Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, March 12, 2013

#1001 Me Vs Plan-Gone-Wrong-Week

Apasal la minggu ni kemalasan adalah maksimum. Semua rutin harian asyik bertangguh. Plan semua lari dari jadual. Dah berapa hari dok bertangguh iron baju. Hasilnya, makin bertimbun la baju seluar keje bos aku belum setel gosok. Yang berlonggok dalam bakul tunggu nak lipat tu toksah citer la. Masak pun blank. Dari minggu lepas lagi asyik mengelat posa. Nak-nak pulak skang ni banyak malam dah Zaraa terbangun batuk-batuk, nangis dan muntah. Memang tido terganggu la. Siang hari pun asyik menguap aje. Segala-gala keje pun malas. Malas-malas-malas. Apa la nak jadi. Rasa nak goyang kaki aje bermalas-malas, surf internet, tengok ceramah politik waima ceramah UAI, anak berak pun tak payah basuh, anak nangis pun buat tahu, anak cakap pun buat tak dengar, rasa lapar je bukak mulut kasi arahan suruh orang masak... Sebijiklah macam yang orang perlakukan aku. Tapi tak buleh sebab aku tak keje kan.

Kadang-kadang aku curious jugak. Satu hari aku buat eksperimen yang memakan diri. Haha. Statement kan.   Konon nak tahu la betul ke tidak aku dok umah tak buat keje. Memang la kekadang terasa lepak sangat siap buleh tengok movie bagai kan. Maka satu hari tu aku pun dok rilek je la. Pinggan tak basuh, anak makan tumpah tak kutip dan lap, mainan anak yang bersepah aku buat tak nampak je, tempat tidur tak kemas (yang ni paling susah ni sebab aku paling pantang katil tak indah), botol susu tak kutip cuci dan semua la. Tak payah la nak citer apa hasil akhir eksperimen aku tu. Mesti boleh agak kan. Last-last diri sendiri rasa nak menyumpah la sebab buat eksperimen menghancurkan diri macam ni.

Kesimpulannya, memanglah aku ni nampak melepak aje. Tapi sebenarnya banyak keje yang aku buat sehari-hari. Bila buat memang tak nampak. Bila tak buat baru la perasan kan apa sebenarnya keje aku tiap hari yang semua orang kata takde keje tu. Aku tak rasa diri aku rajin. Tapi aku ada tabiat, kalu aku lalu satu-satu tempat, tangan akan grab sebanyak yang boleh benda yang need to be done. Sambil-sambil lalu nak pegi dapur kalu nampak ada gelas kotor, kertas bebudak ni carik-carik, botol susu, semua aku sauk sekaligus. (i bet others pun camni la jugak kan) Mana yang boleh satukan dalam satu-satu masa aku buat. Jadi, takde la nak ulang alik buang tenaga sedangkan boleh buat sekaligus. Agaknya sebab tu la banyak masa buleh save. Encik Jack selalu kritik aku buat keje tak setel satu-satu. (sebab i end up lupa nak sudahkan keje-keje) Ye, betul. Sebab ada 1001 keje need to be done by me. And I'm greedy to finish it ASAP. Kalu aku tak buat, takkan Zaraa yang buat kot? Dan disebabkan surirumah yang 'takde keje' ni lah, gaji tak payah bagi, hak-hak lain pun dinafikan... Kesian betul surirumah. Ini entry biasa je. Bukan berunsur serangan peribadi ye. No hard feelings ok.
Selingan: Pernah pegi kenduri dapat door gift serbuk kopi dengan tepung beras? Hihi lucu lah kat sini. Zaraa suka benar beg door gift ni. Isi hotwheels penuh dalam. Sauk ke lengan jalan ke hulu ke hilir tersenggeng-senggeng. Mana la tak hangin si abang. Lucu banget dowh.. 
Pegi pasar baru ni ada betik putik. Aku beli la dengan harapan nak buat somtam. Pemarut kelapa takde, aku pakai cheese grater aje. Sebab tu parutan aku pendek-pendek macam ni. Nise genyeh dah habis, mak pakai gula biasa je. Kacang panjang, kangkung dengan tomato aku tak buh. Saje, tak suka. Hasilnya dah memang sedap pun. Tapi rupa tak semegah la. Pucat je. Yang penting, encik Jack angkat ibu jari. Aku guna setengah je betik ni. Ini pun dah sebesen dapat. Makan berpeluh-peluh pedas. Padahal buh 2 bijik je cili padi. Setengah lagi betik tu aku jeruk. Takkan nak buat somtam lagi esok. Yang ni pun entah bila buleh habis. Belum tentu lagi esok tak cirit. Haha. Lagipun takut esoknya betik ni makin lembik, tak sedap dah la. Makanya aku jerukkan aje sama cuka, gula, garam... Nyamnyam... Hepi perut dapat makan makanan idaman. Wishlist nak makan fish and chips belum tertunai. Durian crepe pun. Pegi Tesco, petang baru nak jual. Kat Carrefour langsung tak jumpa. Awat la susah sangat nak jumpa rezeki idaman hati kat Penang ni. Kat Kelantan jugak la maveles. Pavlova pun jual tepi jalan je. Sini hado? Tak hado!
Semalam kan, aku buat paper origami. Bikin perahu kertas. Kecik-kecik dulu, pejam mata pun fasih je lipat-lipat-lipat terus jadi. Semalam, after almost 25 years tak buat, memang tak ingat dah. Tengok tutorial kat youtube pun terkial-kial jugak. Betapa semua ingatan sudah terkubur. I bet budak-budak jaman la ni berapa kerat je pandai buat ni. Pandai tekan ipad je tahu. Ini perahu kertas aku. Tapi aku rasa lain macam je. Mesti ada silap di mana-mana. Kena try sampai jadi betul la. Dari kecik sampai dah tua ni pun burung dengan bakul aku tak reti-reti lagi nak buat. Kodi sungguh Blog Diva.
Balik dari KL baru ni, kat Discovery Channel ada tunjuk proses pemindahan whale shark dari Taiwan ke Georgia. Dalam hati rasa nak menyumpah pulak dengan Aquaria KLCC baru ni. Cubalah ko tengok Aquaria kat Georgia tu. Kalu masuk bayar 100 sorang pun berbaloi lagi. Adoi.... Tu baru betul. Skrin dia pun dah memang rupa laut betul besarnya. Bukan macam kat KLCC tu cinonet je. Tunnel pun sempit. Aku harap satu hari kat Malaysia ni boleh buat la sehebat tu. Malaysia Boleh kan katanya. Kat KLCC tu, coral pun tipu-tipu je. Kesian kat ikan. Dah la terkurung. Tukun pun tipu. Nasiblah. Kumpul duit kita pi kat Aquaria Georgia nun lah baru puas hati.

2 comments:

Cikgi Diva :-) said...

sapo oyat jadi surirumah tadok kijo?tak perlu di bayar gaji?meh aku sekeh ...aku memey maroh bila mana hak2 sebagai wanita berkerjaya di rumah dipandang remeh...hehe.

jie @ azie said...

banyaaakkk kijo kat rumoh..bab kain sajo ado banyok (basuh, sidai, lipat, iron) nok masok, nok mengemas. memei tok dei tangan tambah2 lagi ado tentera2 tecit ni. memei keno bayar tu, kena bui gaji bulan2 :)