Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, March 11, 2013

#1000 Me Vs The Epic Entry

Kononlah. Setelah sekian lama hold nak tunggu good things atau perkara menarik terjadi untuk dikongsi dalam entry keramat ke 1000 katanya, last-last takde jugak perkara menarik yang berlaku. Tuhan tak izin. Mintak idea pun Jie sorang je kan suggest. Tapi pokok tak presentable pulak skang. Yang ratus-ratus lagi pembaca curi ni keje korang baca je la ye. Jadi mau citer pasal apa ye yang istimewa dalam entry yang sungguh istimewa ini? Or should I skip this entry and leave it empty content untill berlakunya something special baru update? Or?

Sebab aku tahu memang takde sorang pun akan jawab kan, oklah kita citer pasal aku ikut encik Jack pegi Shah Alam minggu lepas je la. Ini lebih kepada catatan peribadi sebenarnya. Sape nak baca or tengok dipersilakan. Kisahnya, Rabu lepas ( 6 Mac 2013) Encik Jack kena turun Shah Alam sebab esoknya tu (7 Mac 2013) dia ada meeting kat UiTM sana. Aku dalam dilema sebenarnya nak ikut ke tak. Kalu tak ikut, aku boleh la posa. Tapi kalu tak ikut, tahun ni je la last. Tahun depan Adam dah masuk sekolah takleh nak ponteng-ponteng dah. Grab je la peluang nak makan angin free ni kan. Hotel dah orang sponsor. Bila lagi. Ok, aku ikutlah. Bertolak lepas Adam balik sekolah Rabu tu. 
Stop isi minyak tu aku turun la beli stok makanan nak makan dalam bilik sementara nak tunggu encik Jack habis meeting esoknya tu. Belum apa-apa, dalam keta dah bukak. Geli hati tengok Zaraa makan bun ni. Semua lubang udara dalam bun ni dia tampal dengan roti tu sendiri. Kutis kat sini, tepek kat sana. Sampai dia puas hati. Ada idea pulak dia ye.
Singgah R&R apa entah yang ada satay kajang tu, makan and tapau sikit untuk makan dalam bilik. Semayang Asar, bagi bebudak main kat playground sampai tukang jaga pun berpeluh-peluh, then terus hala ke hotel UiTM. Ni second time aku datang. First time dulu Adam takleh merangkak lagi. Kali ni sedih sikit. Sebab lif hotel rosak. Panjat pakai tangga aje. Diorang dah inform kelmarin lagi, makanya kitorang packing light je la. Brief stay je kan.

Bilik kat sini sedih la sikit compared to Quality Hotel yang boleh main golf perasaannya dalam bilik dia. Dapat bed yang single-single 2 ketul pulak tu. Nasib baik lantai diorang pakai kapet. Takde la sejuk bebudak ni nak tidur malam. Bilik air pun cinonet je. Wonder cane orang yang plus size mandi dalam tu. Aku yang kiut miut ni pun mandi tegak je takleh nak splash and dash sangat. Benda free ni kita takleh nak komplen sangat ye Blog Diva! ;p

Benda pelik dalam bilik ni bagi Zaraa adalah this mini fridge. Memang bukak tak tutup-tutup lah. Mainlah sampai puas takde sape nak marah. Harta hotel kan! Lagi satu, tv. Orang nak tengok berita pun tak senang. Kejap-kejap ada la tangan comei dok tekan-tekan tukar volume dengan channel. Hangin mak! Last-last mak koya je la.

Malam memang tak keluar la sebab dah tapau satay siap-siap. Makan je dalam bilik diam-diam. Dok dalam bilik sempit ni memang boring la bagi bebudak ni. Kitorang kan mana ada ipad. 
Esoknya, encik Jack meeting awal pagi. Katanya kul 9 lebih habislah. Tapi sebab dah selalu terkena, aku tak  hirau sangat la ayat itu. Takde maknanya meeting sejam. Memang betullah. Lepas tu sms aku kata kena attend meeting lain pulak. Kan betul instinct aku. Apa la aku nak buat nak tunggu sampai kul 1 ni... Kelmarin ingat nak jumpa Zulaikha kat sini. Dia buat Master kat UiTM ni. Tapi dia ada kelas sampai kul 1. Memang tak sempat la nak tunggu dia. By the time dia keluar kelas, aku dah kena check out. Takde jodoh la nak jumpa dia after 19 years tak jumpa. Sobs... Lenkali la ye Zulaikha.... Zulaikha ni ada something special about her yang aku takleh nak citer kat sini. Atas sebab tu la aku nak sangat-sangat jumpa dia. Tapi tu lah. Tuhan tak izin.

Kul 12 lebih encik Jack setel meeting. Terus cek out and head to KLCC. Encik Jack bawak kitorang pegi Aquaria! Yay!!! Kat Penang lagi dok berhajat nak pegi Aquaria. Aku ikut je nggggeeeee... Nak tengok jugak kan yang orang dok canang-canang menarik tu. Pegi dengan perut kelaparan (thanks to the person yang menghabiskan satay semalamnya tu. Kalu reserve kan bagus, lapar-lapar buleh makan sementara tunggu orang tu habis meeting) Dalam kepala dok terbayang nak makan fish and chip. Makanya teruslah berlari naik ke food court dengan harapan tinggi menggunung nak makan tu. (berpandukan pengalaman 10 tahun lepas) Rupanya sekarang ni food court tingkat 2 tu dah tak macam dulu. Tak jumpa la fish and chips. Malas nak cari-cari food court tingkat lain, layan mekdi je lah. Kesian kan. Lapar sangat punya pasal. Datang jauh-jauh makan mekdi je.

Lepas makan, terus hala ke Aquaria. Punya la pegi dengan takde ilmu pasal Aquaria ni, tak tahu pun sebenarnya ada underground tunnel terus ke Aquaria dari KLCC tu. Berjalan la menapak ikut tepi kolam luar KLCC tu. Kahkahkahkah.... Takpe la. Niatkan aje nak bawak anak jalan-jalan tengok view tasik KLCC. Wakakakakakakaaaa. Memang pegi dengan zero knowledge la. Nak sms tanya-tanya orang pun malas nak buang masa menunggu reply. Masin redah je ikut kaki nak bawak. Last-last dok pusing-pusing buang karan je. Oklah, last-last manage to find jugak. (after episodes of hins-hins-hins lah)

Tanya guard situ sini, finally sampai jugaklah kat kaunter tiket nak masuk Aquaria tu. Total 4 beranak adalah RM104. Je. !@#$%^& Wakakakakaaa... Memang dah tahu harga dia. Saje je rasa tak puas hati macam ikan tu tak payah makan je, instead bagi minum air semata-mata.
Maka masuklah kami 4 beranak. Belum habis selengkok, henpon orang tu asyik berdering je. Huk aloh, makan angin dengan orang on call macam ni lah. Aku dengan Adam dah sampai ke tunnel, tunggu dia dengan Zaraa tak sampai-sampai lagi. Sebab tu gambar tak banyak. Anak-anak aku ni, takde feel pun tengok ikan. Biasa-biasa je la. Orang masuk, dia pun masuk.
Satu perkara yang susah bila nak tangkap gambar 2 perkara yang saling tak duduk diam ; ikan dan anak aku. Hasilnya, banyak gambar yang blur. Ikan tu dah sah-sah tak berhenti bergerak kan. Lagi satu, dalam tunnel tu sempit sangat. Nak tangkap gambar pun asyik tersekeh orang sebelah aje. Time aku dalam tunnel ni tatau la sape yang melepas. Hazab hokei! Dah la nak lari keluar tersekat dengan segala macam manusia yang sibuk nak menangkap gambar. Ini kalu lepas dalam air ni, memang semua jaws pun buleh timbul perut ke atas ni. Dahsyat. Biru muka tahan oksigen nak combat bau kepam yang terlepas tu. Tolonglah jangan melepas dalam tunnel ni ok!
Kebetulan kitorang dok dalam ni kul 3 lebih. Memang feeding time diorang la ni. Dapat la tengok diver dok bagi makan ikan-ikan. Ada sekor pari besar tu dok harass diver tu nak makanan. Padahal dah makan. Free-free je kena sekeh kat diver tu. Wakakakaka... Padan muka berebut makanan sape suruh. 
Habis tawaf dalam tu, terus bertolak balik Penang. Sangat la singkat makan angin kan. Takpe, orang nak bawak pun dah kira bagus dah. Tima kasih ye encik Jack sebab sudi bawak kitorang jalan-jalan. Memang kena bawak pun sebab kat sini tiap minggu pun asyik kat umah je kan. Masa singgah R&R Semanggol tu Adam gi ambik wuduk sambil nyanyi lagu ambik wuduk yang dia belajar kat sekolah. Memang berjaya la menarik perhatian orang-orang dalam surau ni. Masing-masing senyum je. Punya la kuat nyanyi tu kan. Tapi lepas ambik wuduk tu terus keluar lari-lari. Hahaha... Semayangnya tak. Ustat wuduk je dia ni.
Ni pulak anak dara aku. Pantang jumpa tiang mesti nak main cikucak. Mana belajar entah. Adam kecik-kecik dulu pun camni jugak. Am having fun listening to her cute voice saying 'Cak-aaaa, cak-aaaa'
Sampai Penang dekat kul 10 malam. Singgah Subaidah je senang. Aku masih berair mulut nak makan fish and chips. Last-last dapat la makan kat Subaidah walaupun! Perut dah lapar, semua pun habis. Tapi tak puas hati lah. Kena masuk Manhattan Fish Market pulak la kot bila-bila.
Zaraa skang ni suka nak melaram dah. Jumpa beg door gift pun disauknya ke lengan dan berlenggang kanggung macam macik-macik shopping. Suka nak pakai sepit rambut dah skang ni. Serabut benar dah kot dengan rambut mengerbang dia tu. Bila aku sepit rambut dia, terus pegi depan cermin sambil sebut 'amei-amei' means comei, comei la... Bagusla tu. Kalu ikut tak jangok macam aku payah pulak kan.

1 comment:

Kutubkhanah SMK Tekek, Pulau Tioman said...

aquaria mana best. meh mari tioman nih.. leh mandi ngan ikan lagi..