan... Kareb la kan....

Malam ni try lagi. Aja! Aja! Fighting!


2 comments:

Anonymous said...

huh comeinyoooo che mek! terliur tgk! kejam kejam..nok buat malah + tok dea..huhuhu balik kb nok makei la
:-pppppp

comei budok zara dale baldi! hahahhaha apo la mommy!
-kakak-

zahira said...

Kalo x nak bg gula kuar cek mek tu lps gentel terus goreng.